Wednesday, July 4, 2012

Syaaban Datang Lagi

Masa begitu cepat berlalu. Lepas Rejab, Syaaban. Lepas Syaaban, Ramadhan. Lepas Ramadhan, daaa... Syawal. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru. Usia makin meningkat dan bagaimanakah dgn amalan kita. Adakah semakin meningkt setanding dgn peningkatan usia kita? Fikir2 kan laaa...


Bulan Syaaban adalah bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya. Esok malam adalah malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Oleh itu, umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin selepas solat maghrib. Niatlah dgn mohon agar panjang umur dalam kesihatan dan kuat beribadah, mohon tetap iman dan jauh dari bala dan mohon murah rezeki lagi halal untuk belanja ibadah.






No comments: