Sunday, November 10, 2013

Kad Laporan Sekolah

Hujung minggu ini, ibubapa dikehendaki mengambil kad laporan pelajaran anak-anak di sekolah. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Anak saya berumur 5 dan 6 tahun bersekolah di Tadika Indah Ria, Skudai, Johor. Mereka belajar dalam medium bahasa cina. Tujuannya untuk memasukkan mereka ke SRJK(C) semasa berumur 7 tahun nanti. Mudah-mudahan mereka dapat menguasai 3 bahasa dengan baik. Selain itu juga saya berhasrat untuk memasukkan mereka ke kelas bahasa arab pada tahun hadapan. Secara tidak langsung mereka juga tidak ketinggalan dengan bahasa ‘syurga’ itu nanti. InsyaAllah…

Alhamdulillah. Tidak sangka mereka sudah fasih berbahasa cina. Hanya belajar di sekolah sahaja. Sangat cepat mereka menguasai bahasa cina. Cikgu mereka sendiri mengakui bahawa anak-anak saya sangat berani menggunakan bahasa cina, mudah bergaul, mudah terima apa yang cikgu ajar dan daya ingatan dan hafalan yang sangat bagus.Peningkatan dalam pelajaran yang sangat ketara berbanding dengan ujian suku dan pertengahan tahun yang lepas. Alhamdulillah.


Saya percaya jika kita sebagai ibubapa memberikan makanan yang terbaik untuk mereka dan secara tidak langsung menjadikan mereka cemerlang di sekolah. Pemakanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut meransang otak yang subur.


No comments: