Showing posts with label Sibu Island Resorts. Show all posts
Showing posts with label Sibu Island Resorts. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Sibu Island Resorts (Day 3)

Pejam celik, pejam celik, dah tiba hari terakhir kami bercuti di sini. Cepatnya masa berlalu. Budak2 pun tak puas berada di sini. Mereka siap minta stay lagi 1 mlm kat sini. Aku cakap tak boleh sebb esok sekolah. Dah lah hari Jumaat ponteng sekolah... Heheheee... kan dah kantol.

Bot kul 1pm. Sementara nak menunggu geng2 yg lain bersiap, kami gi bersiar2.

 Hana n kak Alia berebut nk duduk atas paha ayah.

 Aku n hubie...

 Sempat main game 'dam aji' ngan anak2...

Percutian yang sangat menarik dan insyaAllah kalau ada rezeki lagi kami akan ke sini lagi. Selamat tinggal Sibu Island Resorts. Semua dalam kenangan... :)

Sibu Island Resorts (Day 2)

Okey... Nie hari ke 2. Pagi2 dah bangun sebb nak manti kt laut n swimming pool. Adoiii... tak sabar bdk2 nie. Dengan tak mandi paginya, tapi wajib basuh apa2 yg patut dulu, terus gie sarapan. Aku nak sarapan pun tak senang sebb bdk2 bknnya nk sarapan. Dia orang dah gi ke swimming pool. Terpaksalah sarapan apa2 yang sempat ajerrr.

Nie lah aktiviti anak2 aku tiap2 hari semasa kami di sini.


 Ayah jadi pelampung kak Alia.

 Ramai2 terdampar di laut.


 Nana dah confident mandi sendiri dgn pelampungnya.

 Hana masih takut nak mandi sendiri.

 Boring mandi kat laut, sambung mandi kt swimming pool pulak.

 Chewahhhh... mcm nak snorkeling jerrr... tapi kt swimming pool. Sajer belajar memberanikan diri.

 Lompat... jgn tak lompat. Anak2 aku memang suka ngan round trampoline nie... Aku pun suka gak. Lepas tu tercungap2... mcm berlari 100m dia punyer penat.

 Lepak ngan bdk2 setelah penat terlompat2 tadi...

 Ayah pun nak lompat jugakkk.... Bdk2 yang terjatuh, abis terpelanting2 di buat ayah.

Kebetulan hari nie hari ulang tahun kelahiran kak Uyen. So, kami sambut di sini la. Moga kak Uyen m'jadi anak yang solehah n cerdik pandai serta berjaya dunia n akhirat. Amin...

Wednesday, June 6, 2012

Sibu Island Resorts (Day 1)

Company trip to Sibu Island Resorts, Mersing pada 20-22 April 2012. Kami memandu kereta sendiri bersama keluarga ke Jeti Tanjung Leman. Keluar rumah kul 8am dan sampai di jeti kul 10.30am. Naik bot kul 11am n sampai di Sibu Island Resorts kul 11.30am. Kalau nak tau details pasal resort nie, layari http://www.sibuislandresort.com.my/ .

Jeti Sibu Island Resorts

Disambut oleh staff kat situ dan dpt welcome drink. Lega tekak yg betul2 tgh kehausan nie.
Nyanyian selamat datang.
Kena menapak lagi. Cari chalet...

Tadaaaa... ni lah bilik aku n family.

Kat situ ada reban. Di dalamnya ada ayam katek, arnab n anak kambing. Perghhh... punyerlh seronok anak2 aku. Maklum la dia orang nie jakun sikit bila dpt tgk binatang2 nie.

Paksa ayah untuk tangkap anak ayam.

Hahahahaaa... dapat pun. Punyerlah suka...

Hana dok memerhatikan burung merak. Banyak pulak burung merak kt resort nie. Mereka dok lepaskan ajerr...

Tengok rusa makan. Rusa nie pun jinak.

Bersiar2 di kawasan penternakan kambing. Ada kambing boer, kambing kampung n kambing apa2 entah. Heheheeee....

Ayam Serama. Cutenyerrr...

Burung merak nie pantang nampak orang. Bila nampak ajer, mula lah dia kembangkan ekornya tuu... Cantik sgttt...