Showing posts with label Kuching Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Kuching Sarawak. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Day 4 : Kuching

Flight balik ke JB kul 10.40am. Malam tadi dok kemas2 barang hampir kul 1am. Letihnya.... Kul 6am dh bangun tido. Hari ni bdk2 liat sikit nak bangun pagi sebab dia org tau yang kami semua nak balik JB. Bdk2 request utk stay lagi sehari sebab nak tengok orang hutan. Hahahaaa...

Kemas punyer kemas, sekali timbang brg2 aku semuanya 45kg. Beratnya... Nasib baik semuanya leh check-in. Hand luggage pulak ada 18kg. Bagi2 lah sorang sikit kat hubie n anak2. Alhamdulillah selamat daaaa....

Kul 8.30am kami dah sampai airport. Kul 9am kami pulangkn van Hiace tu n kul 9.20am kami beratur utk check-in. Seblm kul 10am kami dah sedia kt Departure Hall. Sekaliiiii.... Alamakkkk!!! flight ke JB delay. Dijangka pukul 11.30am baru boleh berlepas. Adoiiii... penat la menunggu nie.

Berkat kesabaran kami, kul 1.10pm kami sampai di airport Senai. Alhamdulillah semuanya selamat. InsyaAllah kami datang lagi ke Kuching, Sarawak.


Day 3 : Kuching

Pukul 7am jugk kami kuar umah. Kami b'sarapan di sebelh Restoran Sepinang Sari. Menikmati mee kolok n anak2 mkn nasi lemak di awal pagi. Dh kenyang, kami keseberang jalan utk melontar duit di situ... heheheheee... biasalaaa, Pasar Minggu Satok lah. Kami soping tshirt, kain batik, fm n buah2 utk di mkn dlm van nanti. Lebih kurg 2 jam jugk lh kami di situ.


Kul 11am kami menuju ke Gunung Santubung. Menikmati keindahan Gunung Santubung dari dekat dan juga Pantai Damai. Pusing2 ajer kt situ sebb time nie hujan renyai2. Pastu kami ke Muzium Kucing. Kami ingtkn ada kucing idup. Rupe2nyer patung2 kucing ajer. Okey lah tu... heheheee...

 Di pintu hadapan Muzium Kucing


Perut dh krok.. krokkk... kami singgah di kedai mkn menikmati ayam bakar n nasi campur. Pastu kami terus ke Batu 4 utk sesi m'borong pasu. Timbang punyer timbg, kotak aku jer dh 27kg. Mak aaiii, ada kang t'lebih berat nanti nk check in bag. Abis jer soping, terus login AA n tambah lg berat bag aku. Alhamdulillah... Selamatttt...

Kami terus ke Semanggoh Orang Utan. Sampai di sana kul 3.15pm. Punyerlh suka ank2 aku. Ala2 jakun gitu. Memg puas hati sebb ada 7-8 ekor yg kuar. Kul 4 lebih baru kami bergerak ke Kuching. Kami terus ke Waterfront. Ada kawan rekomen kek lapis Liza sedap. Aku pun singgah. tapi beli kek lapis pun. Cuma beli kuih cincin n pes laksa s'wak Hj Manan. Sebelh kedai tu ada tempat urut2 kaki n badan. Hubie nk urut kaki n kami yg lain terus amik sampan ke seberang. Lebih kurg 1.5hrs kami kt situ. Dok layan ank2 yg suka naik sampan.


Sempat menikmati kek lapis Mira lagik n mak aku borong ikan terubuk masin kat situ.

Pukul 7 kami semua ke Kubah Ria menikmati mkn mlm. Kami mkn nasi ayam penyek, nasi ayam n laksa s'wak. sumer sedap. Mungkin sebb dh lapo.... hehehee... kawasan mkn yg luas n bdk2 siap blh b'lari2... dh kenyang, kami terus blk ke homestay.


