Wednesday, May 6, 2009

Jiran-jiranku...

Nak citer pasal jiran2 aku nie…. Bukannya nak mengumpat pasal dorang nie. Kalo mengumpat, buang masa aku ajer dok menulis kt sini. Banyak benda lain yang leh buat.

Rumah aku end lot. Sebelah aku, Cik Min dan sebelah Cik Min, Cik Ani. Cik Min nie tinggal ngan 4 org anak dia. Sumernya dan beso2 n dah bekerja. Anak dia yg sulong pundah kawin n dah ada anak sorang. Namanya Qistina 2 thn n sebaya ngan anak aku Nana. Tapi dia tak tinggal kt situ. Sekali sekala dia datangla ke sini. Cik Ani pulak tinggal ngan anak lelaki dia. Anak lelaki dia sebaya ngan aku n dah ada anak 3 org. Dua2nya hero dan masih belum bersekolah. Sorang tu namanya Afiq 4 thn n sorang lagik Afif 3 thn. Kenkadang tergeliat lidah aku nak menyebutnya sebab nama dua2 nya lebih kurang sama. Anak lelaki dia n menantu dia sama2 bekerja.

Depan rumah aku pulak Cikgu Zarina. Dia ada mengajar disebelah petang dan suami dia juga bekerja. Mereka mempunyai 3 org anak. Aiman 9 thn, Alia 8 thn dan Darwis 3 thn. Setiap pagi ayah dia lah yang akan menghantar kedua2 anak mereka ke sekolah. Aku tak pernah pulak nampak mama mereka yg menghantar ke sekolah. Mungkin susah sikit nak keluar pagi sebab ada Darwis kottt…

Sebelah rumah Cikgu Zarina, rumah kak Diana. Kak Diana tidak bekerja n suami dia saja yang bekerja. Anak mereka 4 org. Dua di asrama dan 2 lagi masih sekolah berdekatan ngan rumah. Yang sulong 17 thn kott n bongsu tu umo 10 thn kotttt… Setiap pagi, mama mereka yang akan hantar ke sekolah dan aku tidak pernah nampak ayah hantar anak dia ke sekolah. Napa yaaaa….. mungkin bdk2 nie rapat ngan mama nya n lebih suka kalau mama nya yang hantar ke sekolah.

Sebelah rumah kak Diana, rumah kak Eton. Kak Eton dan suami bekerja sendiri sebg contractor. Keluar kerja bersama, balik kerja bersama. Leh dikatakan kemana2 ajer mesti bersama. Mereka mempunyai 3 org anak teruna. Yang no 2 n no 3 tu masih bersekolah. Yang no.2 tu sekolah petang n no. 3 tu sekolah pagi. Setiap pagi, parents dia lah yg akan hantar dia ke sekolah. Maklum lah anak bongsu…. Mesti manja.

Aku pulak, kalo suami aku outstation, aku lah yang menghantar alia n nureen ke sekolah. Tapi kalo ayah dia tak outstation, ingatkn aku leh lah keluar rumah lambat sikit n tak payah hantar bdk2 ke sekolah. Rupa2nya kena gak hantar ke sekolah. Yang kelakarnya, aku hantar alia ke sekolah dan ayah dia hantar nureen ke sekolah. Padahal bdk2 tu sekolah yang sama. Cikgu mereka siap geleng kepala lagi. Sorang ayah hantar dan sorang mama yang hantar. Alia memang tak suka kalo ayah dia yg hantar. Nureen pulak memang manja ngan ayah dia. Cikgu mereka dah paham kalo alia sorang ajer ngan aku, maknanya nureen mesti gie sekolah ngan ayah dia.

Macam2 ragam bdk2 nie… n kelar jugak bila compare ngan jiran2 aku pasal bdk2 nie… yang seronoknya, anak2 jiran aku lebih kurang sebaya ajer ngan anak2 aku. Tengah kecik2 nie sajer jer main sana, main sini, lompat sana, lompat sini, nangis la, merajuk la n mcm2 laaaa…. Bila dorang dah besar nanti, baru lah bdk2 nie tau malu n melekat kt dlm rumah ajerrr….

Itu la kisahnya pasal jiran2 aku yag tercinta….

2 comments:

Opie said...

kire ok ek jiran ko...jiran aku leh dapat award jirang yg paling hampeh dalam dunia..kalah grammy award

Mutiara Kasih - Iza Aziz said...

dah 3 thn aku dok situ n dh 3 kali kita org wat open house sama2. memang best n sporting sumer...