Nak berkongsi ngan kawan2 sumer tentang tarikh lahir aku. Dilahirkan pada bulan Oktober. Juga dikenali sebagai bintang "LIBRA". Lebih kurang 75% yang aku listkn dibawah ini adalah bersamaan dgn diri aku. Dan secara kebetulan... pendamping ideal LIBRA adalah TAURUS (suami aku...).
LIBRA : YANG BIJAK
Ciri2
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .
LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN
Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu – ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda yang dapat anda percayai.
Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda… Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang yang sesuai anda yakini.
Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjagaperbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.
Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS ( 21 April – 20Mei ) dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) didapati kurang sesuai .
Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.
Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang – nimbang dan sentiasa ragu – ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah – ubah itu sememang sukar di ‘pegang’ memungkinkan anda cepat berasa kecewa.
LIBRA : PERHUBUNGAN SEKS
Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta lantaransikap Libra suka berkawan banyak. Tetapi, berhati – hati ! Pada sesiapa yang mahu memulakan perhubungan yang serius dengan Libra , anda akan mudah kecewa kerana Libra sememangnya rakus dan gemar mempunyai lebih dari satu pasangan. Betulkah begitu ?
Tetapi , yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan pasangan di sampingnya. Kebanyakan Libra yang suka ber’main’ cinta ini , sebenarnya berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu . Namun , mereka terlalu mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak – zodiak yang lain. Akibatnya, orang berlambang zodiak Libra ini akan mudah ter’luka’.
LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN
Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.
Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.
Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.
Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang senang datang dan senang pula pergi”.
LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?
Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Monday, December 7, 2009
Friday, July 31, 2009
Pneumonia
Akhir2 nie dunia sedang diserang sejenis virus yang boleh mengakibatkan maut jika tidak dirawat daripada awal. Virus tersebut adalah selsema babi @ Influenza A (H1N1). Kita dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan ke luar negara dan juga pergi ke tempat2 yang menjadi tumpuan org ramai bagi mengelakkan diri drpd dijangkiti virus ini.
Golong yang berisiko tinggi perlu lah berjaga2 terhadap virus ini. Antaranya wanita hamil, mereka yang mengalami masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan menghidap penyakit kronik termasuk paru-paru, jantung serta buah pinggang.
Aku juga menjadi lebih prihatin terhadap virus ini bagi mengelakkan diri aku n keluarga aku drpd menjangkitinya. Kes kematian berpunca drpd kelewatan kita mendapatkn rawatan sehingga mengalami pneumonia yg serius. Mudah2an Allah menjauhkan kita sumer drpd penyakit2 yang merbahaya ini. Insyaallahhh....
Dibawah ini adalah info2 mengenai pneumonia.
Apakah itu Pneumonia?
Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.
Bagaimana anda mendapat penyakit ini?
Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau Pneumonia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan Pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.
Tanda dan gejala
Kadangkala Pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria Pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. Gejala-gejalanya termasuklah:
• Demam (390-400C) dan menggigil.
• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
• Bernafas dengan cepat dan pendek,
• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
• Berpeluh dan muka kelihatan merah.
• Hilang selera makan atau perut meragam.
Bagi kes Pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder.
Tabiat yang baik
• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selesema dan batuk).
• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi sistem imun badan.
• Amalkan kebersihan diri yang baik.
Rawatan
Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap Pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:
• Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari. Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.
• Berehat secukupnya.
• Berhenti merokok.
Berjumpalah doktor sekiranya....
• Gejala-gejala masih berterusan.
• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan
• Kesesakan nafas semakin teruk.
• Batuk yang berpanjangan.
• Kahak berubah warna.
• Sesak dada.
• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
• Kahak mengandungi darah.
• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
• Fikiran terkeliru.

Wednesday, July 8, 2009
Jangan Mencari Kesempurnaan...
NOBODY'S PERFECT....
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak,
nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….
dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti,
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”
Terima kasih abanggg...
di atas segala PENGORBANAN dan KASIH SAYANG
abang kepada Iza dan anak2.....
Tuesday, July 7, 2009
Thursday, May 14, 2009
Download Lagu Kat Internet
Tension hari nie sebb wat program tak siap2 lagi... Due date semlm, tapi hari nie pun tak siap lagik. Arghhhhh.... Nak makan pun dok ingat kerja tak siap lagikkk. Sampai ofis aje, dok ngadap komputer. Tengok jam, lunch time blm over lagik, so tgh pikir2 nk wat apa ya tuk hilangkan rasa bosan wat program nie....
Kebetulan kwn aku Zuki tengah relax tuuu... aku pun jumpa dia. "Kieee... tolong ajar aku camner nk download lagu dari internet". Nasib baik mood dia ok. Kalo la mood dia tak ok, korang nak tau.... aper dia akan kata. "Ko gie la belajo kat kedai basikal..... ". Sabo ajer la akuuuu.... Disebabkan nak ilmu, aku wat bodoh ajerr. Dia pun ajar la akuuuu.....
Aku dengan murah hati nyer nak mengajo korang pulak... Hahahahaaa...
1. Gie kat http://www.4shared.com
2. Search la lagu aper yang korang nakkkk...
3. Korang pilih nak MP3 ker, midi ker, mpg kerr...
4. Pastu klik la "Download Now"
5. So korang pilih la nk download kat pc ker, kat pen-drive ker or cd ...
6. Tertib
Korang leh download seberapa byk yg korang suka. Download sampai pengsan. Hahahahaaa... All preeeee.... n enjoyyyyy the music.
p/s : aku lebih suka dengar ayat2 suci al-quran, tapi lom jumpa lagi nk download kat manerrr... kalo korang tau, share lerrr... beso pahala tauuu :)

Subscribe to:
Posts (Atom)