Monday, January 11, 2010

Gerhana Matahari

Tadi mlm aku dengar ceramah pasal gerhana matahari oleh Ust. Hanafiah di Masjid Jawahir, Mutiara Rini selepas solat Magrib. Kat sini aku nak berkongsi maklumat yg aku dpt drpd ceramah tersebut. Moga sama2 kita mendapat ilmu dan keberkatan drpdNya. Amin...

Gerhana Matahari tahun 1999 di Perancis .

1. Akan berlaku pada 29 Muharram 1431H bersamaan 15/01/2010 (petang hari Jumaat)
2. Detik2 gerhana matahari
2.1 Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 10% - jam 3.35 petang
2.2 Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 30% - jam 4.20 petang
3. Solat Sunat Gerhana Matahari - 4.00 petang

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud... "Matahari dan bulan itu menjadi bukti kedua2nya drpd tanda2 kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba2nya dgn perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tdk berlaku gerhana kedua2nya disebbkan mati seseorg dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari dan bulan), maka sembahyglah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kpd Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula pada penglihatan kamu". (Riwayat Imam Muslim)

Amaran dari Allah SWT - "Gerhana matahari merupakan amaran Allah SWT kdp seluruh manusia agar patuh dan setia di atas segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya".

Amalan - Di antara amalan yg dituntut melaksakannya ketika berlaku gerhana matahari dan bulan adalah solat sunat gerhana matahari / bulan, mendengar 2 khutbah, bertaubat drpd segala dosa besar dan kecil, bersedekah, berdoa dan beristigfar.
Berdoa : Semoga selepas berlakunya gerhana bulan aliran angin dan air yg lebih baik, perubahan cuaca yg lebih baik dan peralihan musim yg lebih baik.

Rasulallah SWA bersabda yg bermaksud... "Jikalau Allah Taala menahan pergerakan angin selama 3 hari nescaya berbau busuklah di antara langit dan bumi.

Kifiat ringkas Solat Sunat Gerhana (matahari dan bulan)
------------------------------------------------------------------------
2 rakaat dgn 4 kali rukuk
Rakaat pertama : Niat solat sunat gerhana matahari atau bulan dan diikuti dgn membaca Surah Al-Fatihah dan surah kemudian rukuk, kemudian bangun semula, berdiri membaca Surah Al-Fatihah dan surah, kemudian rukuk, kemudian iktidal, kemudian sujud, duduk antara dua sujud, sujud, maka sempurnalah rakaat pertama. Kemudian teruskan dgn rakaat kedua seperti mana rakaat pertama.

No comments: