Monday, October 15, 2012

Nutox Oxyfusion Ler Pulak!

Semalam pergi Jaya Jusco Tmn U nak cari toner n moisturiser sebab aku punyer tu dah nak abis. Pastu ternampak cam produk baru iaitu "Nutox Oxyfusion". Duta dia ialah Fazura. Formulanya daripada Bird Nest and rich of collagen. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Harap2 okeylah dengan kulit muka aku nie... :)

Sebab apa aku pilih Nutox Oxyfusion??? Sebb kandungan kolagen yang tinggi dan mencerahkan kulit. Disebabkan skincare product di rumah tidak abis lagi, so i decided to take only these 3 product for the meantime.

 Wrinkle Away Clenser

Mula2 cuci muka dengan cleanser yang amazing ni. Muka rasa lembut dan cerah. Lepas tu pakailah toner dia.. iaitu astringent.

Skin Refining Astrigent 125ml

Penyegar / toner ni berbentuk spray, boleh digunakan selepas membersih muka dengan NUTOX cleanser. Toner ni berkolagen tinggi dan boleh mengecilkan pori-pori muka. Senang ajer dan terus pek pek kan kat muka dengan lembut. Toner ni memang cepat meresap. Lepas itu, pakailah serum. Serum aku tak beli sebb serum yang lama ada lagi. Tapi brand lain la.

Moisture Emulsion

Kemudian pakai pula moisturiser ini.  Ianya mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan, memutih & melembapkan. Sangat halus dan mudah meresap ke dalam kulit boleh memperbaiki tekstur dan keanjalan kulit. Digunakan pada waktu siang.

Selepas itu boleh lah pakai foundation / BB cream dan juga loose powder dan make-up seperti biasa. Tadaaaaa... 10 min jer dah siap .

Thursday, October 4, 2012

Jom tanam

Alhamdulillah, semangat untuk menanam telah kembali. Semalam aku mula mengorder benih2 sayur dan bunga untuk memenuhi halaman aku yang sekangkang kera tu. Jadi, petang2 lepas balik kerja dan juga hujung minggu adalah benda yang aku nak buat.

Semalam dok mengscrol up n down blog tanamsendiri.com. Adalah beberapa benih yang berkenan dan terus ajer aku order. Harganya tidak mahal. 5 pek berharga RM10 termasuk postage dan boleh campur dengan benih2 lain. Okey lah tu... Kalau nak suruh aku singgah di nursery memang takde masa. Berikut adalah senarai benih yang aku order...
1. Sawi menang
2. Balung ayam
3. Sweet basil
4. Selasih liar
5. Kapsikum merah
6. Bendi emas
7. Cili merah Kulai King baka f1, 8339
8. Lobak merah
9. Tomato baka f1, 303
10. Kemunting cina, periwinkle

Lepas nie tak payah lak aku ke pasar lagi. Cuma petik kat halaman umah ajerrr... Heheheheee... Jimat masa dan jimat wang.


Friday, September 28, 2012

Pokok Pegaga

Siapa yang tak kenal ngan pegaga. Bagi masyarakat melayu, pegaga amat popular kerana mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi. Semua bahagian pegaga boleh dimakan iaitu daun, batang dan akar.

Dikenali sebagai makanan"menjana kecerdasan otak". Selain itu, ia jugak dapat membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Apa lagi, jom ramai2 makan pegaga.

Pokok pegaga ini adalah pemberian daripada 'Kristal' yang aku kenali melalui forum cari.com. Dia berbesar hati menghadiahkan aku pokok pegaga ini. Terima kasih banyak-banyak kepada 'Kristal' kerana sudi bagi aku pokok pegaga ini. Kalau ianya tumbuh melata, aku pulak sedekahkan pada orang lain. insyaAllah... Moga Allah tambahkan rezeki ko sekeluarga yang banyak lagi halal. Amin.

Tuesday, September 25, 2012

Company Annual Dinner 2012

Rasa-rasanya adalah dalam 6-7 tahun company aku tak buat company dinner di hotel. Company aku cuma buat makan2 ajer di pejabat. Entah apa mimpi, tahun ini diadakan Company Annual Dinner bertemakan "TIGHT JEANS" di Thistel Hotel, Johor Bahru pada 15 September 2012 jam 7pm.


Alamakkk!!! kena pakai seluar jeans yg ketat laaa... Adoiiii!!!. mengeluh sekejap, memikirkan adakah ini masih zaman aku untuk memakainya. Tanpa fikir 10x, aku pakai jer apa yg ada. Ketat2, kalau dulu boleh la... sekarang ni dah berusia. Kenalah pakai yg sopan n selesa. Tadaaaa... berseluar jeans n t-shirt. Simple n senang nk gerak ke sana ke mari. Hahahaaa...

Semeje ngan aku, dari kanan Ida, aku n Kak Lin.

Dipanggil naik ke atas pentas. Nie mesti ada games yg nak kena buat. Kami sedang bincang apa la games tuuu...??? 

 Tadaaaa... 5 peserta perempuan n 5 peserta lelaki dh naik atas pentas.

 Dengar arahan betul-betul ya...

Peserta lelaki duduk di atas kerusi sambil tangan diikat ke belakang. Peserta perempuan pula, ditutup mata dan di bagi sebatang gincu. Alamakkkk!!! nak buat apa nie? Nak kena lukis ker? Detik hati aku. Cuak gak nie.

 Okey. MULAAA... kena pakaikan lipstik la. Kacang jer tuuu.

Inilah hasilnya...PEACE...

Memang syok games nie. Yang peserta yg comot2 mukanya kena conteng ngan lipstik. Walaupun aku tak menang, tapi dapatlh hadiah saguhati berupa "pendrive" 8G. Alhamdulillah...

Monday, September 24, 2012

Day 4 : Kuching

Flight balik ke JB kul 10.40am. Malam tadi dok kemas2 barang hampir kul 1am. Letihnya.... Kul 6am dh bangun tido. Hari ni bdk2 liat sikit nak bangun pagi sebab dia org tau yang kami semua nak balik JB. Bdk2 request utk stay lagi sehari sebab nak tengok orang hutan. Hahahaaa...

Kemas punyer kemas, sekali timbang brg2 aku semuanya 45kg. Beratnya... Nasib baik semuanya leh check-in. Hand luggage pulak ada 18kg. Bagi2 lah sorang sikit kat hubie n anak2. Alhamdulillah selamat daaaa....

Kul 8.30am kami dah sampai airport. Kul 9am kami pulangkn van Hiace tu n kul 9.20am kami beratur utk check-in. Seblm kul 10am kami dah sedia kt Departure Hall. Sekaliiiii.... Alamakkkk!!! flight ke JB delay. Dijangka pukul 11.30am baru boleh berlepas. Adoiiii... penat la menunggu nie.

Berkat kesabaran kami, kul 1.10pm kami sampai di airport Senai. Alhamdulillah semuanya selamat. InsyaAllah kami datang lagi ke Kuching, Sarawak.


Day 3 : Kuching

Pukul 7am jugk kami kuar umah. Kami b'sarapan di sebelh Restoran Sepinang Sari. Menikmati mee kolok n anak2 mkn nasi lemak di awal pagi. Dh kenyang, kami keseberang jalan utk melontar duit di situ... heheheheee... biasalaaa, Pasar Minggu Satok lah. Kami soping tshirt, kain batik, fm n buah2 utk di mkn dlm van nanti. Lebih kurg 2 jam jugk lh kami di situ.


Kul 11am kami menuju ke Gunung Santubung. Menikmati keindahan Gunung Santubung dari dekat dan juga Pantai Damai. Pusing2 ajer kt situ sebb time nie hujan renyai2. Pastu kami ke Muzium Kucing. Kami ingtkn ada kucing idup. Rupe2nyer patung2 kucing ajer. Okey lah tu... heheheee...

 Di pintu hadapan Muzium Kucing


Perut dh krok.. krokkk... kami singgah di kedai mkn menikmati ayam bakar n nasi campur. Pastu kami terus ke Batu 4 utk sesi m'borong pasu. Timbang punyer timbg, kotak aku jer dh 27kg. Mak aaiii, ada kang t'lebih berat nanti nk check in bag. Abis jer soping, terus login AA n tambah lg berat bag aku. Alhamdulillah... Selamatttt...

Kami terus ke Semanggoh Orang Utan. Sampai di sana kul 3.15pm. Punyerlh suka ank2 aku. Ala2 jakun gitu. Memg puas hati sebb ada 7-8 ekor yg kuar. Kul 4 lebih baru kami bergerak ke Kuching. Kami terus ke Waterfront. Ada kawan rekomen kek lapis Liza sedap. Aku pun singgah. tapi beli kek lapis pun. Cuma beli kuih cincin n pes laksa s'wak Hj Manan. Sebelh kedai tu ada tempat urut2 kaki n badan. Hubie nk urut kaki n kami yg lain terus amik sampan ke seberang. Lebih kurg 1.5hrs kami kt situ. Dok layan ank2 yg suka naik sampan.


Sempat menikmati kek lapis Mira lagik n mak aku borong ikan terubuk masin kat situ.

Pukul 7 kami semua ke Kubah Ria menikmati mkn mlm. Kami mkn nasi ayam penyek, nasi ayam n laksa s'wak. sumer sedap. Mungkin sebb dh lapo.... hehehee... kawasan mkn yg luas n bdk2 siap blh b'lari2... dh kenyang, kami terus blk ke homestay.


Friday, September 21, 2012

Day 2 : Kuching

Macam tak percaya.... Pukul 7am kami dah keluar rumah. Alhamdulillah, anak2 senang pulak nk bangun seawal 6am. Mereka kalau bab berjalan2 nie. Laju jerrr... Heheheheee...

Homestay n van Hiace

Sepinang Sari Cafe

Kami terus ke Restoran Pinang Sari di Satok menikmati mee kolok Hj Salleh. Memang sedap sampai aku mkn semangkuk setgh... hahahaaa... dh kenyang, kami terus ke Serikin. Perjalanan mengambil masa lebih kurg 1 jam utk sampai ke sana. Kami sampai kul 10.30am n kul 1.30pm kami b'tolak blk ke kuching.




Nureen marah sebb mee nie panjang sangat...

Cuaca memang panas dgn keadaan kt sana yg berdebu. Rasa letih melayan kerenah anak2 aku yg nak itu n nak ini. Sabar jer laaa... Bila mereka dah dapat apa yg mereka nak, barulah mereka diam n time aku pulak utk memilih itu n ini. Hahahaaaa...

Suasana di Serikin

Kami jln dari satu kedai ke satu kedai yg lain sampailh ke p'hujung jln. Kat hujung jln tu ada kedai makan. Kami lepak kejap kt situ sementara tunggu mak aku yg dh hilang entah ke mana ngan adik aku. Aku cuma beli tora bika cappuchino (RM5 utk 10 sachets), popia cheese (RM5 jer..), jajan ank2 aku, blouse (RM25), telekong (RM60) n tikar sarawak, buluh (RM150). Kat situ kena pandai tawar menawar. Sebb tu berjam2 kami kt situ. Selain tu aku beli buah kuini RM6/kg n salak RM5/kg. Manis2 semuanya. Berbaloi n memang berbaloi.... :)

Ada banyak statue dinasor.

On the way blk, kami singgah di Dinasour Garden, Wind Cave dan anak sungai utk mandi-manda. Satu pengalaman baru bg ank2 aku yg blm pernah msk ke dlm gua. Seronok betul dia org. Dpt tgk kelawar yg b'gantungan sana n sini. Dah penat2 n peluh2 jln kt dlm gua, kami meneruskn p'jlan hingga ke hujung jln. Di situ ada ank sungai. Boleh mandi-manda n airnyer sgt jernih. Lepak sini sampai kul 4++pm.

On the way ke Wind Cave

Keadaan di dalam Wind Cave, panas, bunyi2 kelawar n busuk cikit ngan bau tahi kelawar.

Mandi-manda

Air memang jernih n sejuk.

Semua org dh lapar n ada yg dh tertidur dlm perjlnan blk ke Kuching sebb kepenatan. Tanpa membuang masa, kami terus ke Topspot Seafood. Menikmati lunch + dinner di situ. Sekarang pukul 6pm. Kami order ikan jenahak masak stim halia, sup sayur campur, udang butter, lala (mcm buluh tuu...) goreng lada kering n sayur midin masak belacan. Sumer RM150. Murah tak??? Boleh laaa... Alhamdulillah kenyang sgt n kami terus blk ke homestay.

Gambar kat TopSpot aku tak ambil sebb dah penat n lapar sgt sehingga lupa nak ambil gambar. Hahahaa...

  

Thursday, September 20, 2012

Day 1 : Kuching

Seawal jam 6am aku dh kejutkn anak2 utk bersiap2 seawal mungkin seblm kami ke airport Senai. Biasalah bdk2 byk kerenahnya terutamanya waktu pagi. Nak mandi lah, nak cari baju lah, nak sarapan lah n nak bawa toys dia lah n mcm2 laaa... Jadi ribut cikit pagi tu.

Pagi nie bekpes lontong kuah bersama ayam rendang. Aku mengajak emak n adik2 bekpas bersama kami sekali. Aku suruh anak2 mkn byk cikit sebb nanti kul 2pm baru kami sampai di Kuching. Aku mkn ala kadar sebb penat semlm berkemas n msk rendang tk hilang lg. Tapi sgt puas hati la sebb dpt sediakn sarapan utk semua rombongan kami 10 org tu.

Airport Kuching

Dari JB jam 12.25pm dan sampai Kuching jam 1.50pm. Kami sewa van hiace (RM250/day) dan terus di bawa ke homestay (RM250/nite). Homestay nie dekat dgn kompleks sukan yg kaler oren tu. Letak semua beg2 dan terus menikmati nasi beriani di Restoran Bukhari, Satok. Time ni kul 3pm. Hubie jumpa kwn lama dia kt situ, borak2 sampai ank2 sumer dh b'tempiaran... hahahaaa... Dah kenyang, kami terus ke Little India n Waterfront. Naik sampan ke seberang utk menikmati kek lapis pulak... time ni kul 6++pm.

Restoran Bukhari

Pilih, jgn tak pilih souvenier dari Kuching.


 Tunggu bot utk ke seberang. RM0.50/person. Anak2 aku suka sgt naik sampan ni.

Di hadapan Kedai Kek Lapis Mira

Mula2 gi Mira Kek Lapis, pastu Dayang Salhah n Zaharah. Abis sumer aku cuba n aku rasa Mira lg sedap. Beli 5 ketul ajerrr... tapi seketul ank aku dh mkn semasa di homestay. Anak aku paling suka Kek Lapis Awan Nano. Rasanya memg sedap. Tester dlm bekas tu, ank aku jer yg abiskan... hahahaaa... nasib lh tuan kedai.

                                    
Rasa, rasa, jgn tak rasa. Semuanyer sedap2 belaka.

 Beli jugak lah ole2 kek lapis Sarawak.
 
Jalan-jalan lagi ke kedai kek lapis yang lain.

Penat gk b'jln2 kt seberang tu. Pastu lepak kt kedai batu (foodcourt) sambil menikmati sotong giling, mee kolok, meehoon sup, nasi ayam dan ber'tin2' air minuman karbonat. Semua org dah penat dan dahaga tahap gaban... hahahaaa...

Pukul 9pm kami semua blk ke homestay.
 
 

Jom Ke Kuching, Sarawak

Kuching Cat Statue

Tiket dah beli thn lepas bln Sept. Mak aaaiiii, punyer lh lama simpan tiket. Kenalh lama sebb ada masa lg utk menabung. Maklumlh org yg pergi punyerlh ramai iaitu 10 org. Bg aku ramailh sebb byk benda nk kena uruskn. Nk cari van lg, nk cari hotel lg, nak cari tempat mkn lg n nk buat itinerary lg. Kalau pergi sorang2 or berdua jer, senang ajer. Main redah jer... Heheheheee.... Semua ini mengambil masa memandangkn aku nie siang kerja n mlm mengajar. Sibuk tuuuu....

Alhamdulillah, apa yg dirancang semuanya berjalan dgn lancar. Perjalanan pun dh selamat pergi dan balik. Kami ke sana pada 7-10 September 2012. Dan hari ini baru berkesempatan utk menulis di blog ini.

Jom ikuti perjalanan kami ke Kuching, Sawarak selama 4 hari 3 mlm.

Thursday, July 19, 2012

Ku Mengharapkan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.........
kami merindui kedatanganmu.







Wednesday, July 18, 2012

Selamat Datang Ramadhan 1433

Ramadhan semakin menghampiri. Bahangnya amat terasa bagi mereka yang sangat merindui kedatangannya. Kerinduan tu amat sukar untuk diungkapkan dengan kata2. "Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkanlah umurku sehingga ke bulan Ramadhan." Amin...


Tanpa disedari, tinggal 2 hari ajer lagi bakal kita menyambut Ramadhan. Ramadhan adalah bulan mulia dan terlalu banyak rahmat yg ada padanya. Dugaannya adalah lapar dan dahaga yang harus diharungi di samping cuaca yang tidak menentu sekarang ini, panas n hujan.

Kadang2 aku terpikir. Bagaimana dengan mereka yang benar2 susah di luar sana menyambut Ramadhan. Tiada wang ringgit untuk dibelanjakan dan keperluan diri tidak terurus. Rasa sedih hingga mengalirkan airmata mengenangkn mereka2 yg susah terutamanya di negara2 Islam yang sedang bergolak. Moga mereka tabah menghadapi Ramadhan ini.

Syukur Alhamdulillah. Masih bernafas di bumi ini dengan rezeki yang dianugerahiNYA, sihat tubuh badan dan hidup aman bahagia. Maka apa lagi yang kita perlukan??? Melainkan mengikut segala perintah Allah SWT yang telah ditetapkan ke atas kita.

Jom persiapkan diri kita untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini... Salam Ramadhan untuk semua... :)  

Wednesday, July 11, 2012

Happy Birthday Kak Alia

Yesterday, it was already 9 years old my eldest doter, Kak Alia. Just celebrated at home. Before returning home, i stopped at Season Bakery Shop to buy 'Blueberry Chocolate Cake'.


Mama n ayah doakan Kak Alia jadi anak yg solehah, anak yg tdk tinggal solat 5 waktu, anak yg sentiasa membaca Al-Quran dan berjaya dunia n akhirat. Amin.

 Happy Birthday to Kak Alia

 Tak sabar nak menikmati kek birthday.

 Kak Alia n ayah.

 Baby Hannah sedang menikmati kek.

'Blueberry Chocolate Cake'

Mee goreng basah



Wednesday, July 4, 2012

Syaaban Datang Lagi

Masa begitu cepat berlalu. Lepas Rejab, Syaaban. Lepas Syaaban, Ramadhan. Lepas Ramadhan, daaa... Syawal. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru. Usia makin meningkat dan bagaimanakah dgn amalan kita. Adakah semakin meningkt setanding dgn peningkatan usia kita? Fikir2 kan laaa...


Bulan Syaaban adalah bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya. Esok malam adalah malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Oleh itu, umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin selepas solat maghrib. Niatlah dgn mohon agar panjang umur dalam kesihatan dan kuat beribadah, mohon tetap iman dan jauh dari bala dan mohon murah rezeki lagi halal untuk belanja ibadah.






Thursday, June 28, 2012

Rose Kg Magenta

Kalau tak salah, awal bulan lepas, Mei 2012 aku ke Melaka b'sama mama n mak melawat emak saudara mama yang sakit di Mahkota Medical Centre. 2 minggu selepas aku melawat, dia meninggal dunia disebabkan sakit tua. Innalillah... moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin.

Seblm ke hospital, aku singgah di rumah abang mama. Sebb minat sgt kt pokok2 bunga nie, aku mintak cutting rose kg, bunga raya n mulberi. Alhamdulillah semuanya hidup dgn subur dan ini lah pokoknya.

 Aku zoom bunganya. Baunyer harummmm....

 Pokoknya kecik ajer tapi dh berbunga. Caya la rose kg.

3 cutting rose yg ditanam dlm polibag.