Showing posts with label didik anak. Show all posts
Showing posts with label didik anak. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

Latih Anak Solat

"Tak salah kalau ibu ayah nak latih anak-anak yang masih kecil bersolat secara praktikal tapi jangan sampai memaksa dengan kekerasan sebab bimbang mereka akan menganggap bahawa solat itu amat membebankan dan tidak menyeronokkan. Latih mereka dengan cara yang menyeronokkan dan lebih baik kalau ibu ayah sendiri tunjuk contoh teladan dengan bersolat di depan mereka. Dan jika anak kecil ingin turut serta berjemaah, jangan larang... belikan songkok kecil atau telekung kecil supaya mereka rasa gembira untuk melakukannya. Kesimpulannya ialah jangan memaksa dengan kekerasan". Petikan daripada FB Ibubapa Cemerlang.




Tuesday, November 5, 2013

Didik Anak Bijak Guna Wang

Wang tu penting tak??? Mesti lah penting sebab dengan wang macam2 kita boleh lakukan. Boleh beli baju baru, kasut baru, buku baru, beg baru dan macam2 lagi la… Pendek kata, semua keinginan yang kita hendak tu memerlukan wang.

Ibubapa perlulah mendidik anak-anak tentang pengurusan kewangan pada awal usia kanak-kanak. Beritahu mereka tentang kepentingan berjimat cermat dan menggunakan wang dengan tepat supaya mereka faham betapa bernilainya wang yang dimiliki dan seterusnya bijak menggunakan wang secara berhemah.

Kakak Alia  :  Mama, kakak nak beli buku la. Esok kat sekolah ada buat jualan buku.
Mama          :  Buku apa yang awak nak beli???
Kakak Alia  :  Buku cerita la mama.
Mama          :  Berapa buah dan berapa jumlah harganya???
Kakak Alia  :  7 buah dan jumlahnya tak mahal mama… cuma RM120.
Mama          :  Mahalnyerrrr….

Tengok tu… Buku sekarang, mana ada yang murah. Pastu tak agak-agak, sampai 7 buah nak dibelinya. Sabar je laaaa… Tapi kalau kita dah ajar mereka menyimpan duit dari awal lagi, harga RM120 tu tidaklah membebankan kita di mana RM50 adalah simpanan kakak Alia setiap hari daripada duit sekolah dan baki RM70 tu aku cuma tambahkan ajerrr. Jadi tak lah berat sangat nak keluarkan RM120.


Aku anak kongsikan tips agar ibubapa dapat mendidik anak-anak agar mereka pandai mengurus wang saku yang diberikan setiap hari.

1    Merancang secara berhemah
Bagi tau anak, beli apa yang patut sahaja. Ada duit lebih, simpan. Duit tu nanti boleh beli keperluan yang lain.

2    Merancang tugasan kewangan
Bagi tau anak, apa yang boleh dilakukan kalau kita ada duit. Boleh beli pakaian kegemaran, lakukan hobi kesukaan dan banyak lagi. Ini dapat meningkatkan semangat anak untuk menyimpan.

3    Belanja ikut kemampuan
Belanja mestilah mengikut kemampuan. Kalau berbelanja berlebihan, ini akan membebankan perbelanjaan seisi keluarga.

4    Merancang sebelum mengguna
Merancang tu penting. Beli barangan yng diperlukan sahaja. Buat perbandingan tentang harga dan kualiti barangan. Jangan berbelanja pada benda yang tidak diperlukan atau tidak berfaedah.


Sekian, semoga tips ini berguna untuk anda sekeluarga.