Monday, May 11, 2009

Ucapan Hari Ibu

Ucapan nie daripada kawan aku yang bernama Nana. Dia masih single lagi n aku terharu bila dia wish Selamat Hari Ibu untuk aku...

"Akum. Selamat Hari Ibu kepada semua orang yang bergelar ibu. Walaupun aku tak pernah mengandung tapi aku tetap berbangga aku mempunyai kawan2 yang telah melahirkan anak dari darah dagingnya dan bergelar ibu. Semuga kamu semua berbangga dengan kuasa yang ada pada dirimu itu. Oh ibu, kau lah ratu hatiku... Dariku, ibu yang mengandungi lemak aje."

Kawan aku nie memang ler lawak. Kalo jumpa dia, tak kering gusi dibuatnyerrr....

Nie pulak ucapan dari seorang kawan yang aku sifatkan diri dia seorang yang lemah lembut dan penyabar. Nama dia Aida. Dia setaman ngan aku.

"Semoga cerdikmu secerdik Aishah, cantikmu secantik Ainul Mardhiah, pengobananmu setinggi Sumaiyah, ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan semuga tempat mu di syurga Al-Jannah. Selamat Hari Ibu."

Terima kasih di atas ucapan kawan2 semua.. Aku doakan semuga korang menjadi ibu yang terbaik didunia dan diakhirat dan jangan lupa segala pengobanan yang telah ibu berikan kepada kita sehingga kita menjadi kita yang sekarang ini. Ibu, terima kasih di atas segala2nya.

2 comments:

aziahmk said...

hepi mother's day to you.......

Mutiara Kasih - Iza Aziz said...

to you too...