Wednesday, January 27, 2010

Apam Indon

APAM INDON

Nie color original tauuuu... aku terlupa nk letak pewarna lain.


Bahan-bahan
• 300 gm gula caster (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
• 4 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 250 ml santan
• 300 gm tepung gandum
• 1 sudu kecil ovallate
• 1/2 sudu kecil baking powder
• Pewarna (ikut suka)


Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama ovallate kembang dan gebu.
3. Masukkan gula dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan santan berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Kukus selama 30 minit @ hingga masak.
7. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan.

TQ to Ikin kerana sudi berkongsi resipi nie ngan aku. Mudah2an Allah tambahkan lagik rezeki kepadanya... Amin.

Selamat Mencuba...

No comments: