Thursday, June 28, 2012

Rose Kg Magenta

Kalau tak salah, awal bulan lepas, Mei 2012 aku ke Melaka b'sama mama n mak melawat emak saudara mama yang sakit di Mahkota Medical Centre. 2 minggu selepas aku melawat, dia meninggal dunia disebabkan sakit tua. Innalillah... moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin.

Seblm ke hospital, aku singgah di rumah abang mama. Sebb minat sgt kt pokok2 bunga nie, aku mintak cutting rose kg, bunga raya n mulberi. Alhamdulillah semuanya hidup dgn subur dan ini lah pokoknya.

 Aku zoom bunganya. Baunyer harummmm....

 Pokoknya kecik ajer tapi dh berbunga. Caya la rose kg.

3 cutting rose yg ditanam dlm polibag.

Ulam Raja

Ulam raja mudah ditanam dan hidup dgn subur. Ia amat sesuai dimakan mentah. Kalau nak sedap, cicah dengan sambal belacan, budu or cencalok. Mesti auuummm....

Berdasarkan kajian sains ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat. Ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin A. Oleh kerana kandungan kalsium yang tinggi ulam raja dikatakan sesuai sebagai makanan bagi menguatkan tulang. Ulam raja juga sesuai sebagai agen pencuci darah. Apa lagi, jom makan ulam raja...

Hujung bulan April 2012 yg lalu, benih ini dibeli dari En. Iskandar. Kepada sesiapa yg b'minat, boleh lah hubungi beliau. Memang tak rugi tanam pokok2 ulam ni di rumah.


 Ada 3 pokok dan sudah boleh dipetik dibuat ulam.




Wednesday, June 20, 2012

Serimuka Kastard

Tadi pagi sarapan kuih nie ngan sandwich sardin. Aku memang suka kuih yg main kukus2 nie. Dah lama nak buat. Asyik tk b'kesempatan jerrr. Alhamdulillah, semlm lepas solat magrib, aku kuatkn diri nie ke dapur n buat kuih nie. Bknnyer apa, aku lebih suka ngajar anak2 aku drpd dok memasak kt dapur tu. Bila dh memasak kt dapur, nk suruh ank2 buat buku latihan pun dh malas... :) Bila kuih dh masak, apa lagik, tido laaa... Pagi nie baru dpt menikmati kuih nie.

Nama sebenar kuih nie "Talam Serimuka Delima". Tapi disebabkn aku malas nk letak sagu pd pulut tu, jadi aku tukar namanya kpd "Serimuka Kastard". Harap jgn marah ya puan punyer resipi nie. Izinkn saya kongsikn resipi nie di sini. Terima kasih kpd Kak Yatie.

Bawak gie ofis n bagi kwn2 rasa.

Serimuka Kastard
(loyang 10x10x2")

 Lapisan Bawah
• 500 gm Beras Pulut
• 300 ml Santan Pekat
• 300 ml Air
• 2 sudu kecil Garam
• 20 gm Sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan

Cara-Cara
1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
2. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
3. Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
4. Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
5. Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.

Lapisan Atas
• 250 gm gula kastor/halus
• 100 gm tepung kastard
• 400 ml santan pekat
• 400 ml Air
• 4 biji telur
• 1/2 sudu kecil garam
• Beberapa titik Esen Vanilla
• Pewarna Kuning

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas) dan tapiskan.
2. Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
4. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

* Saya buat 1/2 adunan shj, guna loyang 8x8. Masa kukus hanya 20min shj utk setiap lapisan. Kali nie saya tk letak sagu sebb cari2 sagu tk jumpa. Agak2nya dh abis kottt... :) Alhamdulillah dh 3x saya buat dan ank2 pun suka. Yang kelakarnya anak2 mkn yg kuning jer n pulutnya saya lh kena abiskan. Sabar ajer laaa....

Friday, June 15, 2012

Tazkirah Jumaat

Sedekah Yang Paling Besar Pahalanya Adalah Sedekah Pada Ahli Keluarga.


Hadis daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda :

"Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar lagi yang engkau belanjakan pada memerdekakan seorang hamba abdi, satu dinar lagi yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi engkau belanjakan kepada keluargamu, (maka) yang lebih besar pahalanya adalah yang engkau belanjakan kepada keluargamu." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Dalam huraiannya Imam Nawawi berkata, hadis itu menggalakkan memberi nafkah kepada keluarga sendiri dan menerangkan pahalanya.
 
"Orang (yang bersedekah kepada kerabatnya) itu mendapat 2 pahala : pahala hubungan silaturahim dengan kerabatnya dan pahala sedekah itu sendiri." (Hadis riwayatkan Bukhari dan Muslim serta al-Nasa'i dan at-Tirmizi)
 
Sumber : Info-Muslim.blogspot.com
 
Coretanku :
Di pagi Jumaat yg mulia ini, tanyalh diri kira sejauhmana kita belanjakn wang kita atau abiskn masa kita utk ahli keluarga kita. Jgnlh terlalu berkira pd nafkah isteri n anak2.
Ingat jugak ibabapa kita yang berada di kampung. Selalukah kita melawat mereka di sana, menyenangkan hati n hidup mereka. Ingat lah jasa2 dan pengorbanan mereka selama m'besarkn kita.
Sedekah pada ahli keluarga serta mak ayah kita adalah lebih afdal dari sedekah2 yg lain. Janganlah terlalu berkira pada mak ayah. Apalah sangat nilai sebuah RM jika dibandingkan dengan 70 tahun dihapuskan dosa. Renung2 kanlah...
 
 

Monday, June 11, 2012

Petola

Pokok petola... Itulah namanya. Ada org panggil petola segi. Mungkin badannya bersegi2 kot... Dah 5 atau 6 kali juga lah pokok nie berbuah. Alhamdulillah, bila petola ada, tk payah gie pasar utk beli sayur. Jimat sikit duit... :)

Sebenarnya, ada 2 pokok jerr. Tapi alhamdulillah, sentiasa jer ada buahnya. Kalau dah rezeki tu tak ke mana... Pokoknya jenis menjalar. Tengok tuuu... siap menjalar ke pokok mangga lagi. Bukannya apa, tu namanya tumpang lalu jerrr... :)

 Pokok mangga tapi berbuah petola.

 Jom kita zoom buahnya...

 Cantik, molek n tertarik... Ada kerengga dok intai2 petola aku nie.

Nie lah pokoknya. Aku jalarkan kt pagar jer...

Marble Cheese Brownies

Majlis Pertunangan adik perempuan aku telah b'langsung pd 09/06/2012 di rumah mak. Dalam kepala, nak buat kuih apa ye nanti... :). Fikir punyer fikir, buatlah brownies nie. Lagipun leh dibuat 2 hari seblm majlis. Jadi sehari seblm majlis aku leh buat Kuih Bakar Labu. Maklum laaa... oven nyer ada satu jerrr. So, kenalh ikut giliran membakarnya tuuu...

Resipi nie dah lama dlm simpanan aku. Kalau tak salah, aku copy dari fttp://rinnchan.fotopages.com. Terima kasih kpd mrk yg sudi berkongsi resipi dan minta izin utk diletakkn diblog saya nie... :)

Marble Cheese Brownies



Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 ½ cwn gula castor
½ cwn susu cair
1 ½ cwn tepung gandum *(Ayak b’sama baking powder & soda bikarbonate)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter di atas api. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Biarkan sejuk/suam ckit.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" atau apa2 loyang pun blh dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
½ cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Thursday, June 7, 2012

Sibu Island Resorts (Day 3)

Pejam celik, pejam celik, dah tiba hari terakhir kami bercuti di sini. Cepatnya masa berlalu. Budak2 pun tak puas berada di sini. Mereka siap minta stay lagi 1 mlm kat sini. Aku cakap tak boleh sebb esok sekolah. Dah lah hari Jumaat ponteng sekolah... Heheheee... kan dah kantol.

Bot kul 1pm. Sementara nak menunggu geng2 yg lain bersiap, kami gi bersiar2.

 Hana n kak Alia berebut nk duduk atas paha ayah.

 Aku n hubie...

 Sempat main game 'dam aji' ngan anak2...

Percutian yang sangat menarik dan insyaAllah kalau ada rezeki lagi kami akan ke sini lagi. Selamat tinggal Sibu Island Resorts. Semua dalam kenangan... :)

Sibu Island Resorts (Day 2)

Okey... Nie hari ke 2. Pagi2 dah bangun sebb nak manti kt laut n swimming pool. Adoiii... tak sabar bdk2 nie. Dengan tak mandi paginya, tapi wajib basuh apa2 yg patut dulu, terus gie sarapan. Aku nak sarapan pun tak senang sebb bdk2 bknnya nk sarapan. Dia orang dah gi ke swimming pool. Terpaksalah sarapan apa2 yang sempat ajerrr.

Nie lah aktiviti anak2 aku tiap2 hari semasa kami di sini.


 Ayah jadi pelampung kak Alia.

 Ramai2 terdampar di laut.


 Nana dah confident mandi sendiri dgn pelampungnya.

 Hana masih takut nak mandi sendiri.

 Boring mandi kat laut, sambung mandi kt swimming pool pulak.

 Chewahhhh... mcm nak snorkeling jerrr... tapi kt swimming pool. Sajer belajar memberanikan diri.

 Lompat... jgn tak lompat. Anak2 aku memang suka ngan round trampoline nie... Aku pun suka gak. Lepas tu tercungap2... mcm berlari 100m dia punyer penat.

 Lepak ngan bdk2 setelah penat terlompat2 tadi...

 Ayah pun nak lompat jugakkk.... Bdk2 yang terjatuh, abis terpelanting2 di buat ayah.

Kebetulan hari nie hari ulang tahun kelahiran kak Uyen. So, kami sambut di sini la. Moga kak Uyen m'jadi anak yang solehah n cerdik pandai serta berjaya dunia n akhirat. Amin...

Wednesday, June 6, 2012

Sibu Island Resorts (Day 1)

Company trip to Sibu Island Resorts, Mersing pada 20-22 April 2012. Kami memandu kereta sendiri bersama keluarga ke Jeti Tanjung Leman. Keluar rumah kul 8am dan sampai di jeti kul 10.30am. Naik bot kul 11am n sampai di Sibu Island Resorts kul 11.30am. Kalau nak tau details pasal resort nie, layari http://www.sibuislandresort.com.my/ .

Jeti Sibu Island Resorts

Disambut oleh staff kat situ dan dpt welcome drink. Lega tekak yg betul2 tgh kehausan nie.
Nyanyian selamat datang.
Kena menapak lagi. Cari chalet...

Tadaaaa... ni lah bilik aku n family.

Kat situ ada reban. Di dalamnya ada ayam katek, arnab n anak kambing. Perghhh... punyerlh seronok anak2 aku. Maklum la dia orang nie jakun sikit bila dpt tgk binatang2 nie.

Paksa ayah untuk tangkap anak ayam.

Hahahahaaa... dapat pun. Punyerlah suka...

Hana dok memerhatikan burung merak. Banyak pulak burung merak kt resort nie. Mereka dok lepaskan ajerr...

Tengok rusa makan. Rusa nie pun jinak.

Bersiar2 di kawasan penternakan kambing. Ada kambing boer, kambing kampung n kambing apa2 entah. Heheheeee....

Ayam Serama. Cutenyerrr...

Burung merak nie pantang nampak orang. Bila nampak ajer, mula lah dia kembangkan ekornya tuu... Cantik sgttt...

Kuih Bakar Labu Bermadu

T'ingin sgt nk mkn kuih bakar labu. Semlm cari2 resipi, terjumpa resipi nie. Apalagi, semangt semakin b'kobar2 utk m'buatnya. Lepas balik kerja, terus singgah pasar n beli labu sebiji n santan sekotak. Bhn2 lain semuanya dh ada.

Sampai umh kul 6.45pm. Dok belek pokok2 aku jer dh kul 7.10pm. Masuk dlm umah terus sediakn labu utk direbus sambil tgk drama Trilogi Cinta lakonan Rosyam Noor, Amysa Adnan n Fauziah Gous di channel Suria.

Kul 8.10pm baru mula m'buatnya. Kul 8.30pm bakar n kul 9.40pm dh masak. Baunyer semerbak serumah. Bila dh masak, apalagi... ank2 aku semua dh tk sabar nak merasa. Panas2 tu jugak aku potong. Ngap punyer ngap dh tinggal setgh loyang. Nie adalah baki yg dibuat sarapan pagi tadi.

Terima kasih pada kak Ros dan Ha Sue atas p'kongsian resipi ini dan minta izin utk kongsi kt sini pulak... :)


Kuih Bakar Labu Bermadu


Sumber Resepi : rosmarlina@jintanmanis.com
By : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350ml santan
1 1/2 cawan labu yang dilenyek ( anggaran 180gram) - aku letak 250g
2 sudu besar madu organik borneo ( guna madu lain pun takpe) - aku letak 1tbsp
3/4 cawan gula
sedikit bijan untuk topping - tk letak sebb ank2 tk suka
1 sudu kecil serbuk cinnamon ( kayu manis) - tk letak sebb aku tk suka
2 sudu besar minyak masak - aku letak 3 tbsp

Cara-caranya

1. Masukkan tepung, gula, telur, santan, minyak masak dan madu di dalam blender ( pengisar) dan blender hingga semuanya sebati.

2. kemudian masukkan labu yang telah dilenyek tadi bersama serbuk cinnamon, blender lagi sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.

3. Alaskan loyang bulat dengan kertas minyak dan gliss tepi loyang dengan marjerin, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang, dan taburkan bijan di atasknya, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan kuih bakar menjadi perang.

4. Sejukkan dulu baru dipotong, sedap dimakan bila-bila masa dan pasti menyelerakan, selamat mencuba.


Nota : Aku bakar 1 jam 10 min n guna loyang 8x8 inci.

Tuesday, June 5, 2012

Rose Bertambah...

Semuanya wangi kecuali yg kaler kuning tu....

 Double Delight

 Kg. Magenta

 Pink Classic


Siang dia terserlah bila malam pemalu...

Japanese Rose. Mula2 aku ingatkan pokok bunga rose. Rupa2nyer, kecil ajer bunganya tapi memang sangat menarik. Bila matahari mula meninggi, bunganya akan kembang dan apabila matahari nak terbenam, bunganya akan kecut sekecut2nya. Malang bagi aku yang bekerja nie. Dapat lihat bunganya pada hari Sabtu n Ahad sahaja.