Sepanjang Ramadan, kurma adalah
makanan wajib sewaktu berbuka puasa. Pemakanan sunnah seperti kurma, kismis,
zaitun dan madu berkesan meningkatkan kesihatan tubuh dan mencerdaskan minda.
Sehubungan itu, satu produk kesihatan
dan minda iaitu JuzQ30 dihasilkan. Ia adalah gabungan bahan pemakanan yang
disebut dalam al-Quran iaitu delima, habatussauda, kurma, manna (gam arab),
zaitun dan diperkayakan dengan bahan pemakanan terbukti bagus untuk menyuburkan
sel-sel otak aiatu gingko biloba, badam, pegaga, garam bukit dan zaktar.
Kesemua bahan-bahan ini diekstrak
zatnya lalu diadunkan semula menggunakan madu lebah dan air zamzam dan dakwat
daripada bunga zaffaran yang digunkan untuk menulis 6,236 ayat-ayat al-Quran.
Produk ini juga diterapikan dengan 30
juz al-Quran. Tujuannya memberikan yang terbaik kepada pengguna berbanding
sekadar menggunakan air suling biasa. Setiap kali menjelang peperiksaan ibu
bapa akan memberikan nak-anak mereka minum air yang dibacakan surah Yaasin
dengan harapan anak-anak terang hati belajar dan ketika menduduki peperiksaan .
No comments:
Post a Comment