Thursday, October 4, 2012

Jom tanam

Alhamdulillah, semangat untuk menanam telah kembali. Semalam aku mula mengorder benih2 sayur dan bunga untuk memenuhi halaman aku yang sekangkang kera tu. Jadi, petang2 lepas balik kerja dan juga hujung minggu adalah benda yang aku nak buat.

Semalam dok mengscrol up n down blog tanamsendiri.com. Adalah beberapa benih yang berkenan dan terus ajer aku order. Harganya tidak mahal. 5 pek berharga RM10 termasuk postage dan boleh campur dengan benih2 lain. Okey lah tu... Kalau nak suruh aku singgah di nursery memang takde masa. Berikut adalah senarai benih yang aku order...
1. Sawi menang
2. Balung ayam
3. Sweet basil
4. Selasih liar
5. Kapsikum merah
6. Bendi emas
7. Cili merah Kulai King baka f1, 8339
8. Lobak merah
9. Tomato baka f1, 303
10. Kemunting cina, periwinkle

Lepas nie tak payah lak aku ke pasar lagi. Cuma petik kat halaman umah ajerrr... Heheheheee... Jimat masa dan jimat wang.


No comments: