Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Syurga di bawah telapak kaki IBU


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

C&P from nda1903 blogger.

Tuesday, June 2, 2009

Gaya Cameraman

Post nie ditujukan untuk kawan aku Naqies....
Dia baru beli camera DSLR Canon EOS 1000D. Adoiiii... punya la panjang nama camera dia. Nak menyebut pun tergeliat lidah... hahahahaaa...

Aku mula terpikir.... agak2 nyer camnie lah gaya qies nanti bila ambik gambo. Kalo kt majlis kawin qies jadi camerawoman, aku pulak yg terpegun dok tengok gaya dia nanti.... Aku bukannyer ambik gambo pengantin, tapi dok ambik gambo qies pulakkk.... hahahahaaa...


Nie kawan aku Syam. Dia memang jurufoto yang bertauliah. Sorry Sham... aku publish gambo ko nieee...

Wednesday, May 27, 2009

Hapie Hour

Hooooreeeeyyyyy..... :)

Hari nie happie hour coz my boss onleave. So aku ambil kesempatan nie tuk update blog aku. Dah baper hari aku dok sibuk ajerrr... n takde masa nak update. Selalunyer time lunch hour aku akan dok godeh2 blog aku nie.... Kalo nk godeh2 kt umah, baru nk angkat beg lappy aku, anak2 aku dah sibuk nk main game. Sampaikn si Alia kata, "kalo kakak dapat no 1, kakak nak hadiah computer cam mama"..... Adoi seram sejuk badan aku bila dengar... Budak sekecik 6 thn dah nk minta hadiah laptop. Aku ia ajer kan laaaa.... Dalam hati, "sabo ajer laaaa..."

After lunch baru aku start wat kerja2 ofis. Pagi nie nk relax2 n santaiii ajerrr....

Monday, May 11, 2009

Ucapan Hari Ibu

Ucapan nie daripada kawan aku yang bernama Nana. Dia masih single lagi n aku terharu bila dia wish Selamat Hari Ibu untuk aku...

"Akum. Selamat Hari Ibu kepada semua orang yang bergelar ibu. Walaupun aku tak pernah mengandung tapi aku tetap berbangga aku mempunyai kawan2 yang telah melahirkan anak dari darah dagingnya dan bergelar ibu. Semuga kamu semua berbangga dengan kuasa yang ada pada dirimu itu. Oh ibu, kau lah ratu hatiku... Dariku, ibu yang mengandungi lemak aje."

Kawan aku nie memang ler lawak. Kalo jumpa dia, tak kering gusi dibuatnyerrr....

Nie pulak ucapan dari seorang kawan yang aku sifatkan diri dia seorang yang lemah lembut dan penyabar. Nama dia Aida. Dia setaman ngan aku.

"Semoga cerdikmu secerdik Aishah, cantikmu secantik Ainul Mardhiah, pengobananmu setinggi Sumaiyah, ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah dan semuga tempat mu di syurga Al-Jannah. Selamat Hari Ibu."

Terima kasih di atas ucapan kawan2 semua.. Aku doakan semuga korang menjadi ibu yang terbaik didunia dan diakhirat dan jangan lupa segala pengobanan yang telah ibu berikan kepada kita sehingga kita menjadi kita yang sekarang ini. Ibu, terima kasih di atas segala2nya.

Swiss Roll

Last weekend, dtg penyakit malas aku. Anak2 aku memang kemaruk makan kek. Macam nak buat kek.... tapi, bila teringatkan kakak ipar, kak gee yg rajin wat kek, aku terus call kak gee. Kebetulan last weekend memang dia ada wat kek sebab ada org nak order, aku pun order la 4 btg swiss roll. Aku memang tau buat tapi.... malas. Order lagi cepat n dapur pun tak berselerak.


Nie la dia rupa swiss roll yang aku order. Berat 320g, harga???? Belom bayo lagi tapi dah abis 2 btg dikerjakn dek anak2 aku. heheheheeee.... Weekend nie baru bayo.









Thursday, May 7, 2009

Kereta Baru

Semalam kawan aku bawak kereta baru ke office. Cute gak kereta dia. Warna putih pulak tu... memang ler my favorite color. Lepas office hour ajer, aku gie la serang kereta dia dan sempat gak ler aku berposing depan kereta baru dia tuuu...



Yang sebelah aku tu... bukan ler tuan punya kereta. Tapiii... dia driver kepada tuan punya kereta tu.... heheheheee... jgn mare ya abg pocheit.

Wednesday, May 6, 2009

Jiran-jiranku...

Nak citer pasal jiran2 aku nie…. Bukannya nak mengumpat pasal dorang nie. Kalo mengumpat, buang masa aku ajer dok menulis kt sini. Banyak benda lain yang leh buat.

Rumah aku end lot. Sebelah aku, Cik Min dan sebelah Cik Min, Cik Ani. Cik Min nie tinggal ngan 4 org anak dia. Sumernya dan beso2 n dah bekerja. Anak dia yg sulong pundah kawin n dah ada anak sorang. Namanya Qistina 2 thn n sebaya ngan anak aku Nana. Tapi dia tak tinggal kt situ. Sekali sekala dia datangla ke sini. Cik Ani pulak tinggal ngan anak lelaki dia. Anak lelaki dia sebaya ngan aku n dah ada anak 3 org. Dua2nya hero dan masih belum bersekolah. Sorang tu namanya Afiq 4 thn n sorang lagik Afif 3 thn. Kenkadang tergeliat lidah aku nak menyebutnya sebab nama dua2 nya lebih kurang sama. Anak lelaki dia n menantu dia sama2 bekerja.

Depan rumah aku pulak Cikgu Zarina. Dia ada mengajar disebelah petang dan suami dia juga bekerja. Mereka mempunyai 3 org anak. Aiman 9 thn, Alia 8 thn dan Darwis 3 thn. Setiap pagi ayah dia lah yang akan menghantar kedua2 anak mereka ke sekolah. Aku tak pernah pulak nampak mama mereka yg menghantar ke sekolah. Mungkin susah sikit nak keluar pagi sebab ada Darwis kottt…

Sebelah rumah Cikgu Zarina, rumah kak Diana. Kak Diana tidak bekerja n suami dia saja yang bekerja. Anak mereka 4 org. Dua di asrama dan 2 lagi masih sekolah berdekatan ngan rumah. Yang sulong 17 thn kott n bongsu tu umo 10 thn kotttt… Setiap pagi, mama mereka yang akan hantar ke sekolah dan aku tidak pernah nampak ayah hantar anak dia ke sekolah. Napa yaaaa….. mungkin bdk2 nie rapat ngan mama nya n lebih suka kalau mama nya yang hantar ke sekolah.

Sebelah rumah kak Diana, rumah kak Eton. Kak Eton dan suami bekerja sendiri sebg contractor. Keluar kerja bersama, balik kerja bersama. Leh dikatakan kemana2 ajer mesti bersama. Mereka mempunyai 3 org anak teruna. Yang no 2 n no 3 tu masih bersekolah. Yang no.2 tu sekolah petang n no. 3 tu sekolah pagi. Setiap pagi, parents dia lah yg akan hantar dia ke sekolah. Maklum lah anak bongsu…. Mesti manja.

Aku pulak, kalo suami aku outstation, aku lah yang menghantar alia n nureen ke sekolah. Tapi kalo ayah dia tak outstation, ingatkn aku leh lah keluar rumah lambat sikit n tak payah hantar bdk2 ke sekolah. Rupa2nya kena gak hantar ke sekolah. Yang kelakarnya, aku hantar alia ke sekolah dan ayah dia hantar nureen ke sekolah. Padahal bdk2 tu sekolah yang sama. Cikgu mereka siap geleng kepala lagi. Sorang ayah hantar dan sorang mama yang hantar. Alia memang tak suka kalo ayah dia yg hantar. Nureen pulak memang manja ngan ayah dia. Cikgu mereka dah paham kalo alia sorang ajer ngan aku, maknanya nureen mesti gie sekolah ngan ayah dia.

Macam2 ragam bdk2 nie… n kelar jugak bila compare ngan jiran2 aku pasal bdk2 nie… yang seronoknya, anak2 jiran aku lebih kurang sebaya ajer ngan anak2 aku. Tengah kecik2 nie sajer jer main sana, main sini, lompat sana, lompat sini, nangis la, merajuk la n mcm2 laaaa…. Bila dorang dah besar nanti, baru lah bdk2 nie tau malu n melekat kt dlm rumah ajerrr….

Itu la kisahnya pasal jiran2 aku yag tercinta….

Monday, March 30, 2009

Inflatable Pool

Hari Ahad, aku janji ngan anak2 aku nk bawa dia org gie swimming. Tengah hari tu, punya la panas n dlm hati berkata… nasib baik cuaca hari nie ok…. kalo hujan, sian anak2 aku tk leh nk gie swimming pool. Kat umah aku, nampak mendung ajerr… Pastu aku call kwn aku tanya kt umah dia hujan tak???. Dia bg tau hujan lebat ngan guruh sekali. Aku dh tak tau mcm maner nk bg tau anak2 pasal plan nie cancel.

Pastu aku teringatkn “inflatable pool” kt store. Pastu aku pujuk anak2 tuk mandi kt situ ajerr... Mula2 muncung gakkk... Pastu pujuk punya pujuk.... akhirnya nk juga anak2 aku mandi guna inflatable pool. Alhamdulillahhh.....

Nie lah gambo anak2 aku n anak saudara akuuu...




Kakak Alia ngan Adik Tasya...


Adik Nana.. dah kesejukkan tuuu...



Kak Uyeen... Senyum simpul dia dpt mandi kt pool nie..




Thursday, March 26, 2009

Sian Baby Hannah



Tadi mlm baby tido tk lena sebb selsema. Sian aku tgk diaaaa... kejap2 dia merengak. Semlm ptg tgk mcm dh ok. Rupa2 nyer selsema dia masih tak baik lagik. Aku pun merana gakkk.... Tido kn bdk2 kul 9.30pm. Sumer dh tidoooo kecuali baby. Aku tersedo kul 10.30pm sebb h/phone aku berbunyi. Tengok baby tk tido lagikkk... Aku pangku dia sambil goyang2kn dia supaya dia leh tido. Cam ner nk tido, hidung dia tersumbat. Nak bagi ubat, masih awal lagikkkk....


Alhamdulillah dia tido. Aku pun tido gakkkk.... Tiba2 aku dengar dia merengek2 lagik. Tgk jam kul 2.30am. Aku bangun buatkn dia susu n bg dia mkn ubat. Pastu dia golek2 ajer n takmo tido lagikkk... Aku biarkn ajer dia coz aku memg dh ngantuk gilerrr.... Sedar2 kul 4.30am baby bangun lagikkkkk.... Adoiiii asyik terganggu ajer tido aku nieeee.... Aku pangku dia n try tido kn dia. Nasib baik dia tido. Kul 6am lebih, dia bangun lagik. Aku pun dh tk leh tido sebb kejap lagik nk kejutkn alia n nurin.


Lepas solat suboh, nurin n alia bangun n mandi. Aku siap2 kn diri then hantar alia n nurin gie sekolah kul 8am. Pastu gie klinik amik ubat baby. Klinik dh bukak tapi doktor msk kul 8.30am. Soooo..... tunggu laaaa. Baby dh la merengek2 ajerrr...
Lepas amik ubat, aku hantar baby blk umah. Kul 9am aku gerak ke ofis... Adoi kelam kabut aku dibuat nyerrr... Nasib baik jln tak sesak. Kul 9.30am aku sampai ofis. Arghhhh... lega n selamat sampai ke ofis. Penat betul rasa nyerrr.... Terkejar ke sana n ke sini. Pulak tu cik abg takde. Dia di KL. So, aku sorang2 la kena uruskn itu n ini.

Monday, March 23, 2009

Sembang kosong

Adoiii.... lately nie rasa penat semacam ajerrr.... weekday dah la keja, malam tgk bdk2 wat homework. Pastu layan nana n baby. Gitu la aku tiap2 hari.... penat badan. Patutnyer badan penat, weekend dok ajer kt umah. Nie takkkk... ada ajer nk ke sana ke sini. Memg aku nie tak reti nk duduk diam. Ada ajer benda yg nak dibuatnyerrrr.....

Minggu lepas, seminggu cuti sekolah... Arghhhhhhh.... rehat sikit. Tak perlu bangun pagi2. Tak perlu sibuk2 kejutkn bdk2 tuuuu.... arghhhhhh..... terasa boring pulak bila pagi2 aku sorang2 siapkn diri tuk gie keja. Berlambak homework bdk2 tu time cuti sekolah nieeee..... Tapi takpe.. coz tak perlu tido awal. So leh wat homework lewat2 sikit....

Kalo time sekolah, pagi2 dh bangun n sibuk ngan budak2. Sampai aku nk gie keja pun tak sempat nk makeup. Dlm keta la baru sibuk2 nk pakai eyeliner n lipstick. Peduli apa aku ngan keta sebelah... Aku buat bodoh ajerrr.... janji muka aku tak la nampak cam penat or baru bangun tido. heheheheeeee......

Hari nie aku sibuk balik coz bdk2 dh naik sekolah..... sabo ajer la aku menjalani hidup nie ngan bdk2 kat rumah tuuuu.... Hari2 membuatkn aku tak sabo nk blk rumah tgk bdk2 tuuuu... Dia org lah permata hatiku dan peneman di kala ayah nya tiada di rumahhhh....




Wednesday, February 25, 2009

Breakfast 240209


Pagi nie b/fast roti cana segera ngan sardine. Nie antara favorite anak2 aku time b/fast. Kalo time sekolah, kul 7 pagi mesti b/fast. Biasalah bdk2…. Pagi2 mesti mkn lambat. Kalo tak paksa, melekat ajer depan tv tgk cartoon. Kul 7.30 pagi mesti kena kuar rumah gie sekolah. Kalo lambat, alamatnyerrrr…. Aku pun gie keja lambat gakkk… sekrg nie kt ofis aku dh straight. Kalo masuk lambat, alamat nyerrr… sampailah warning letter atas meja akuuu… heheheee….

Nie gambo tadi tgh b/fast. Si Nana pun pagi2 dah bangun n dia pun sibut nak b/fast jugak. Makan sikit tapi menyibuk nyer aje yang lebih.


Baby pun pagi2 dah bangun. Kakak2 dia lom bangun, dia dh bangun dulu. Tgk nie… muka sedih ajerr coz sumer org ke hulu ke hilir tapi takder sorang pun yg nk angkat dia… sian baby mama nie.. “Mama pun sibut lah sayang….”







Monday, February 23, 2009

Homework Oh Homework

Adoi... penat gak nk mengajo bdk2 nie. Hari2 ader ajer homework. Aku dah lah penak kt tempat keja. Pastu balik rumah kena pulak mengajo bdk2 nie.... Sabo ajer laaaa....
Anak aku yg sulong umo 6 thn n adik dia uno 4 thn. Dua2 aku letak kt tadika yg sama iaitu Tadika Indah Ria, Taman Universiti. Pagi aku hantar kul 7.30am n bdk2 tu blk naik bas kul 11.15am dh sampai rumah.


Nie lah gelagak anak aku yg no 2 bila suruh buat homework. Penat aku nk tunggu dia siapkn keja sekolah dia. Nasib baik 1 hari 1 buku ajerrr... kalo tau mau darah tinggi aku di buat nyerrr...












Si kakak nie senang sikit.... Byk benda yg dia dh tau buat sendiri. Kadg2 time manja dia dtg, kena gak aku mengadap dia buat homework sampai abis.