Tuesday, June 16, 2009

Coklat Cake

Taraaaa.... actually nak buat kek nie dah lama. Si Alia sibuk suruh wat kek love shape. Termakbul jugak hajat dia nie. Bukannya senang nak buat kek nie tauuu... Pembantu aku ajer 3 org. Sumer rajin2 pulak tuuu... Haiiii... tak menang tangan aku dibuatnayerrr...... hahahahaaa....

First time buat coklat cake nie ala2 mcm kat kedai kek tuuu. Memang lembut kek nie n my kids loved it very much!! Di tengah2 kek nie aku letak jem strawberry. Lagi lah dorang suka. Siap berebut2 mengakut kek nie kek birthday dia. "Sabo2.. sumer lah makan kek nie" Macam dah 10 thn tak makan kek bila tengok gelagat bdk2 nie...

Resepi dari blog Home Sweet Home. Tima kasih kepada kak Ummi. Sesapa yg tak suka coklat emulco, blh ganti ngan strawberry emulco or apa2 pun blhhh... Nie lah hasil nyerrrr....

Tak lupa jugak nie resipi tuk korang cuba sendiri di rumah. Gerenti kek korang lebih sedap drpd kek yang kat kedai tu n terjamin kebersihannyaaaa....
Bahan2:5 biji telor gred A
135 gm tepung gandum ) diayak bersama
1 camt. baking powder ) sebanyak 3x, aku ayak sekali ajerr... malas punyer pasal.
75 ml minyak jagung
160 gm gula halus
15 gm ovalette
2 camb. susu segar
1 camt. coklat emulco/paste
Cara Membuat:-1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dengan butter dan alas dengan baking sheet.
2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra.
3. Masukkan kesemua 5 biji telor dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bauhulu.
4. Masukkan coklat emulco dan putar sebati.
5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit-sedikit.
6. Tuang susu segar dan putar rata.
7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
8. Tuang dalam tin dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik.
9. Bila kek telah sejuk, keluarkan tin. Potong kek kepada 3 bahagian (aku potong 2 jek).
Letak 1 keping (bahagian bawah kek) atas papan kek dan sapu dengan krim putar dan letak strawberry filling. Tindihkan pula dengan satu keping lagi (bahagian tengah) dan ulangi proses sama. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dengan whipping cream atau chocolate cair dan hias mengikut kreativiti masing-masing.

Kalo bab hias menghias nie memang lah tak reti. Tgh nie fail gitewwww... Nie pun hias kek sambil berperang ngan anak2 aku yang dah tak sabo nak makan kek nie...

3 comments:

Opie said...

sedapnye diana...buatkan utk aku satu..esok aku amek..hahah

Iza Aziz said...

byk la kooo.... buat kt kedai leh laaa... cepat.. seminit dh siap n leh terus mkn.. :)

buat la opie. senang ajer tauuu...

Opie said...

mmg le senang...tp malas yg teramat nak membuat..makan boleh la..hahaha