Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Raya lagikkk...

Gambo raya... dah lama dlm simpanan, cuma belum berkesempatan tuk di postkn di sini. Tetiba mood aku rajin pulak ari nieee...

Kalo tk silap nie raya ke 5. Along dtg sekeluarga bersama ngan ipar duai dia dan jugak adik2 aku datang beraya ke rumah aku. Dia org dtg t'hari, so kena lh masak tuk mkn t'hari. Riuh rendah rumah ngan suara bdk2. Memang seronok bila sekali sekala berkumpul.




Rajinnyer hubie aku... wat telur dadar. Semua org puji sedap. Lembut n moist gitewww telur dadarnyerrr...

Adik Nana ngan sepupunya, Kak Amira.

Thursday, October 7, 2010

Raya di Pontian

Kenangan Hari Raya 2010 di rumah mak, Pontian.

Sesi bermaaf-maafan.

Adik Nana, Aisyah, Mina, Aku n Baby Hannah

Sepupu... kak Hana n adik Nana.

Adik beradik n anak saudara... ramainyerrr.

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Pada 17/10/2009 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009. Sebanyak 6 buah rumah telah turut serta untuk meraikan majlis ini. Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Berikut adalah gambar2 sekitar majlis ini.


Kerja-kerja memasang 5 buah khemah


Gotong-royong membersihkan ayam


Gotong-royong pada sebelah malam. Potong2 lah apa2 yang patut...


Kerja-kerja tuk barbeque kambing, ayam, udang, ayam dan sosej.


Start panggang kambing dan yang sewaktu dengannya dan juga masak nasi jagung.


Majlis Marhaban dari rumah ke rumah.


Orang dah mula ramai nie....


Sibuk bakar ikan...


Kat umah aku ngan anak2 n kwn lama, Shikin.

Wednesday, October 14, 2009

Marhaban

Selagi bulan Syawal belum abis, selagi tu lah marhaban akan di adakan di sana sini termasuk lah di kawasan perumahan aku nie. Nie adalah minggu terakhir dalam bulan Syawal. Hampir setiap hari aku menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Marhaban.

Nie aku nak cerita pasal marhaban kat kawasan rumah aku. Bermula dari Jumaat minggu lepas, aku mem'free'kan diri aku untuk menghadiri majlis nie sehingga lah hari2 terakhir bulan Syawal nie. InsyaAllah... Bukan nyer apaaaa.... bulan Syawal pun setahun sekali. Aper lah salahnya ... sebab masa nie lah untuk aku mengeratkan lagi hubungan silatulrahim aku ngan penduduk di kawasan rumah aku nie. Maklumlah... masa2 yg lain selalu sibuk ngan kerja dan keluarga.

Secara tak langsung, majlis ini juga membuatkan kita lebih kenal akan jiran2, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga memohon ampun dan maaf sesama jiran. Sambil suka2 bermahaban, kita juga dapat pahala. Aminnn...

Penat, memang lah penat. Siang berkerja, balik pun dh kul 7pm. Kul 8pm dah start marhaban. Biasanya aku bawak anak aku, Alia. Yang aku perasan, bila balik umah, anak2 sumer dah tido. Alia pun turut tido kat majlis tu. Sudahnya aku lah yang kena buat homework Alia n Nureen. sabo ajer laaaa... Nasib baik dh nak cuti panjang. So, aku tak kisah lah sgtttt.

Tadi malam 2 buah rumah. 1 buah marhaban n sebuah lagi marhaban dan Yasin. Malam nie 8 buah rumah. Sabo ajer laaaa... Semuga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadirinya. Aminnn...

Thursday, October 1, 2009

Anak Saudara Aku...

Tahun nie aku ubah plan raya aku. Seblm nie sehari seblm raya hingga raya ke 3, aku akan berada di kampung hubby. Tahun nie aku cuma 1 malam ajer di kampung hubby. Petang raya pertama aku bergerak balik ke kampung aku pulak di Pontian.

Disebabkan tahun nie mak aku beraya tanpa abah aku, aku meluangkan 6 hari berhari raya bersama2 ngan mak aku. So, dari raya ke 2 hingga raya ke 5 aku dok umah ajer melayan kakak aku n abg2 aku serta anak2 saudara aku. Seronok jumpa dia org sumerrr. Seblm nie memg aku jarang jumpa ngan dia org sumer. Maklum lahhhh.... bila aku blk, dia org sumer dh balik ke rumah masing2 di KL kebanyakkannya.

Ada 3 family abg aku ajer yg tak balik. Riuh rendah rumah aku dengan suara bdk2 nie. Memang seronok n bukan senang nk berkumpul mcm nie... Mudah2an kita berjumpa lagik tahun depan... Aminn..

Sumer nie anak2 saudara aku. Dah 41 org sumer nyerrr. Hujung tahun nie bertambah lah lagik sorang. Perghhhhh.... ramai nyerrr.















Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri...

Raya ke 9 nie la baru berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2 sumer serta pembaca blog aku nie. Mohon maaf kalau ada tersalah n silap dan juga tutur kata serta tulisan yang tidak disenangi di blog ini. Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan kebahgiaan di hari yang mulia ini.

Hari nie aku baru start kerja. Boring nyerrrr.... sebb masih holiday mood. Pejam celik, pejam celik dah naik keja setelah 9 hari bercuti. Pagi nie, aku nak surfing internet ajerrr n artikel2 yang berkaitan ngan bulan Syawal untuk menambahkan pengetahuan tentang bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Thursday, September 17, 2009

Syawal coming...

Pejam celik, pejam celik.... tinggal 2 hari lagik kita akan menyambut Aidilfitri. Masing2 sibuk membuat persiapan untuk menyambut nyerrr. Dalam sibuk2 tuuu, jgn ler lupa solat Terawih.

Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan amalan puasa tersebut. (riwayat Muslim)

Allah SWT tak pernah mengabaikan setiap perlakuan umatnya. Oleh itu, sebelum berakhirnya Ramadhan, buatlah amal sebyk2nya. Perkara yang paling mudah adalah berzikir. Semoga solat, puasa dan amalan kita diterima olehNya. Aminnn....

Persiapan Raya

Tahun nie aku dh plan baik2. Sebelum pose lagik aku dah laksanakan segala kelengkapan tuk raya termasuklah baju tuk anak2, aku n hubby, perhiasan rumah, kuih raya dan apa2 yg sewaktu dengannya. So, bulan pose takyah nk sibuk2 beli baju la, beli kasut la, beli alas meja lahhh... hahahahaaaa....

Sekrg nie tgh mood raya. Keja takde... dok termenung ajer kt ofis nie. So bored. :(

Wednesday, October 29, 2008

Puteri-Puteriku

Baby Hannah, umo 2 bulan


Nie lah gambar buah hatiku. gambar nie diambil pada 1/10/2008 (1st hari raya)


1. Nur Camelia - 5 thn 2 bln
2. Nureen Qistina - 3 thn 5 blh
3. Nureen Nafisah - 1 thn 8 bln
4. Nur Hannah Khadijah - 2 bln

Tuesday, October 28, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Seminggu sebelum raya, aku dah ader kat Felda Kemelah, Segamat. Dok sana 28/09/08 hingga 03/10/08. Felda Kemelah adalah kampung hubby aku. Balik awal coz nak kemas rumah. Maklumlah ... org tua dah takde, so adik beradiklah kena kemas rumah. Nasib baik aku tak pose. So, kejap2 minum air coz cuaca teramatlah panas.