Sunday, November 10, 2013

Jamu Dan Anda

Pengasas JAMU RATUS WARISAN dan KOPI PEGAGA WARISAN iaitu Puan Tun Nurul Huda. Baru lepas bersalin. Baru lepas bersalin dan saya amat terkejut sebab beliau turun berat badan sebanyak 22kg dalam tempoh berpantang. Beliau hanya mengambil JAMU RATUS WARISAN dan KOPI PEGAGA WARISAN sepanjang tempoh berpantang. Hingga sekarang masih menyusukan bayi beliau sepenuhnya.

Kagumkan??? Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan penghantaran, cepat-cepat hubungi saya 019-7294000. Memang hebat dan abang pun sayang.



Amal jamu sejak remaja
Posted: 07 Jul 2013 05:32 AM PDT
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

SAYA mula mengamalkan pemakanan jamu sejak berusia 15 tahun lagi. Amalan kesihatan ini memang diamalkan oleh kami sekeluarga sejak turun-menurun lagi," ujar pengacara TV-Al-Hijrah Tun Nurul Huda, 30.

Perunding imej profesional dan bertauliah di bawah syarikat sendiri, Instyle Image Solutions dan pengacara TV secara sambilan ini bergelar isteri pada usia 20 tahun.

Isteri kepada pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, cukup bertuah kerana suami memberi kebebasan kepadanya meneruskan kerjaya dalam bidang pengacaraan dan model, selagi Nurul Huda tahu menjaga nama baik keluarga.

Memilih mendirikan rumah tangga pada usia muda bukanlah satu penyesalan kepada Nurul. Sebaliknya, Nurul sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Katanya, penjagaan kesihatan dalaman penting untuk wanita khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga.

"Sebagai pengasas produk Jamu Ratus Warisan, saya sentiasa berlapang dada mendengar permasalahan yang dialami oleh mereka di luar sana.

"Apabila bercakap tentang jamu, pastinya isu yang sering dibangkitkan ialah tentang hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita, masalah dalaman lelaki, ibu mengandung, ibu menyusukan dan sebagainya.

"Jamu yang saya hasilkan merupakan resipi turun-menurun keluarga saya," ujarnya.
Berdasarkan pengalaman Nurul, jamu membantunya melalui tempoh berpantang tanpa sebarang masalah.

Istimewa jamu yang dimakan tersebut merangsang pengeluaran susu badan dan memberi tenaga.
"Ada yang berkata, menjadi ibu pada usia muda sangat mencabar. Mungkin dari segi persediaan ibu muda itu sendiri tidak cukup.

"Amalan berpantang sangat penting untuk wanita yang baru bersalin. Selain pengambilan jamu dan herba, pelbagai rawatan seperti urutan, bertungku dan bertangas turut menjadi pilihan," ujarnya.
Dia turut bersyukur kerana mempunyai suami dan anak-anak yang sangat memahami tugasnya.
Pembahagian masa menjadi lebih mudah kerana apa yang dilakukannya mendapat izin dan restu suami.
"Apabila saya ada urusan kerja di luar, maka suami atau ayah saya membantu menguruskan anak-anak sekolah.

"Waktu malam saya akan melihat kerja sekolah anak-anak dan apabila suami ada di rumah kami selalu makan malam bersama dan solat berjemaah. Bagi saya, masa yang diisi secara berkualiti itu amat penting," ujarnya.

Jamu Ratus WarisanJamu ini merupakan resipi keluarga zaman-berzaman terdiri daripada gabungan berpuluh-puluh herba dan rempah ratus.

Produk ini mengandungi campuran herba asli seperti manjakani, kacip Fatimah, lemuju, habatussauda, ibu kunyit, akar angin dan pelbagai herba terpilih. Kemudian diadun dengan air zam-zam, madu dan zaffaran yang sudah dibacakan dengan ayat al-Quran.

Antara khasiat jamu yang diketahui umum termasuk melancarkan perjalanan darah, meningkatkan metabolisme badan, menyegarkan badan yang letih lesu, melancar kitaran haid, melangsingkan badan dengan kadar segera bagi wanita yang dalam pantang dan banyak lagi.

Sebagai makanan tambahan, anda boleh mengambil JuzQ30. Suplemen ini sangat baik untuk kesihatan dalaman semua peringkat umur di samping meningkatkan kecerdasan otak.

JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan diadun dengan bahan-bahan saintifik untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.

Untuk mendapatkan produk Jamu Ratus Warisan Plus dan JuzQ30 sila hubungi talian kami iaitu 019-7294000. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman web www.juzq30.com/azizahali.


No comments: