Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Zafaran Penguat Minda


Antara bahan yang terdapat di dalam JuzQ30 ialah za’faran dan madu.

Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King of Spices”. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama  di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna  dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

Keistimewaan Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Saidina Ali RA ada menegaskan sesiapa yang mengambil za’faran bersama madu asli setiap hari maka otaknya pintar sehingga orang menyangkanya seorang ahli sihir.


Sunday, November 10, 2013

Kad Laporan Sekolah

Hujung minggu ini, ibubapa dikehendaki mengambil kad laporan pelajaran anak-anak di sekolah. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Anak saya berumur 5 dan 6 tahun bersekolah di Tadika Indah Ria, Skudai, Johor. Mereka belajar dalam medium bahasa cina. Tujuannya untuk memasukkan mereka ke SRJK(C) semasa berumur 7 tahun nanti. Mudah-mudahan mereka dapat menguasai 3 bahasa dengan baik. Selain itu juga saya berhasrat untuk memasukkan mereka ke kelas bahasa arab pada tahun hadapan. Secara tidak langsung mereka juga tidak ketinggalan dengan bahasa ‘syurga’ itu nanti. InsyaAllah…

Alhamdulillah. Tidak sangka mereka sudah fasih berbahasa cina. Hanya belajar di sekolah sahaja. Sangat cepat mereka menguasai bahasa cina. Cikgu mereka sendiri mengakui bahawa anak-anak saya sangat berani menggunakan bahasa cina, mudah bergaul, mudah terima apa yang cikgu ajar dan daya ingatan dan hafalan yang sangat bagus.Peningkatan dalam pelajaran yang sangat ketara berbanding dengan ujian suku dan pertengahan tahun yang lepas. Alhamdulillah.


Saya percaya jika kita sebagai ibubapa memberikan makanan yang terbaik untuk mereka dan secara tidak langsung menjadikan mereka cemerlang di sekolah. Pemakanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut meransang otak yang subur.


Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 
(Akhir Waku Asar Sebelum Maghrib Akhir Zulhijjah 1434, bersamaan 4hb Nov 2013)

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Amin..

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH 
(Selepas Maghrib 1 Muharram 1435 bersamaan 5hb Nov 2013)

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Amin...



Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah

Bulan Muharram ialah bulan pertama dlm kalendar hijriah.


Salam Maal Hijrah buat kawan2 yang beragama Islam semuanyerr. Moga kedatangan tahun baru ini menjadikan amalan kita lebih baik drpd tahun sebelumnya dan lakukan lah hijrah tuk kebaikan.

Bersyukur kita kpd Allah krn masih mengizinkn kita bernafas dibumiNya ini. Berbagai2 nikmat yang telah diberikn kpd kita dan wajarlh digunakn utk meningkatkn amalan dan ketaqwaan kita sebg bekalan utk menghadap Allah SWT suatu masa kelak.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasullullah SAW bersabda "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama2 solat sesudah solat fardu ialah solat malam" (Sahih Muslim).


Friday, June 5, 2009

Rahsia Peluk Isteri

PELUKLAH ISTERI2 KAMU DGN PENUH KASIH SAYANG...

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Monday, April 27, 2009

Orkid Oh Orkid...



25-04/2009 aku gie ke ladang orkid kawan aku di Jalan Air Itam/Kluang. Leh jadi giler bila tgk orkid2 nie... Aku pulak memang suka bunga. Tapiii... kalo pokok tu tk nk berbunga, mula la aku rasa nk buang ajerrr... Sabo ajer laaa...

Orkid nie tak susah gak nak tanamnya... Janji dibaja dan disiram setiap hari dah kira ok. Baja takleh lebih, takut dia paksa pembesaran pulak... Bila paksa pembesaran, daun2 yang keluar tidak akan sekata dan bunga yg keluar pun tk nampak kemas.












Anak2 orkid...


Anak2 orkid ditanam di atas tanah.


Jenis Orkid Exotik... penjagaan sgt cerewet. Air tak leh lebih tapi kena siram kerap.













Terung Tetek

Mula2 nampak macam mainan. Pastu aku tanya, aper tuuu??? Pakcik tu kata, "Nie la terung tetek". Nama nyer cam lucah... Aku cam segan pulakkk... Tapi sebelah pakcik tu ada makcik. So, aku pun bertanya lanjut pasal terung tetek nie....

Terung tetek ni cam pokok herba gakkk... Leh buat ubat. Menurut pakcik tuuu... terung tetek nie blh membantu dlm mengubati penyakit barah tetek (breast cancer). Tapi ada cara nyerrr.... Cara yg betul, pakcik tu tk pasti pulakkkk...

Pokok nyer rendang ajerr... memg nampak cute ajerr... Daun nya ada byk duri2. Takut pulak nk selak n cari buah nya itu. Dh la gelap tempat tuuu... Kebetulan aku bawak camera, so snap ajer laaa...









Tuesday, February 24, 2009

Coffee 'n' Cups

Something nice to share…..





The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect.

A group of graduates, highly established in their careers, got together to visit their old university professor.

Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee, the professor said: 'If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the simple and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.

Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases, it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups... Then you began eyeing each other's cups.

Now consider this, said the professor, 'Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live. Sometimes, by concentrating on the cup, we fail to enjoy the coffee.

God has provided us. Enjoy your coffee!

The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything.. Four things to take note of in life...

1. Live simply.
2. Love generously.
3. Care deeply.
4. Speak kindly.

Shine a light & enjoy your Coffee today!