Friday, September 21, 2012

Day 2 : Kuching

Macam tak percaya.... Pukul 7am kami dah keluar rumah. Alhamdulillah, anak2 senang pulak nk bangun seawal 6am. Mereka kalau bab berjalan2 nie. Laju jerrr... Heheheheee...

Homestay n van Hiace

Sepinang Sari Cafe

Kami terus ke Restoran Pinang Sari di Satok menikmati mee kolok Hj Salleh. Memang sedap sampai aku mkn semangkuk setgh... hahahaaa... dh kenyang, kami terus ke Serikin. Perjalanan mengambil masa lebih kurg 1 jam utk sampai ke sana. Kami sampai kul 10.30am n kul 1.30pm kami b'tolak blk ke kuching.




Nureen marah sebb mee nie panjang sangat...

Cuaca memang panas dgn keadaan kt sana yg berdebu. Rasa letih melayan kerenah anak2 aku yg nak itu n nak ini. Sabar jer laaa... Bila mereka dah dapat apa yg mereka nak, barulah mereka diam n time aku pulak utk memilih itu n ini. Hahahaaaa...

Suasana di Serikin

Kami jln dari satu kedai ke satu kedai yg lain sampailh ke p'hujung jln. Kat hujung jln tu ada kedai makan. Kami lepak kejap kt situ sementara tunggu mak aku yg dh hilang entah ke mana ngan adik aku. Aku cuma beli tora bika cappuchino (RM5 utk 10 sachets), popia cheese (RM5 jer..), jajan ank2 aku, blouse (RM25), telekong (RM60) n tikar sarawak, buluh (RM150). Kat situ kena pandai tawar menawar. Sebb tu berjam2 kami kt situ. Selain tu aku beli buah kuini RM6/kg n salak RM5/kg. Manis2 semuanya. Berbaloi n memang berbaloi.... :)

Ada banyak statue dinasor.

On the way blk, kami singgah di Dinasour Garden, Wind Cave dan anak sungai utk mandi-manda. Satu pengalaman baru bg ank2 aku yg blm pernah msk ke dlm gua. Seronok betul dia org. Dpt tgk kelawar yg b'gantungan sana n sini. Dah penat2 n peluh2 jln kt dlm gua, kami meneruskn p'jlan hingga ke hujung jln. Di situ ada ank sungai. Boleh mandi-manda n airnyer sgt jernih. Lepak sini sampai kul 4++pm.

On the way ke Wind Cave

Keadaan di dalam Wind Cave, panas, bunyi2 kelawar n busuk cikit ngan bau tahi kelawar.

Mandi-manda

Air memang jernih n sejuk.

Semua org dh lapar n ada yg dh tertidur dlm perjlnan blk ke Kuching sebb kepenatan. Tanpa membuang masa, kami terus ke Topspot Seafood. Menikmati lunch + dinner di situ. Sekarang pukul 6pm. Kami order ikan jenahak masak stim halia, sup sayur campur, udang butter, lala (mcm buluh tuu...) goreng lada kering n sayur midin masak belacan. Sumer RM150. Murah tak??? Boleh laaa... Alhamdulillah kenyang sgt n kami terus blk ke homestay.

Gambar kat TopSpot aku tak ambil sebb dah penat n lapar sgt sehingga lupa nak ambil gambar. Hahahaa...

  

Thursday, September 20, 2012

Day 1 : Kuching

Seawal jam 6am aku dh kejutkn anak2 utk bersiap2 seawal mungkin seblm kami ke airport Senai. Biasalah bdk2 byk kerenahnya terutamanya waktu pagi. Nak mandi lah, nak cari baju lah, nak sarapan lah n nak bawa toys dia lah n mcm2 laaa... Jadi ribut cikit pagi tu.

Pagi nie bekpes lontong kuah bersama ayam rendang. Aku mengajak emak n adik2 bekpas bersama kami sekali. Aku suruh anak2 mkn byk cikit sebb nanti kul 2pm baru kami sampai di Kuching. Aku mkn ala kadar sebb penat semlm berkemas n msk rendang tk hilang lg. Tapi sgt puas hati la sebb dpt sediakn sarapan utk semua rombongan kami 10 org tu.

Airport Kuching

Dari JB jam 12.25pm dan sampai Kuching jam 1.50pm. Kami sewa van hiace (RM250/day) dan terus di bawa ke homestay (RM250/nite). Homestay nie dekat dgn kompleks sukan yg kaler oren tu. Letak semua beg2 dan terus menikmati nasi beriani di Restoran Bukhari, Satok. Time ni kul 3pm. Hubie jumpa kwn lama dia kt situ, borak2 sampai ank2 sumer dh b'tempiaran... hahahaaa... Dah kenyang, kami terus ke Little India n Waterfront. Naik sampan ke seberang utk menikmati kek lapis pulak... time ni kul 6++pm.

Restoran Bukhari

Pilih, jgn tak pilih souvenier dari Kuching.


 Tunggu bot utk ke seberang. RM0.50/person. Anak2 aku suka sgt naik sampan ni.

Di hadapan Kedai Kek Lapis Mira

Mula2 gi Mira Kek Lapis, pastu Dayang Salhah n Zaharah. Abis sumer aku cuba n aku rasa Mira lg sedap. Beli 5 ketul ajerrr... tapi seketul ank aku dh mkn semasa di homestay. Anak aku paling suka Kek Lapis Awan Nano. Rasanya memg sedap. Tester dlm bekas tu, ank aku jer yg abiskan... hahahaaa... nasib lh tuan kedai.

                                    
Rasa, rasa, jgn tak rasa. Semuanyer sedap2 belaka.

 Beli jugak lah ole2 kek lapis Sarawak.
 
Jalan-jalan lagi ke kedai kek lapis yang lain.

Penat gk b'jln2 kt seberang tu. Pastu lepak kt kedai batu (foodcourt) sambil menikmati sotong giling, mee kolok, meehoon sup, nasi ayam dan ber'tin2' air minuman karbonat. Semua org dah penat dan dahaga tahap gaban... hahahaaa...

Pukul 9pm kami semua blk ke homestay.
 
 

Jom Ke Kuching, Sarawak

Kuching Cat Statue

Tiket dah beli thn lepas bln Sept. Mak aaaiiii, punyer lh lama simpan tiket. Kenalh lama sebb ada masa lg utk menabung. Maklumlh org yg pergi punyerlh ramai iaitu 10 org. Bg aku ramailh sebb byk benda nk kena uruskn. Nk cari van lg, nk cari hotel lg, nak cari tempat mkn lg n nk buat itinerary lg. Kalau pergi sorang2 or berdua jer, senang ajer. Main redah jer... Heheheheee.... Semua ini mengambil masa memandangkn aku nie siang kerja n mlm mengajar. Sibuk tuuuu....

Alhamdulillah, apa yg dirancang semuanya berjalan dgn lancar. Perjalanan pun dh selamat pergi dan balik. Kami ke sana pada 7-10 September 2012. Dan hari ini baru berkesempatan utk menulis di blog ini.

Jom ikuti perjalanan kami ke Kuching, Sawarak selama 4 hari 3 mlm.

Tuesday, May 5, 2009

Kek Lapis Dayang Salhah

Kek Lapis Sarawak merupakan makanan tradisi masyarakat melayu Sarawak semasa musim perayaan. Sememangnya tidak lengkap rasanya jika sesebuah rumah tidak terhidangnya Kek Lapis Sarawak semasa perayaan. Kek Lapis Sarawak juga mempunyai pelbagai rasa, bentuk dan jenis. Bukan sekadar kek lapis sahaja yang popular di bumi kenyalang tetapi Kek buah-buahan juga. Kek Lapis Sarawak dan juga kek buah-buahan juga menjadi penyeri dalam sebuah majlis pertunangan mahupun perkahwinan.
Korang leh gak refer kat website nie pasal Kek Lapis dayang Salhah http://keklapisdayangsalhah.com/about.html


Along ngan wife n anak bungsu, Tasya di hadapan Sungai Sarawak.



Menaiki boat menyeberangi Sg. Sarawak untuk ke Perusahaan Kek Lapis Dayang Salhah.



Nie la Perusahaan Kek Lapis Dayang Salhah. Tak lengkap kalo ke Kuching tapi tak singgah di sini.



Sampai ajer di sini, kami dijamukan dengan pelbagai jenis kek lapis. Nyum... nyummm... sedap nya...



Tengak la nie.... menggoda sungguh warnanya...



Antara kek2 lapis yang dijual. Kat sini jual RM10 setiap satu. Leh lah dibeli tuk dibawa pulang ke Semenanjung tuk dibagi pada keluraga dan saudara mara.





Bahagian belakang kedai adalah tempat membuat kek lapis nie.... Begitu laju n pantas ajer pekerja2 di kedai nie membuat kek lapis. Memang aku tabik la kt tempat nie.... bersih sangattttt...


Apabila telah siap dibakar, kek akan digelungsorkan ke bilik nie... Bilik nie gelap n ada sebuah kipas besar tuk sejukkan kek2 ini. Bila dah sejuk, kek akan dipotong n di raping untuk dijual.


Rumah Panjang

Rumah panjang orang asli Malaysia

Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.

Percutian ke Sarawak tidak lengkap tanpa lawatan ke rumah panjang yang merupakan tempat tinggal tradisional kebanyakan suku kaum pribumi di sini seperti kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Rumah panjang ialah sebaris rumah yang dihubungkan dengan laluan atau serambi yang dikongsi bersama-sama keluarga-keluarga yang tinggal di situ dan diketuai oleh seorang ketua rumah panjang yang digelar 'Tuai Rumah'. Setiap keluarga mempunyai kawasan bilik mereka sendiri. Aktiviti kemasyarakatan dijalankan di kawasan serambi yang dipanggil 'ruai'. Pelawat lelaki lazimnya akan tidur di ruai manakala pelawat wanita tidur di dalam bilik di sini.

Lawatan sekitar rumah panjang di Kuching, Sarawak. Lupa pulak aper nama tempat nie...





Replika rumah panjang di Sarawak.... (sebelah kanan kakak ipar). Kakak ipar tengah tengok tengkorak2 lama yg digantung...



Pokok2 yang terdapat di persekitaran rumah panjang Sarawak...
Pokok buah Bali
Pokok Mengkudu


Pokok Betik.... mungkin betik jantan kot yg nie...

Padi yang dijemur.... kulitnya masih ada lagi.


Wednesday, April 29, 2009

Semanggoh Wildlife Centre

1st day di Kuching...

Kul 8.20am sampai di airport Kuching. Terus amik keta sewa, sarapan di Kota Sentosa (kalau tk silap laaaa....) then terus ke Semanggoh Wildlife Centre. Sampai situ kul 10am. Nak amik tiket (RM3 tuk dewasa) n org tu ckp mungkin waktu ini, orang utan dah balik ke hutan. Waktu utk beri makan pada org utan adalah pada jam 9.00am dan 3.00pm. Selain dari waktu ini, memang orang utan tidak akan kelihatan. So, kita org pun pergi la ke tempat lain dulu n dtg semula ke sini pada jam 2.45pm.




Sampai di sini kul 2.45pm. Dengan penuh pengharapan agar kali nie dpt la melihat org utan secara dekat. Hajat kami termakbul dan ini lah orang utan.




Ada lagi satu tempat untuk memberi makan kpd orang utan. Tapi kenalah menapak sejauh 300m kottt.... Sampai ajer kt sini, ada sorang pekerja di sini sedang memanggil orang utan. Terasa cam tarzan pulakkk... Nampak takkk kt gambo bawah nieee.... Orang yg memanggil tu kecik ajerrr...

Nie la anak saudara yg pergi ke Kuching, Sarawak. Nama dia Farah Natasya, umo 3 thn.


Along aku bersama ngan isterinya n Tasya...