Wednesday, December 28, 2011

Sebelum KakiMu Melangka Keluar...

Wahai sahabat.. sebelum kakimu MELANGKAH keluar rumah, berhenti sekejap.. pandanglah ke CERMIN melihat seluruh tubuhmu yang memikat.. andainya rambutmu TIDAK DITUTUP cantik berikat,tudungmu terlalu SINGKAT, bajumu JARANG dan ketat, seluarmu begitu sendat, betis dan lenganmu dapat DILIHAT… FIKIRKAN sejenak.. Bagaimana jika aku DILANGGAR nanti.. terdampar di tepi jalan yang tidak pernah sunyi.. DISA...KSIKAN mata-mata yang memerhati.. Malaikat Maut menjalankan tugas yang diberi, memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku MATI? belum sempatku BERTAUBAT pada Ilahi, pastinya dosaku tidak diampuni.. merana dan TERSIKSALAH diri ini, di dalam neraka yang kekal abadi.. kerana INGKARKU pada Allah Ya Rabbi.. mampukah aku menahan diri.. dipukul, disiksa tanpa henti, kerana salahku sendiri? KEJAMNYA aku ini kerana MENZALIMI diri sendiri. (Mujahidah Syafiqah)

Hari Akhirat nanti...

Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.

(Riwayat At-Tarmizi)