Monday, October 26, 2009

Durian...

Sedapnyerrr.... nyummm... nyummmm.... Lama tak makan durian... Sekali dapat, tak pandang belakang.

Semalam aku nie ke tempat berniaga adik aku kat Taman Sri Skudai. Adik aku yg offer nak belanja makan durian. Aku apa lagikk... nak ajer laaa... Dia beli 5 bijik. Puas aku, mina, mak aku, alia, adik wan dan man makan durian. Syiokkkkk nyerrrrr....


Wajah2 ketika menikmati durian.


Mak buyung, berselera sekaliii...


Alia n Adik Wan minum air.... nikmat nyerrr...

Konsert Tadika Indah Ria

Pada 25/10/2009 telah di adakan Konsert Tadika Indah Ria di Dewan MPJBT, Skudai. Setiap kelas telah mengambil bahagian untuk mengadakan persembahan tarian. Aku jugak menggalakkan kedua2 anak aku untuk turut serta.

Kul 7.15 pagi lagik aku dah keluar rumah. Takut parking kereta jauh... Nasib baik bila aku sampai, parking yang dekat masih ader lagik. Terus aku hantar Alia n Nurin kepada cikgu2 dia. Aku perhatikan dari jauh ajerrr.... Alhamdulillah, dia org pandai membawa diri masing2. Bukannyer apa... kat tempat public, aku takut anak aku hilang ajerrr...

8.30am majlis bermula. Pengacara majlis cuma bdk2 tadika itu ajerrr... Ucapan dari pengetua tadika dan diikuti persembahan tarian dari setiap kelas. So tgkkan ajer gelagat bdk2 yang menari nie. Soooo cuteee n kelakar sgttt... Nurin yang pemalu tu pun kelihatan bersahaja ajer bila menari di atas pentas. Kakak Alia merupakan tahun kedua mengikut konsert tadika ini.


Kak Uyeen sedang menunggu giliran untuk disolek sambil diperhatikan oleh adik Nana.


Kak Uyeen bari lepas mengadakan persembahan tarian. Merah padam muka dia. Penat kotttt..


Nie Kakak Alia baru lepas turn dia menari. Gambar dia bersama rakan sekelasnya dan adik Nana.


Begitu ramai tetamu yang hadir....

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Pada 17/10/2009 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009. Sebanyak 6 buah rumah telah turut serta untuk meraikan majlis ini. Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Berikut adalah gambar2 sekitar majlis ini.


Kerja-kerja memasang 5 buah khemah


Gotong-royong membersihkan ayam


Gotong-royong pada sebelah malam. Potong2 lah apa2 yang patut...


Kerja-kerja tuk barbeque kambing, ayam, udang, ayam dan sosej.


Start panggang kambing dan yang sewaktu dengannya dan juga masak nasi jagung.


Majlis Marhaban dari rumah ke rumah.


Orang dah mula ramai nie....


Sibuk bakar ikan...


Kat umah aku ngan anak2 n kwn lama, Shikin.

Nana...



Nana dok main benda alah nie... Kalo dah mula main, susah nk balik. Tapi yg best nyerrr... ayah dia layan dia main n aku pulak tuuu... soping laaa.

Dah abis soping, aku jumpa Nana n ajak dia balik. Nasib baik dia tk byk meragam. Mungkin sebb dah puas main benda alah nie...

Kingdom Of Bahrain

FM nie dah lama dlm simpanan aku cuma takde masa nk publish kat sini. Hari nie baru berkesempatan tuk tunjuk kt kengkawan sumer FM Bahrain nie. Hubie beli masa transit 1 hari di sana semasa dlm perjalanan ke Madinah untuk mengerjakan umrah. Terima kasih sayang kerana membelikan FM nie...

Harga FM nie BD1.5000 seketul = RM15.75. Ada jugak FM dari Bahrain nie...





Wednesday, October 14, 2009

Marhaban

Selagi bulan Syawal belum abis, selagi tu lah marhaban akan di adakan di sana sini termasuk lah di kawasan perumahan aku nie. Nie adalah minggu terakhir dalam bulan Syawal. Hampir setiap hari aku menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Marhaban.

Nie aku nak cerita pasal marhaban kat kawasan rumah aku. Bermula dari Jumaat minggu lepas, aku mem'free'kan diri aku untuk menghadiri majlis nie sehingga lah hari2 terakhir bulan Syawal nie. InsyaAllah... Bukan nyer apaaaa.... bulan Syawal pun setahun sekali. Aper lah salahnya ... sebab masa nie lah untuk aku mengeratkan lagi hubungan silatulrahim aku ngan penduduk di kawasan rumah aku nie. Maklumlah... masa2 yg lain selalu sibuk ngan kerja dan keluarga.

Secara tak langsung, majlis ini juga membuatkan kita lebih kenal akan jiran2, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga memohon ampun dan maaf sesama jiran. Sambil suka2 bermahaban, kita juga dapat pahala. Aminnn...

Penat, memang lah penat. Siang berkerja, balik pun dh kul 7pm. Kul 8pm dah start marhaban. Biasanya aku bawak anak aku, Alia. Yang aku perasan, bila balik umah, anak2 sumer dah tido. Alia pun turut tido kat majlis tu. Sudahnya aku lah yang kena buat homework Alia n Nureen. sabo ajer laaaa... Nasib baik dh nak cuti panjang. So, aku tak kisah lah sgtttt.

Tadi malam 2 buah rumah. 1 buah marhaban n sebuah lagi marhaban dan Yasin. Malam nie 8 buah rumah. Sabo ajer laaaa... Semuga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadirinya. Aminnn...

Friday, October 9, 2009

Macam Anak2 Burung
















Macam2 ragam anak2 aku nie. Nie ayah dia baru balik main golf. Dia bawak balik coklat kit kat. Bdk2 buat tak tau ajer bila ayah dia org balik. Sibuk dok tengok cartoon kt atas.

Ayah dia panggil pun buat tak tau ajerr... Bila panggil kata "nak coklat takkkk???", berebut2 dia org turun. Siap panjat2 ayah dia. Bdk2 tu siap duduk kelilingkan ayah. Macam anak2 burung tunggu makanan. Terjerit2 minta di suapkan dulu. Yang baby pun tak sabo2... Kelakar lah bdk2 nie.

Alia bila dpt coklat, terus dok jauh2 menikmati coklat tuuuu... Sedapnyerrr. Nana pulak, nangis2 n siap ckp "Nana nak yg bykkkkk... sekali". Adoi dh pandai demand pulakkk...

Baby dapat coklat, siap sengih2 cam kerang busuk.... Adoiii, ciut nyerrrr.

Thursday, October 1, 2009

Baby Hannah...


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Baby aku dah umo 1 thn 2 bulan. Dah beso anak mama nie. Raya hari tuuu... ramai yg bertanya "Bila nak tambah lagik??? Kalo blh cari lah lelaki pulak...". Haiiii... seram sejuk aku mendengarnya itewwww.... Tunggu lah dulu. Kalo boleh nak rehat 3 or 4 thn. Kalo malas nanti, terus rehat selama lamanya.. hahahahaaaa.... Tunggu cucu pulak :).

Dah 3 minggu pandai jalan. Tapi malas... asyik nak dokong ajerr. Tapi kalo aku baring, dia suka lahhhh... pantang aku bangun, cepat2 dia dtg kt aku n rengek2 nak dokong... Adoiii... lemah nyer aku. Nak gerak sikit pun tak leh.... Nie lah ragam si baby yg comel nie.

Anak Saudara Aku...

Tahun nie aku ubah plan raya aku. Seblm nie sehari seblm raya hingga raya ke 3, aku akan berada di kampung hubby. Tahun nie aku cuma 1 malam ajer di kampung hubby. Petang raya pertama aku bergerak balik ke kampung aku pulak di Pontian.

Disebabkan tahun nie mak aku beraya tanpa abah aku, aku meluangkan 6 hari berhari raya bersama2 ngan mak aku. So, dari raya ke 2 hingga raya ke 5 aku dok umah ajer melayan kakak aku n abg2 aku serta anak2 saudara aku. Seronok jumpa dia org sumerrr. Seblm nie memg aku jarang jumpa ngan dia org sumer. Maklum lahhhh.... bila aku blk, dia org sumer dh balik ke rumah masing2 di KL kebanyakkannya.

Ada 3 family abg aku ajer yg tak balik. Riuh rendah rumah aku dengan suara bdk2 nie. Memang seronok n bukan senang nk berkumpul mcm nie... Mudah2an kita berjumpa lagik tahun depan... Aminn..

Sumer nie anak2 saudara aku. Dah 41 org sumer nyerrr. Hujung tahun nie bertambah lah lagik sorang. Perghhhhh.... ramai nyerrr.