Friday, January 8, 2010

Majlis Tahlil n Aqiqah

Pada 01/01/2010 telah diadakan Majlis Yasin & Tahlil untuk arwah diikuti ngan bacaan berzanji serta marhaban untuk meraikan ahli baru keluarga kami iaitu Mohd ??? (lupa) yg lahir pada 20/12/2009.

Tahniah buat adik aku Aminah dan suami, Nazri di atas kelahiran bayi pertama mereka. Sangat comel dan moga dengan kelahiran anak ini dpt menambahkan lagi rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka, dilimpahi rezeki serta dirahmati oleh Allah Taala. Moga anak ini menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat. Aminnn...

Teringatkan akan arwah abah yg telah kembali ke Rahmatullah pada 03/04/2009. Moga bacaan Yasin & tahlil itu sampai kepadanya dan roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah... Amin. Abah... moga satu hari nanti kita dpt berjumpa di syurga... di alam yg kekal itu. Iza rindukan abah...
Dari kiri : Kak Uyeen, Adik Nana, Tasya n Fiza...
Dapur umah mak aku kt kampung, Pontian.
Adik aku Aminah bersama suaminya, Nazri dan anak pertama mereka.
Adik ipar, Hanim bersama ngan anak kedua mereka, Fiza. Hanim nie pun tengah mengadung 3 bulan. Bila lah aku nk mengandung???? Nanti lah dulu... hahahahaaa....
Kak Alia, Tasya n Fiza...
Naper Adik Nana nangis tuuu??? "Mesti tk dapt kek coklat nie... Nanti mama belikan ya sayang...."
Aku n adik Nana...
Adik aku Nurul bersama ngan Iffah (anak adik lelaki aku, Hafiz)
Along n Hafiz...
Mak nie dh macam mak pengantin. Sibuk ke sana ke mari... Biasalah... tuan rumahhhh.
Adik ipar aku, Nazri ngan baby nya... Tengok tu.. cinta dan kasih seorg ayah buat anaknya.
Antara tetamu2 yang hadir. Semoga dgn kehadiran semua, mendapat keredaan dan keberkatan dariNya. Amin...

No comments: