Friday, February 11, 2011

Sarapan Minda

Seorang sahabat Nabi SAW pulang cepat2 bila sahaja selesai solat, Nabi SAW bertanya kenapa bergegas pulang, beliau menjawab aku kena balik cepat sebab tadi sebelum solat anak2 aku bermain di bawah pokok tamar jiran, aku bimbang anak2 aku termakan buah tamar jiran.

Ya Allah takutnya mereka dengan makanan yg haram yang akan membawa ke neraka. Ya Allah, Engkau limpahkanlah rezeki yang banyak lagi halal dan kami memohon keberkatan dan rahmat drpdMu.

Wednesday, January 19, 2011

Kasih Sayang

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w.
Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Tuesday, January 18, 2011

Motivasi Petang

Kalau seseorg tu mengumpat, memaki serta mengata org lain di depan mu, itu maknanya dia juga boleh menyebut segala aib dan celaka kita di depan orang lain.

Bak kata orang pandai2 "Dunia ini ketika sedang menghadapimu, dia memberi mu kebaikan dan apabila sedang membelakangi mu, dia mencabut dari mu segala kebaikan mu...".

Oleh : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh



Thursday, December 16, 2010

Hutan Bandar JB

04/12/2010 aku bawak bdk2 ke Hutan Bandar Johor Bahru. Sebenarnya tak plan nk ke sini. Sebab pagi tu takde elektrik, so aku bawa lah dia org ke sini. Kul 11 lebih aku sampai sini. Cuaca panas n byk nyamuk pulak tuuu. Dah namanyer pun hutan. Heheheee... Sian baby. Dia yang paling byk kena gigit nyamuk. Abis bengkak2 bekas gigitan tuuu...


Kena tinggal lagi. Sian baby, berusaha kejar kakak2 dia.

Kakak2 semua dah lari ke depan. Tinggal baby kat belakang. Tak baik lah kakak2 nieee...

Aper nie mama??? Kak Uyeen yang tanya. Aku kata, nie dah rosak, cuma boleh duduk2 ajerrr.

Kak Uyeen, menghirup udara di sini. Suka dia bebas berlari ke sama ke mari.

Sian baby. Tak bermaya nak jalan sebab dia demam n selsema.


Kuih Bakar Pandan

Tadi malam wat kuih bakar pandan. Anak2 daraku semuanyer rajin menolong. Nie lah untungnyer bila anak dara ramai... heheheee. Sebab anak2 daraku masih kecil, abis berselerak dapur. Ada yang panjat kerusi, ada yang panjat meja n ader yang nak dokong. Adoiiii... mcm2 aksi dia org nie bila nak tolong or tengok aku wat kuih.

Senang sangat membuatnyerrr. Campurkan semua bahan2nya, blender n tuang dlm loyang n bakar. Hahahaaaa.... dah siap. Lepas setengah jam bakar, baunyer semerbak satu rumah. Biasalah bau pandan. Anak2 aku semuanya kata ..."waaaa... nice smell lah mama..". Aku kata lom masak lagi. Dia org sumer dah amik piring n sudu sorang satu. Adoiii.. kelakar laaa.

1 jam 10 min baru masak. Tapi kuih masih lembik lg n lom blh potong. Anak2 dh tak sabar. Apa lagik, aku keluarkan kuih tu n kebetulan kerak2 tepi melekat kt loyang. So, aku bagi lah sorang sikit. Dia org kata... "sedap lah mama". Nak lagi... nak lagiiiii...

Sorrylah gambar kuih tak sempat nak snap. Pandang sekali, ada, pandang 2 kali, tinggal sikit ajerr.. Next time lah aku tepek gambo kat sini.

Lihatlah aksi dia org makan kuih bakar pandan nie. Adik Nana dah tidur. Sian dia... dok tunggu kuih sampai tertido.
Resipi korang leh refer kat sini dzanariah.blogspot.com.
Selamat mencuba...

Apam Mekar

Last weekend aku wat apam nie. Senang ajerr... Bila keluarkan dari kukus, teruja nak makan sebab apam nie kembang setaman. Hapie sangat sebab apam nie menjadi. Rasa pun sedap tapi kurang gebu, cam padat sikit teksturnya.


Resipi asal dari Chef Hanielize tapi aku amik dari Kak Ummi. Resipinya korang leh refer kat ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Wednesday, December 15, 2010

Al-Quran

Al-Quran adalah panduan seluruh umat manusia yang hidup di dunia tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan iklim. Umat Islam di akhir zaman sekarang ini telah jauh drpd Al-Quran. Buktinya ramai di kalangan umat Islam yg terlibat dgn berbagai maksiat besar ataupun kecil. Renung2kan laaaa....

"Hati kita nie bila dah cintakan sesuatu, maka dia akan sentiasa terpaut padanya. Bila hati kita cintakan Allah, maka ia tentu akan terpaut dengan Al-Quran. Kenapa tidak, sedangkan Al-Quran itu adalah surat2 cinta Allah kepada kita. Kenapa saya dan kita semua sangat lalai baca Al-Quran??? Adakah kerana kurangnya kelazatan cinta kita kepada Allah..." by Akhi Ahmad Kamil.

Korang perasan takkk??? Kalo kita cintakn seseorg, kita pasti akan menurut katanya. Sentiasa bergayut dengannya. Pada hal mungkin perbuatannya membuatkn kita rasa tidak senang. So, fikir2kan laaa....

Tapi percaya laaa... bila kita cintakan Al-Quran, berbagai nikmat akan kita dpt. Setiap suruhan Allah itu, pasti ada rahmat serta ganjaran disebaliknya.


Hari Asyura

Selamat menjalani ibadah puasa sunat di bulan Muharram kpd kawan2 yang beragama Islam. Semuga kita semua mendapat kekuatan untuk berpuasa pada hari asyura (9 & 10 Muharram 1423 iaitu bersamaan 15 & 16 December 2010). Kalau tak mampu, puasalah pada 10 & 11 Muharram. Jika tidak mampu, puasalah pada 10 Muharram sahaja. Pahalanya diampun dosa tahun lepas.

Cerita yang nk dikongsi bersama. Bak kata Ustaz Hanafiah Razak (dia buat lawak), ..."berpuasalah kerana Allah, jgnlah berpuasa kerana hendak makan bubur asyura"...


Wednesday, December 8, 2010

Rabiatul Adawiyah

Korang tgk tk drama Sabtu lepas bertajuk "Aku Bukan Rabiatul". Aku begitu teruja untuk mengetahui kisah hidup Rabiatul Adawiyah nie. So, hari Isnin time lunch hour, aku ke Book Store, Angsana pergi cari novel nie. Alhamdulillah dapat. So, cuti Maal Hijrah, aku abiskn masa aku dgn membaca novel nie.

Buku ini adalah sebuah karya sastera agama. Novel ini sangat indah dan menyentuh perasaan aku ketika membacanya. Aku rasa tak puas membacanya. Kalo korang nak tau, korang bacalah.


Sinopsis

Kisah Rabiatul Adawiyah sejak beliau lahir sehingga beliau meninggal dunia. Beliau anak bongsu drpd 4 org adik beradik.

Kisahnya bermula seblm kelahirannya lagi. Ayahnya adalah seorg yg baik akhlak dan elok ilmu agamanya. Semasa dia masih kecil kedua2 ibubapanya meninggal dan tinggallh dia dgn kakak2nya. Kemudian ujian Tuhan dtg lg, dia diculik dan dijadikn hamba pd satu keluarga kaya. Drpd situlh perjlnan spiritual Rabiatul berkembang sehingga beliau diiktiraf sebagai wali.


Salam Maal Hijrah

Bulan Muharram ialah bulan pertama dlm kalendar hijriah.


Salam Maal Hijrah buat kawan2 yang beragama Islam semuanyerr. Moga kedatangan tahun baru ini menjadikan amalan kita lebih baik drpd tahun sebelumnya dan lakukan lah hijrah tuk kebaikan.

Bersyukur kita kpd Allah krn masih mengizinkn kita bernafas dibumiNya ini. Berbagai2 nikmat yang telah diberikn kpd kita dan wajarlh digunakn utk meningkatkn amalan dan ketaqwaan kita sebg bekalan utk menghadap Allah SWT suatu masa kelak.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasullullah SAW bersabda "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama2 solat sesudah solat fardu ialah solat malam" (Sahih Muslim).