Monday, June 11, 2012

Marble Cheese Brownies

Majlis Pertunangan adik perempuan aku telah b'langsung pd 09/06/2012 di rumah mak. Dalam kepala, nak buat kuih apa ye nanti... :). Fikir punyer fikir, buatlah brownies nie. Lagipun leh dibuat 2 hari seblm majlis. Jadi sehari seblm majlis aku leh buat Kuih Bakar Labu. Maklum laaa... oven nyer ada satu jerrr. So, kenalh ikut giliran membakarnya tuuu...

Resipi nie dah lama dlm simpanan aku. Kalau tak salah, aku copy dari fttp://rinnchan.fotopages.com. Terima kasih kpd mrk yg sudi berkongsi resipi dan minta izin utk diletakkn diblog saya nie... :)

Marble Cheese Brownies



Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 ½ cwn gula castor
½ cwn susu cair
1 ½ cwn tepung gandum *(Ayak b’sama baking powder & soda bikarbonate)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter di atas api. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Biarkan sejuk/suam ckit.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" atau apa2 loyang pun blh dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
½ cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

No comments: