Wednesday, October 14, 2009

Marhaban

Selagi bulan Syawal belum abis, selagi tu lah marhaban akan di adakan di sana sini termasuk lah di kawasan perumahan aku nie. Nie adalah minggu terakhir dalam bulan Syawal. Hampir setiap hari aku menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Marhaban.

Nie aku nak cerita pasal marhaban kat kawasan rumah aku. Bermula dari Jumaat minggu lepas, aku mem'free'kan diri aku untuk menghadiri majlis nie sehingga lah hari2 terakhir bulan Syawal nie. InsyaAllah... Bukan nyer apaaaa.... bulan Syawal pun setahun sekali. Aper lah salahnya ... sebab masa nie lah untuk aku mengeratkan lagi hubungan silatulrahim aku ngan penduduk di kawasan rumah aku nie. Maklumlah... masa2 yg lain selalu sibuk ngan kerja dan keluarga.

Secara tak langsung, majlis ini juga membuatkan kita lebih kenal akan jiran2, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga memohon ampun dan maaf sesama jiran. Sambil suka2 bermahaban, kita juga dapat pahala. Aminnn...

Penat, memang lah penat. Siang berkerja, balik pun dh kul 7pm. Kul 8pm dah start marhaban. Biasanya aku bawak anak aku, Alia. Yang aku perasan, bila balik umah, anak2 sumer dah tido. Alia pun turut tido kat majlis tu. Sudahnya aku lah yang kena buat homework Alia n Nureen. sabo ajer laaaa... Nasib baik dh nak cuti panjang. So, aku tak kisah lah sgtttt.

Tadi malam 2 buah rumah. 1 buah marhaban n sebuah lagi marhaban dan Yasin. Malam nie 8 buah rumah. Sabo ajer laaaa... Semuga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadirinya. Aminnn...

2 comments:

ish said...

marhaban ya nurula'ini... seronoknya marhaban iza. kat area rumah aku ni x de pun. kat johor masih popularkan. raya pertama haritu kat felda rumah mak aku pun buat. seronok... penuh poket anak2 aku... hehehe...

Iza Aziz said...

anak2 poket penuh, mak nyerr penuh perut nyerrr... hahahaa...