Wednesday, June 20, 2012

Serimuka Kastard

Tadi pagi sarapan kuih nie ngan sandwich sardin. Aku memang suka kuih yg main kukus2 nie. Dah lama nak buat. Asyik tk b'kesempatan jerrr. Alhamdulillah, semlm lepas solat magrib, aku kuatkn diri nie ke dapur n buat kuih nie. Bknnyer apa, aku lebih suka ngajar anak2 aku drpd dok memasak kt dapur tu. Bila dh memasak kt dapur, nk suruh ank2 buat buku latihan pun dh malas... :) Bila kuih dh masak, apa lagik, tido laaa... Pagi nie baru dpt menikmati kuih nie.

Nama sebenar kuih nie "Talam Serimuka Delima". Tapi disebabkn aku malas nk letak sagu pd pulut tu, jadi aku tukar namanya kpd "Serimuka Kastard". Harap jgn marah ya puan punyer resipi nie. Izinkn saya kongsikn resipi nie di sini. Terima kasih kpd Kak Yatie.

Bawak gie ofis n bagi kwn2 rasa.

Serimuka Kastard
(loyang 10x10x2")

 Lapisan Bawah
• 500 gm Beras Pulut
• 300 ml Santan Pekat
• 300 ml Air
• 2 sudu kecil Garam
• 20 gm Sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan

Cara-Cara
1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
2. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
3. Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
4. Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
5. Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.

Lapisan Atas
• 250 gm gula kastor/halus
• 100 gm tepung kastard
• 400 ml santan pekat
• 400 ml Air
• 4 biji telur
• 1/2 sudu kecil garam
• Beberapa titik Esen Vanilla
• Pewarna Kuning

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas) dan tapiskan.
2. Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
4. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

* Saya buat 1/2 adunan shj, guna loyang 8x8. Masa kukus hanya 20min shj utk setiap lapisan. Kali nie saya tk letak sagu sebb cari2 sagu tk jumpa. Agak2nya dh abis kottt... :) Alhamdulillah dh 3x saya buat dan ank2 pun suka. Yang kelakarnya anak2 mkn yg kuning jer n pulutnya saya lh kena abiskan. Sabar ajer laaa....

2 comments:

Naqies said...

alo2 sedapnye, antar post laa sini sikit

Iza Aziz said...

memg sedap n bdk2 pun suker...