Friday, September 28, 2012

Pokok Pegaga

Siapa yang tak kenal ngan pegaga. Bagi masyarakat melayu, pegaga amat popular kerana mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi. Semua bahagian pegaga boleh dimakan iaitu daun, batang dan akar.

Dikenali sebagai makanan"menjana kecerdasan otak". Selain itu, ia jugak dapat membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Apa lagi, jom ramai2 makan pegaga.

Pokok pegaga ini adalah pemberian daripada 'Kristal' yang aku kenali melalui forum cari.com. Dia berbesar hati menghadiahkan aku pokok pegaga ini. Terima kasih banyak-banyak kepada 'Kristal' kerana sudi bagi aku pokok pegaga ini. Kalau ianya tumbuh melata, aku pulak sedekahkan pada orang lain. insyaAllah... Moga Allah tambahkan rezeki ko sekeluarga yang banyak lagi halal. Amin.

No comments: