Friday, April 10, 2009

Al-Fatiha...

Lama dh tk update blog... Rindu pulak kt blog aku nieee....
Sebenonyerrr.... aku masih bersedih di atas pemergian ayahanda tercinta Hj. Ali Bin Hj. Arshad.

SesungguhNya kita hanya merancang, namun Allah yg Maha Menentukan... Setelah genap 2 hari abah berada dlm keadaan koma, pada 03 April 2009 bersamaan 07 RabiulAkhir 1430H, pukul 3.40pm, hari Jumaat, abah aku yg dikasihi Hj Ali Bin Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah.

Disaat abah menghembuskan nafasnya yang terakhir, hanya mak sahaja yang ada di sampingnya. Kebetulan adik beradik yg lain selepas solat Jumaat, semuanya dtg ke rumah aku untuk menikmati makan tengahari dan berehat setelah penat berjalan jauh dari KL ke Johor Bahru dan juga selama 2 hari menemani abah. Dia pergi membawa segala kesakitan dan penderitaan yg ditanggungnya selama 2 hari dlm keadaan koma. Sesungguhnya aku dan keluarga redha dgn ketentuan Allah ini. Walaupun pahit untuk diterima, namun aku pasti Dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..

Pada 01/04/2009, hari Rabu, jam 5.45pm abah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah kerana terdapat darah beku di otak dan juga tekanan jantung yg rendah. Doktor cuba sedaya upaya menyelamatkn abah.... tapi Allah lebih sayangkn abah. Aku terima dengan hati yg tenang. Abah pergi meninggalkan kami semua dlm usia 78 thn.

Pada 01/04/2009 jam 1.30pm abah tiba2 pengsan selepas mkn t/hari di rumah Pontian bersama mak. Abah tidak sedarkan diri selama 2 hari. Aku sgt sedih kerana tidk dpt bercakap ngan abah. Sepjg masa aku dtg meliht abah. Kesian aku meliht keadaan nya. Pam jantung nya tidk stabil. Sekejap tinggi, dan sekejap rendah. Kami adik beradik mula bimbg keadaan abah. Adik beradik sumer nyer berkumpul. Aku ada 14 org adik beradik. Cuma abg aku di Qatar shj tdk dpt balik kena isteri nya baru bersalin. Aku sedekh kn Surat Al-Fatiha utk abah dan berdoa agar tiada perkara2 buruk yg berlaku ke atas abah. Sesekali aku bacakn Surah Yasin tuk abah. Tapi Allah lebih sayangkn abah. Abah pergi buat selama-lamanya.

Selama 32 thn aku hidup ngan abah. Banyak kenangan manis bersama abah. Aku selalu blk kg melawat abah. Kali terakhir aku berjumpa ngan abah pada 29/03/2009 di rumah aku. Abah nampak sihat dan tiada sebrg tanda2 yg dia akan meninggalkn kami semua.

Semuga roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan kami semua mendokan abah berbahagia di alam yg kekal itu. Al-Fatihaaa....

Gambar2 terakhir abah semasa majlis pernikahan adik pada 07/03/2009. Selepas 28 hari majlis, abah pergi mengadap Ilahi...





No comments: