Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Birthday Kak Uyeen

Happy Birthday kak Uyeen...

Semalam, 21/04/2011 kami celebrate birthday kak Uyeen kt Mc Donald Jln Pontian. Genap umur kak Uyeen 6 tahun. Moga Allah pjgnkn umurmu sayang.

Mama doakan Yeen jadi ank yg solehah, berakhlak mulia seperti akhlak Rasullah SAW, Allah mudahkan belajar di sekolah dan sentiasa cemerlang dlm pelajaran, sentiasa solat tanpa disuruh dan selalu mengaji dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Kami semua sayang kak Uyeen.


Monday, October 18, 2010

My birthday 16/10/2010

Ulang tahun kelahiran yang ke 33 tahun.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih m'benarkan aku b'nafas di bumi ini. Dpt melakukan ibadah dlm keadaan yg sihat dan menjadi seorg ibu dan isteri dgn baik dan bertanggungjwb. Moga hari2 yg akan datang, Allah tingkatkn amalanku terhadapNYA. Moga aku tidak lalai dgn keindahan dunia yang sementara ini. Hidup hanyalh sementara, yg kekal adalah alam akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhanku
Dengan namaMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji hanya bagiMu, Tuhan semesta alam
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta sahabat2 nya.

Hanya kepadaMu aku sembah dan hanya kepadaMu aku mohon pertolongan
Sempena dengan hari ulang tahun kelahiran aku ini
Aku mohan diampunkan segala dosa
Dosa2 yang dahulu, dosa2 yg akan datang
Sama ada yg diketahui dan yg tdk diketahui
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala2nya
Sesungguhnya aku tidak sanggup utk menanggung seksa kubur dan api nerakaMu.

Ya Allah,
Kuatkan keimanan serta ketaqwaanku terhdpMu
Tabahkan hatiku menghadapi dugaaMu
Tingkatkn lah amalanku
Jauhkan diriku drpd perkara2 yg melalaikan
Moga aku menjadi umat yang tidak akan meninggalkn solat 5 waktu, berpuasa dan m'baca kalamMu iaitu Al-Quran

Ya Allah,
Luaskanlah pintu rezeki buat keluargaku
Agar rezeki ini dapat aku gunakan di atas jalanMu
Panjangkan umurku dlm amalan
Berilah aku keselamatan dan kesihatan
Agar dapat mendidik anak2ku dgn baik dan sempurna
Agar dapat berbakti kepada suamiku dgn penuh tangggungjwb.
Sesungguhnya aku amat sayang kepada mereka.

Ya Allah,
Terlalu byk permohonanku ini
Terasa malu kerna kutahu diriku banyak dosa
Dan tersangat malu untuk m'bawa dosa2 ini menghadapMu
Jika ditakdirkan Engkau menjemputku awal
Aku bermohon, biarlah segala urusan di dunia ini selesai
Dan juga biarlh amalanku cukup utk menghadapMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Aku hanya mampu berdoa
Mudah2an Engkau memakbulkannya
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan sabahat2nya.

Amin, Amin, Yaa Rabbailalamin...

Kek nie ditaja oleh adik2 aku, Mina n Aisyah. Terima kasih krn m'ingati hari kelahiran akak.


Bersama anak2 yg tercinta celebrate birthday aku. Mama sayang kamu semua.

Baby Hannah dh korak kek ya????

Kak Alia

Kak Uyeen

Tgk tu Baby Hannah, suka dpt kek.

Mak ngan Baby Hannah

Tuesday, May 19, 2009

Hubbie Birthday

Today, my lovely husband's birthday. He was born on the 19th May 1965.

Selamat Hari Lahir yg ke 44 tahun. Iza doakan abg selalu sayang dan ingat kt iza n anak2 dan dpt menjaga dan memberikan sepenuh kasih sayang untuk iza dan anak2.

Semoga Allah panjangkan umur abg, dipermudahkan mencari rezeki yang halal, diberikan keselamatan dan kesihatan serta dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik.

Mohon Allah permudahkan perjalanan hidup kita, saling ingat mengingati dan dapat menjalani hidup dalam keluarga yang bahagia hingga ke hujung nyawa...

Aminnn.....