Tuesday, May 5, 2009

Rumah Panjang

Rumah panjang orang asli Malaysia

Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.

Percutian ke Sarawak tidak lengkap tanpa lawatan ke rumah panjang yang merupakan tempat tinggal tradisional kebanyakan suku kaum pribumi di sini seperti kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Rumah panjang ialah sebaris rumah yang dihubungkan dengan laluan atau serambi yang dikongsi bersama-sama keluarga-keluarga yang tinggal di situ dan diketuai oleh seorang ketua rumah panjang yang digelar 'Tuai Rumah'. Setiap keluarga mempunyai kawasan bilik mereka sendiri. Aktiviti kemasyarakatan dijalankan di kawasan serambi yang dipanggil 'ruai'. Pelawat lelaki lazimnya akan tidur di ruai manakala pelawat wanita tidur di dalam bilik di sini.

Lawatan sekitar rumah panjang di Kuching, Sarawak. Lupa pulak aper nama tempat nie...





Replika rumah panjang di Sarawak.... (sebelah kanan kakak ipar). Kakak ipar tengah tengok tengkorak2 lama yg digantung...



Pokok2 yang terdapat di persekitaran rumah panjang Sarawak...
Pokok buah Bali
Pokok Mengkudu


Pokok Betik.... mungkin betik jantan kot yg nie...

Padi yang dijemur.... kulitnya masih ada lagi.


No comments: