Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Happy Birthday Kak Alia

Yesterday, it was already 9 years old my eldest doter, Kak Alia. Just celebrated at home. Before returning home, i stopped at Season Bakery Shop to buy 'Blueberry Chocolate Cake'.


Mama n ayah doakan Kak Alia jadi anak yg solehah, anak yg tdk tinggal solat 5 waktu, anak yg sentiasa membaca Al-Quran dan berjaya dunia n akhirat. Amin.

 Happy Birthday to Kak Alia

 Tak sabar nak menikmati kek birthday.

 Kak Alia n ayah.

 Baby Hannah sedang menikmati kek.

'Blueberry Chocolate Cake'

Mee goreng basah



Tuesday, March 1, 2011

My Brorther's Wedding

Tahniah untuk abg aku, Leftenan Kolonal Hj Mohd Razib Bin Hj Ali. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Dari rumah kul 8.15am aku n anak2 bertolak ke KL. Kul 11am sampai Serdang. Amik hubie kt stesyen komuter. Singgah sana, singgah sini ngan sesatnyer lagik... hahahaa... dekat kul 1pm aku sampai. Rasa menggeletar kaki nieee...
Sampai dewan, tarik nafas n relax jap. Bagi penat tu hilang. Bdk2 dh jumpa ngan cousin2 dia, dh entah ke mana... Tinggal lah aku n hubie menikmati juadah yg disediakan.
Kul 2.30pm bersanding. Kedebak kedebuk... kul 3.45pm aku pun balik laaaa... Sebelum balik, singgah umah sksk, bg dia passport n gambo tuk wat visa ke china bulan depan. Borak punyer borak, dekat kul 6 aku pun bertolak ke JB.
Kebetulan mlm nie ada ceramah perdana di surau kediaman aku, tu yg tk singgah mana2. Terus ajer balik. Cuma beli KFC mkn dh kereta sebb bdk2 dh lapar. Alhamdulillah kul 8.45pm sampai umah dgn selamatnyerrr.
Siap2 tuk pergi ke surau. Sampai surau kul 9.30pm, terus pekena nasi beriani. Perghhhhh... satu dulang mkn 2 org (aku n hubie laa...). Nasib baik tk mengantuk. Dengan khusyuknyer aku dgr ceramah Dato' Abu Hassan Din yang bertajuk "Titian Sirat... Di Mana Letaknya". Kul 12am tamat.
Walaupun penat, tapi berbaloi... Terima kasih Allah.
Majlis perkahwinan di Dewan Besar, TUDM Subang pada 26 Februari 2011.

Bacaan Doa

Senyuman pengantin... tahniah Uda.

Baby Hannah dh penat. Asyik nak dokong ajerrr...

Aku, Baby Hannah n Kak Uyeen.

Hubie sibuk melayan anak buah makan aiskrim.

Bergaya di hadapan kereta pengantin.

Entah bila lah boleh beli. Tak dapat beli, dpt bergambo, jadilaaa... hahahaaa...



Monday, April 19, 2010

Majlis Khatam Al-Quran 15 Juz

Buat pertama kalinya aku mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 15 Juz di rumah guru mengajiku di Jalan Penyiaran, Taman Universiti. Majlis bermula jam 5pm dan hanya dihadiri oleh anak2 murid guru mengajiku sahaja. Alhamdulillah... akhirnya dapat juga membaca ayat2 suci Al-Quran nie dlm masa 2 tahun. Lama kannnn??? Nak buat camnerr... berbagai2 dugaan dan cabaran harus aku lalui untuk sampai ke tahap nie.

Alhamdulillah, dengan izinNya sampailah aku ke tahap nie. Aku berazam untuk terus mengaji hingga ke Juz 30 dan sekaligus m'jadikan Al-Quran ini sebagai teman ku di dunia, sahabatku di alam kubur dan juga pemberi syafaatku nanti di alam akhirat. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Moga niat baikku ini dimakbulkan. Aminnn...

Gambar2 sekitar majlis tersebut;








Doa khatam Al-Quran;
--------------------
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pujian org2 yg b'syukur dan kesudahan yg baik ialah bg org2 yg b'taqwa. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Rasul kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat2nya sekalian.

Ya Allah, terimalah drpd kami, sesungguhnya Engakau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan berilah taubat kpd kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang. Tunjuki dan bimbinglah kami kpd kebenaran dan kpd jln yg lurus dgn berkat Al-Quran yg mulia.

Ya Allah, kasihanilah kami dgn berkat Al-Quran, dan jadikanlah Al-Quran itu bg kami sebagai Imam, sebagai Nur, Hidayat dan Rahmat. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yg kami lupa dari Al-Quran, ajari kami apa yg kami tdk tahu tentang Al-Quran, berikan kdp kami kemudahan utk membacanya pd waktu siang dan malam, jadikan Quran itu bagi kami sebagai hujah wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiasilah diri ikami dgn keindahan Al-Quran, muliakan kami dgn kemuliaan Al-Quran, serikan kami dgn ketinggian martabat Al-Quran, pakaikan kami dgn pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dlm syurga dgn Syafa'at Al-Quran, selamatkan kami dari segala malapetaka dunia dan azab akhirat dengan kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran bagi kami di dunia ini sebagai teman, di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, di hari Kiamat nanti diberi Syafaat, di atas Siratal Mustakim nanti menjadi cahaya, semasa menuju ke Syurga sebagai teman, dari api neraka menjadi pendinding dan penghalang dan jadikanlah Al-Quran kpd kami sebagai panduan dan ikutan kpd segala kebaikan dgn kurniaMu, kepemurahanMu dan kemuliaanMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah dgn hidayat Al-Quran, selamatkan kami dari api neraka dgn kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat kami dgn fadilat (kelebihan) Al-Quran, hapuskan segala kesalahan kami dgn sebb membaca Al-Quran, wahai Tuhan yg mempunyai segala mcm kelebihan dan ihsan. Tuhan kami berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.

Semoga Allah mencurahkan rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat2nya. Maha Suci tuhanmu, Tuhan yg mempunyai keagungan dari apa yg mereka sifatkan (tuduhan org yg tdk b'iman), salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji t'tentu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Amin Yaarabbal alaminnn....

Tuesday, April 6, 2010

Setahun berlalu...

Al-Fatiha buat abah yg tersayang... Tanggal 03/04/2010, telah genap setahun abah pergi meninggalkan kami. Begitu cepat masa berlalu.

Betapa aku sayang pada abah... sesekali rindu datang bertandang . Kenangan bersama abah tidak pernah aku lupakan. Setiap kali balik ke kg, aku mesti singgah di kubur abah bersama dengan anak2ku. Di depan pusaranya... aku sedekahkan Fatiha dan anak2ku mengikut sama membacanya. Tanpa di sangka2, air mata jernih jatuh ke bumi. Itulah tanda kurindu pada arwah abah.

Anak2ku bertanya.. "Kenapa mama menangis?". Sambil memeluk anak2ku, aku katakn "Mama rindu pada abah... ". Anakku menjawab "Abah ada kat dalam...". Lagi sedih aku dibuatnyerrr....

Aku bersihkan kubur abah. Anak2 aku pun turut bersihkan sama. Aku siramkan air bersama bunga ke pusara abah sambil berdoa "moga kubur abah setenang n sesejuk air ini dan wangi semerbak bak bunga ini..., diluaskan dan diterangi nur di dalamnya... amin".

Terubat kerinduanku pada abah. Moga roh abah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Abahku sayang Hj. Ali Bin Hj. Arshad.

Arwah abah bersama anak2ku... Jan 2008.

Wednesday, January 27, 2010

Baby Naqib... umo sebulan.

Umur Baby Naqib dah 30 hari... Dh kembang badan dia n kaki pun dh kuat menendang. Mak kata, bila di mandikan, kaki dia dh kuat berdiri. Cepat betul bdk sekarang nieee... Kalo bdk2 dulu, 30 hari masih lembik lagikkk.... Betul ker???
Baby Hannah pelik sebb ader baby yg lebih kecil drpd dia...
Macam nak ditelannyerrrr...








Coloring Contest

Pada 23/01/2010 telah diadakan pertandingan mewarna di Surau Jauharul Muttaqim, Presint Bakti, Mutiara Rini. Ramai gak yg menyertainya... Bermula kul 9 pagi hingga kul 11 pagi. Sian bdk2... berpeluh2 gak lah nk mengaler sebb gambar yg diberikan tu besar (saiz double A4). Sampaikan anak2 pun malas nk abiskan color tuuu... Tak pasal2 mama dia kena siapkan...

Pendaftaran cuma RM3. Dapat door gift berupa makanan ringan. Hadiah2 berupa piala serta sijil penyertaan. Anak aku Alia dapat tempat pertama (kategori 7-9 thn) dan Nureen dapat tempat kedua (kategori tadika). Suka bdk2 tuuu...
On the way ke Surau
Kak Alia n Kak Uyeen start mengalerrr...
Nana jadi pemerhati... :)

Kak Uyeen ngan hasil color nyerrr....

Kak Alia ngan hasil color nyerrr...

Tekun mengalerrr...
Mak dok tolong anak mengalerrr... anak dh penat n tak mau kaler lagikkk...

Friday, January 8, 2010

Majlis Tahlil n Aqiqah

Pada 01/01/2010 telah diadakan Majlis Yasin & Tahlil untuk arwah diikuti ngan bacaan berzanji serta marhaban untuk meraikan ahli baru keluarga kami iaitu Mohd ??? (lupa) yg lahir pada 20/12/2009.

Tahniah buat adik aku Aminah dan suami, Nazri di atas kelahiran bayi pertama mereka. Sangat comel dan moga dengan kelahiran anak ini dpt menambahkan lagi rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka, dilimpahi rezeki serta dirahmati oleh Allah Taala. Moga anak ini menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat. Aminnn...

Teringatkan akan arwah abah yg telah kembali ke Rahmatullah pada 03/04/2009. Moga bacaan Yasin & tahlil itu sampai kepadanya dan roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah... Amin. Abah... moga satu hari nanti kita dpt berjumpa di syurga... di alam yg kekal itu. Iza rindukan abah...
Dari kiri : Kak Uyeen, Adik Nana, Tasya n Fiza...
Dapur umah mak aku kt kampung, Pontian.
Adik aku Aminah bersama suaminya, Nazri dan anak pertama mereka.
Adik ipar, Hanim bersama ngan anak kedua mereka, Fiza. Hanim nie pun tengah mengadung 3 bulan. Bila lah aku nk mengandung???? Nanti lah dulu... hahahahaaa....
Kak Alia, Tasya n Fiza...
Naper Adik Nana nangis tuuu??? "Mesti tk dapt kek coklat nie... Nanti mama belikan ya sayang...."
Aku n adik Nana...
Adik aku Nurul bersama ngan Iffah (anak adik lelaki aku, Hafiz)
Along n Hafiz...
Mak nie dh macam mak pengantin. Sibuk ke sana ke mari... Biasalah... tuan rumahhhh.
Adik ipar aku, Nazri ngan baby nya... Tengok tu.. cinta dan kasih seorg ayah buat anaknya.
Antara tetamu2 yang hadir. Semoga dgn kehadiran semua, mendapat keredaan dan keberkatan dariNya. Amin...