Thursday, December 16, 2010

Hutan Bandar JB

04/12/2010 aku bawak bdk2 ke Hutan Bandar Johor Bahru. Sebenarnya tak plan nk ke sini. Sebab pagi tu takde elektrik, so aku bawa lah dia org ke sini. Kul 11 lebih aku sampai sini. Cuaca panas n byk nyamuk pulak tuuu. Dah namanyer pun hutan. Heheheee... Sian baby. Dia yang paling byk kena gigit nyamuk. Abis bengkak2 bekas gigitan tuuu...


Kena tinggal lagi. Sian baby, berusaha kejar kakak2 dia.

Kakak2 semua dah lari ke depan. Tinggal baby kat belakang. Tak baik lah kakak2 nieee...

Aper nie mama??? Kak Uyeen yang tanya. Aku kata, nie dah rosak, cuma boleh duduk2 ajerrr.

Kak Uyeen, menghirup udara di sini. Suka dia bebas berlari ke sama ke mari.

Sian baby. Tak bermaya nak jalan sebab dia demam n selsema.


Kuih Bakar Pandan

Tadi malam wat kuih bakar pandan. Anak2 daraku semuanyer rajin menolong. Nie lah untungnyer bila anak dara ramai... heheheee. Sebab anak2 daraku masih kecil, abis berselerak dapur. Ada yang panjat kerusi, ada yang panjat meja n ader yang nak dokong. Adoiiii... mcm2 aksi dia org nie bila nak tolong or tengok aku wat kuih.

Senang sangat membuatnyerrr. Campurkan semua bahan2nya, blender n tuang dlm loyang n bakar. Hahahaaaa.... dah siap. Lepas setengah jam bakar, baunyer semerbak satu rumah. Biasalah bau pandan. Anak2 aku semuanya kata ..."waaaa... nice smell lah mama..". Aku kata lom masak lagi. Dia org sumer dah amik piring n sudu sorang satu. Adoiii.. kelakar laaa.

1 jam 10 min baru masak. Tapi kuih masih lembik lg n lom blh potong. Anak2 dh tak sabar. Apa lagik, aku keluarkan kuih tu n kebetulan kerak2 tepi melekat kt loyang. So, aku bagi lah sorang sikit. Dia org kata... "sedap lah mama". Nak lagi... nak lagiiiii...

Sorrylah gambar kuih tak sempat nak snap. Pandang sekali, ada, pandang 2 kali, tinggal sikit ajerr.. Next time lah aku tepek gambo kat sini.

Lihatlah aksi dia org makan kuih bakar pandan nie. Adik Nana dah tidur. Sian dia... dok tunggu kuih sampai tertido.
Resipi korang leh refer kat sini dzanariah.blogspot.com.
Selamat mencuba...

Apam Mekar

Last weekend aku wat apam nie. Senang ajerr... Bila keluarkan dari kukus, teruja nak makan sebab apam nie kembang setaman. Hapie sangat sebab apam nie menjadi. Rasa pun sedap tapi kurang gebu, cam padat sikit teksturnya.


Resipi asal dari Chef Hanielize tapi aku amik dari Kak Ummi. Resipinya korang leh refer kat ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Wednesday, December 15, 2010

Al-Quran

Al-Quran adalah panduan seluruh umat manusia yang hidup di dunia tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan iklim. Umat Islam di akhir zaman sekarang ini telah jauh drpd Al-Quran. Buktinya ramai di kalangan umat Islam yg terlibat dgn berbagai maksiat besar ataupun kecil. Renung2kan laaaa....

"Hati kita nie bila dah cintakan sesuatu, maka dia akan sentiasa terpaut padanya. Bila hati kita cintakan Allah, maka ia tentu akan terpaut dengan Al-Quran. Kenapa tidak, sedangkan Al-Quran itu adalah surat2 cinta Allah kepada kita. Kenapa saya dan kita semua sangat lalai baca Al-Quran??? Adakah kerana kurangnya kelazatan cinta kita kepada Allah..." by Akhi Ahmad Kamil.

Korang perasan takkk??? Kalo kita cintakn seseorg, kita pasti akan menurut katanya. Sentiasa bergayut dengannya. Pada hal mungkin perbuatannya membuatkn kita rasa tidak senang. So, fikir2kan laaa....

Tapi percaya laaa... bila kita cintakan Al-Quran, berbagai nikmat akan kita dpt. Setiap suruhan Allah itu, pasti ada rahmat serta ganjaran disebaliknya.


Hari Asyura

Selamat menjalani ibadah puasa sunat di bulan Muharram kpd kawan2 yang beragama Islam. Semuga kita semua mendapat kekuatan untuk berpuasa pada hari asyura (9 & 10 Muharram 1423 iaitu bersamaan 15 & 16 December 2010). Kalau tak mampu, puasalah pada 10 & 11 Muharram. Jika tidak mampu, puasalah pada 10 Muharram sahaja. Pahalanya diampun dosa tahun lepas.

Cerita yang nk dikongsi bersama. Bak kata Ustaz Hanafiah Razak (dia buat lawak), ..."berpuasalah kerana Allah, jgnlah berpuasa kerana hendak makan bubur asyura"...


Wednesday, December 8, 2010

Rabiatul Adawiyah

Korang tgk tk drama Sabtu lepas bertajuk "Aku Bukan Rabiatul". Aku begitu teruja untuk mengetahui kisah hidup Rabiatul Adawiyah nie. So, hari Isnin time lunch hour, aku ke Book Store, Angsana pergi cari novel nie. Alhamdulillah dapat. So, cuti Maal Hijrah, aku abiskn masa aku dgn membaca novel nie.

Buku ini adalah sebuah karya sastera agama. Novel ini sangat indah dan menyentuh perasaan aku ketika membacanya. Aku rasa tak puas membacanya. Kalo korang nak tau, korang bacalah.


Sinopsis

Kisah Rabiatul Adawiyah sejak beliau lahir sehingga beliau meninggal dunia. Beliau anak bongsu drpd 4 org adik beradik.

Kisahnya bermula seblm kelahirannya lagi. Ayahnya adalah seorg yg baik akhlak dan elok ilmu agamanya. Semasa dia masih kecil kedua2 ibubapanya meninggal dan tinggallh dia dgn kakak2nya. Kemudian ujian Tuhan dtg lg, dia diculik dan dijadikn hamba pd satu keluarga kaya. Drpd situlh perjlnan spiritual Rabiatul berkembang sehingga beliau diiktiraf sebagai wali.


Salam Maal Hijrah

Bulan Muharram ialah bulan pertama dlm kalendar hijriah.


Salam Maal Hijrah buat kawan2 yang beragama Islam semuanyerr. Moga kedatangan tahun baru ini menjadikan amalan kita lebih baik drpd tahun sebelumnya dan lakukan lah hijrah tuk kebaikan.

Bersyukur kita kpd Allah krn masih mengizinkn kita bernafas dibumiNya ini. Berbagai2 nikmat yang telah diberikn kpd kita dan wajarlh digunakn utk meningkatkn amalan dan ketaqwaan kita sebg bekalan utk menghadap Allah SWT suatu masa kelak.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasullullah SAW bersabda "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama2 solat sesudah solat fardu ialah solat malam" (Sahih Muslim).


Thursday, December 2, 2010

Taubat Yang Berulang

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasullullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.

Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.

Tidak lama, dia melakukan dosa lagik, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.

Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan??? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!!!

Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun.
Memang benar!!!
Aku bukan hendak bercerita ttg org lain tapi pasal diriku sendiri utk dijadikn pengajaran. Biasanya kita berdoa selepas waktu solat dan antara waktu makbul doa adalah ketika sujud. So, bykkn lah bersujud kepadaNYA.
Sekrg nie masa cepat ajer berlalu. Kalo solat tuuu, kalo blh nk cepat abis. Kadang2 solat blm abis, mcm2 benda di dlm fikiran. Betul tak korang... Sama ajer w'pun kita kt umah or kat ofis... "nak mkn aper?? nak masak aper?? kain lom angkat lah?? keja lom siap lah?? ... hahahaaa... tu semua buatkn solat tk khusyuk. Sepatutnyer bila kita solat, ingatkn Allah tapi dok ingatkn benda lain. Adoiiii... moga2 solat kita nie diterima olehNYA.
Kadang2 lepas solat pun tk sempat nk berdoa. Ia lah dok sibuk kejarkn nk buat benda lain. kalo dh tk berdoa, paham2 ajer laaaa... bila pulk kita nk mohon ampun darinya.
Kadang2 kita doa byk tuk keduniaan... Kita selalu lupa yg kita nie terlalu byk dosa. So, mohonlh keampunan n taubat dariNYA, dijauhkn seksaan kubur, api neraka, sakaratul maut, fitnah jakjuj n makjuj serta permudahkn perjlnnan idup kita, kebahagiaan n kekayaan dunia n akhirat. Dunia n akhirat wajib lah seimbang...


Wednesday, December 1, 2010

Perjalanan Johor Bahru ke Lahat Datu dated 26/10/2010

Menghadiri majlis perkahwinan adik perempuan aku di Lahat Datu pada 27/11/2010.

Kami ingatkn tak mau buat majlis di Lahat Datu. Maklumlah... sebelah lelaki n jauh pulak tuuu. Dua bulan sebelum majlis, kami diberitahu oleh pihak lelaki yang dia org nak jugak buat majlis tu. Adoiiiii... masalahnyer mahu mencari flight tiket ke sana tuuu... Kalo last2 minit nie, mesti mahal.

Memg benar sangkaanku. Tambang pergi n balik >< RM650 seorg. Dari JB tiada direct flight ke Lahat Datu. Kena transit dulu di Kota Kinabalu. Sukalh aku sebb dpt jln2 di KK dulu seblm berangkat ke Lahat Datu. Heheheee... Dari JB ke KK n dari KK, amik flight ke Tawau. Tiba di Tawau, kami dijemput oleh Deli (adik ipar) n sepupu dia. Kami naik 4X4 untuk ke Lahat Datu (rumah pengantin). Itu ajer cara yg ada tuk ke sana.

Perjalanan dari JB ke KK, 2 jam suku (9.40am - 11.55am). Dari KK ke Tawau, 45 min by flight (8.20pm - 9.10pm). Dari Tawau ke Lahat Datu, 2 jam menaiki 4X4 (9.45pm - 11.45pm). Kami singgah dulu di umah pengantin, minum3 n borak2 sampai kul 1.30am. Almost kul 2am kami sampai di hotel. Seblm tido, solat jamak Magrib n Isyak dulu. Pastu kul 4.36am dh masuk waktu Subuh. Sabo jer laaaa...

Punyer lah penat tuk sampai ke destinasi. Aku relax lagik tapi sian kat atuk aku yg ikut sama pergi. Alhamdulillah, Allah permudahkn perjlnan kami n yang penting waktu solat tu kena jaga. Jalan2 jugak, solat kena diutamakn...