Monday, October 15, 2012

Nutox Oxyfusion Ler Pulak!

Semalam pergi Jaya Jusco Tmn U nak cari toner n moisturiser sebab aku punyer tu dah nak abis. Pastu ternampak cam produk baru iaitu "Nutox Oxyfusion". Duta dia ialah Fazura. Formulanya daripada Bird Nest and rich of collagen. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Harap2 okeylah dengan kulit muka aku nie... :)

Sebab apa aku pilih Nutox Oxyfusion??? Sebb kandungan kolagen yang tinggi dan mencerahkan kulit. Disebabkan skincare product di rumah tidak abis lagi, so i decided to take only these 3 product for the meantime.

 Wrinkle Away Clenser

Mula2 cuci muka dengan cleanser yang amazing ni. Muka rasa lembut dan cerah. Lepas tu pakailah toner dia.. iaitu astringent.

Skin Refining Astrigent 125ml

Penyegar / toner ni berbentuk spray, boleh digunakan selepas membersih muka dengan NUTOX cleanser. Toner ni berkolagen tinggi dan boleh mengecilkan pori-pori muka. Senang ajer dan terus pek pek kan kat muka dengan lembut. Toner ni memang cepat meresap. Lepas itu, pakailah serum. Serum aku tak beli sebb serum yang lama ada lagi. Tapi brand lain la.

Moisture Emulsion

Kemudian pakai pula moisturiser ini.  Ianya mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan, memutih & melembapkan. Sangat halus dan mudah meresap ke dalam kulit boleh memperbaiki tekstur dan keanjalan kulit. Digunakan pada waktu siang.

Selepas itu boleh lah pakai foundation / BB cream dan juga loose powder dan make-up seperti biasa. Tadaaaaa... 10 min jer dah siap .

No comments: