Wednesday, December 1, 2010

Perjalanan Johor Bahru ke Lahat Datu dated 26/10/2010

Menghadiri majlis perkahwinan adik perempuan aku di Lahat Datu pada 27/11/2010.

Kami ingatkn tak mau buat majlis di Lahat Datu. Maklumlah... sebelah lelaki n jauh pulak tuuu. Dua bulan sebelum majlis, kami diberitahu oleh pihak lelaki yang dia org nak jugak buat majlis tu. Adoiiiii... masalahnyer mahu mencari flight tiket ke sana tuuu... Kalo last2 minit nie, mesti mahal.

Memg benar sangkaanku. Tambang pergi n balik >< RM650 seorg. Dari JB tiada direct flight ke Lahat Datu. Kena transit dulu di Kota Kinabalu. Sukalh aku sebb dpt jln2 di KK dulu seblm berangkat ke Lahat Datu. Heheheee... Dari JB ke KK n dari KK, amik flight ke Tawau. Tiba di Tawau, kami dijemput oleh Deli (adik ipar) n sepupu dia. Kami naik 4X4 untuk ke Lahat Datu (rumah pengantin). Itu ajer cara yg ada tuk ke sana.

Perjalanan dari JB ke KK, 2 jam suku (9.40am - 11.55am). Dari KK ke Tawau, 45 min by flight (8.20pm - 9.10pm). Dari Tawau ke Lahat Datu, 2 jam menaiki 4X4 (9.45pm - 11.45pm). Kami singgah dulu di umah pengantin, minum3 n borak2 sampai kul 1.30am. Almost kul 2am kami sampai di hotel. Seblm tido, solat jamak Magrib n Isyak dulu. Pastu kul 4.36am dh masuk waktu Subuh. Sabo jer laaaa...

Punyer lah penat tuk sampai ke destinasi. Aku relax lagik tapi sian kat atuk aku yg ikut sama pergi. Alhamdulillah, Allah permudahkn perjlnan kami n yang penting waktu solat tu kena jaga. Jalan2 jugak, solat kena diutamakn...


No comments: