Wednesday, January 27, 2010

Baby Naqib... umo sebulan.

Umur Baby Naqib dah 30 hari... Dh kembang badan dia n kaki pun dh kuat menendang. Mak kata, bila di mandikan, kaki dia dh kuat berdiri. Cepat betul bdk sekarang nieee... Kalo bdk2 dulu, 30 hari masih lembik lagikkk.... Betul ker???
Baby Hannah pelik sebb ader baby yg lebih kecil drpd dia...
Macam nak ditelannyerrrr...








Coloring Contest

Pada 23/01/2010 telah diadakan pertandingan mewarna di Surau Jauharul Muttaqim, Presint Bakti, Mutiara Rini. Ramai gak yg menyertainya... Bermula kul 9 pagi hingga kul 11 pagi. Sian bdk2... berpeluh2 gak lah nk mengaler sebb gambar yg diberikan tu besar (saiz double A4). Sampaikan anak2 pun malas nk abiskan color tuuu... Tak pasal2 mama dia kena siapkan...

Pendaftaran cuma RM3. Dapat door gift berupa makanan ringan. Hadiah2 berupa piala serta sijil penyertaan. Anak aku Alia dapat tempat pertama (kategori 7-9 thn) dan Nureen dapat tempat kedua (kategori tadika). Suka bdk2 tuuu...
On the way ke Surau
Kak Alia n Kak Uyeen start mengalerrr...
Nana jadi pemerhati... :)

Kak Uyeen ngan hasil color nyerrr....

Kak Alia ngan hasil color nyerrr...

Tekun mengalerrr...
Mak dok tolong anak mengalerrr... anak dh penat n tak mau kaler lagikkk...

Apam Indon

APAM INDON

Nie color original tauuuu... aku terlupa nk letak pewarna lain.


Bahan-bahan
• 300 gm gula caster (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
• 4 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 250 ml santan
• 300 gm tepung gandum
• 1 sudu kecil ovallate
• 1/2 sudu kecil baking powder
• Pewarna (ikut suka)


Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama ovallate kembang dan gebu.
3. Masukkan gula dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan santan berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Kukus selama 30 minit @ hingga masak.
7. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan.

TQ to Ikin kerana sudi berkongsi resipi nie ngan aku. Mudah2an Allah tambahkan lagik rezeki kepadanya... Amin.

Selamat Mencuba...

Monday, January 11, 2010

Gerhana Matahari

Tadi mlm aku dengar ceramah pasal gerhana matahari oleh Ust. Hanafiah di Masjid Jawahir, Mutiara Rini selepas solat Magrib. Kat sini aku nak berkongsi maklumat yg aku dpt drpd ceramah tersebut. Moga sama2 kita mendapat ilmu dan keberkatan drpdNya. Amin...

Gerhana Matahari tahun 1999 di Perancis .

1. Akan berlaku pada 29 Muharram 1431H bersamaan 15/01/2010 (petang hari Jumaat)
2. Detik2 gerhana matahari
2.1 Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 10% - jam 3.35 petang
2.2 Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 30% - jam 4.20 petang
3. Solat Sunat Gerhana Matahari - 4.00 petang

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud... "Matahari dan bulan itu menjadi bukti kedua2nya drpd tanda2 kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba2nya dgn perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tdk berlaku gerhana kedua2nya disebbkan mati seseorg dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari dan bulan), maka sembahyglah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kpd Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula pada penglihatan kamu". (Riwayat Imam Muslim)

Amaran dari Allah SWT - "Gerhana matahari merupakan amaran Allah SWT kdp seluruh manusia agar patuh dan setia di atas segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya".

Amalan - Di antara amalan yg dituntut melaksakannya ketika berlaku gerhana matahari dan bulan adalah solat sunat gerhana matahari / bulan, mendengar 2 khutbah, bertaubat drpd segala dosa besar dan kecil, bersedekah, berdoa dan beristigfar.
Berdoa : Semoga selepas berlakunya gerhana bulan aliran angin dan air yg lebih baik, perubahan cuaca yg lebih baik dan peralihan musim yg lebih baik.

Rasulallah SWA bersabda yg bermaksud... "Jikalau Allah Taala menahan pergerakan angin selama 3 hari nescaya berbau busuklah di antara langit dan bumi.

Kifiat ringkas Solat Sunat Gerhana (matahari dan bulan)
------------------------------------------------------------------------
2 rakaat dgn 4 kali rukuk
Rakaat pertama : Niat solat sunat gerhana matahari atau bulan dan diikuti dgn membaca Surah Al-Fatihah dan surah kemudian rukuk, kemudian bangun semula, berdiri membaca Surah Al-Fatihah dan surah, kemudian rukuk, kemudian iktidal, kemudian sujud, duduk antara dua sujud, sujud, maka sempurnalah rakaat pertama. Kemudian teruskan dgn rakaat kedua seperti mana rakaat pertama.

Friday, January 8, 2010

Majlis Tahlil n Aqiqah

Pada 01/01/2010 telah diadakan Majlis Yasin & Tahlil untuk arwah diikuti ngan bacaan berzanji serta marhaban untuk meraikan ahli baru keluarga kami iaitu Mohd ??? (lupa) yg lahir pada 20/12/2009.

Tahniah buat adik aku Aminah dan suami, Nazri di atas kelahiran bayi pertama mereka. Sangat comel dan moga dengan kelahiran anak ini dpt menambahkan lagi rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka, dilimpahi rezeki serta dirahmati oleh Allah Taala. Moga anak ini menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat. Aminnn...

Teringatkan akan arwah abah yg telah kembali ke Rahmatullah pada 03/04/2009. Moga bacaan Yasin & tahlil itu sampai kepadanya dan roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah... Amin. Abah... moga satu hari nanti kita dpt berjumpa di syurga... di alam yg kekal itu. Iza rindukan abah...
Dari kiri : Kak Uyeen, Adik Nana, Tasya n Fiza...
Dapur umah mak aku kt kampung, Pontian.
Adik aku Aminah bersama suaminya, Nazri dan anak pertama mereka.
Adik ipar, Hanim bersama ngan anak kedua mereka, Fiza. Hanim nie pun tengah mengadung 3 bulan. Bila lah aku nk mengandung???? Nanti lah dulu... hahahahaaa....
Kak Alia, Tasya n Fiza...
Naper Adik Nana nangis tuuu??? "Mesti tk dapt kek coklat nie... Nanti mama belikan ya sayang...."
Aku n adik Nana...
Adik aku Nurul bersama ngan Iffah (anak adik lelaki aku, Hafiz)
Along n Hafiz...
Mak nie dh macam mak pengantin. Sibuk ke sana ke mari... Biasalah... tuan rumahhhh.
Adik ipar aku, Nazri ngan baby nya... Tengok tu.. cinta dan kasih seorg ayah buat anaknya.
Antara tetamu2 yang hadir. Semoga dgn kehadiran semua, mendapat keredaan dan keberkatan dariNya. Amin...

Wednesday, January 6, 2010

Malam Tahun Baru

Jumpa kawan sekolah lama.... sekolah rendah tauuu... masa tu umo aku 7-12 tahun.. that means.... hampir 20 tahun yg lepas.

Mula2 kita org jumpa balik di Face Book... Terkejut bila masing2 dh berkeluarga n beranak pinak... Yang paling terkejut, bila dulu selekeh n selim melim... sekrg comeiii... cute... tembam... montok n mcm2 lerrr... Hampir tk kenal aku dibuat nyerrr... FB byk membantu aku n geng2 yg lain berhubung. Nasib baik ader FB... :)

Aku plan ngan shida tuk kuar makan2 n tgk wayang pada mlm tahun baru. Kebetulan aku free mlm tuuu... Shida pun OK. Pastu aku ajak ujai... Memandangkn Ujai pun free, so kita org bersetuju tuk lepak n sembang di Gerai Seafood, Senibong. Lama aku tak gie sini. Maklum lah jauh dari umah aku... Sebb tu malas nk ke sana. Cuaca sgt baik pada mlm tuuu n angin bertiup sepoi2 bahasa... cewahhhh.... :)

Kita org abiskn masa lebih kurang 3 jam kt gerai tuuu... Lamanyerrr, n memang tak perasan yg kita org dh lama kt situ. Meja2 yg bersebelahan ngan aku tu dh b'macam2 org tukar. Kita org tetap kt situ juga... Sehingga lah bila aku nk bayar bil, aku ternampak no meja aku no. 8... kat list tu dah sampai meja no. 35. Bermakna dah 27 kali org lain kuar masuk kat situ. Punyer lah syok berbual tentang diri n kerjaya masing2.

Nie lah gerainyerrr.... sesi memilih seafood tuk di masak.
Sotong Goreng Tepung
Baby Kailan Goreng Ikan Masin
Ketam Masak Lada Hitam
Ikan Siakap Sweet n Sour
Butter Prawn
Ujai syok dengar aku bercerita...
Khusyuk dengar ujai bercerita pasal kerjaya nyer sebg Pegawai Kastam.
Gelak dengar ujai bercerita... pasal anak sedara dia yg muka sebijik muda dia... Org lain ingatkn tu anak ujai.... hahahaaa... aku pun mula2 ingatkan tu anak ujai.
Ujai...
Shidah... sibuk tangkap gambar... Gambar2 nie sumer nyer dia lah yang ambil...