Friday, July 31, 2009

Pneumonia

Akhir2 nie dunia sedang diserang sejenis virus yang boleh mengakibatkan maut jika tidak dirawat daripada awal. Virus tersebut adalah selsema babi @ Influenza A (H1N1). Kita dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan ke luar negara dan juga pergi ke tempat2 yang menjadi tumpuan org ramai bagi mengelakkan diri drpd dijangkiti virus ini.

Golong yang berisiko tinggi perlu lah berjaga2 terhadap virus ini. Antaranya wanita hamil, mereka yang mengalami masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan menghidap penyakit kronik termasuk paru-paru, jantung serta buah pinggang.

Aku juga menjadi lebih prihatin terhadap virus ini bagi mengelakkan diri aku n keluarga aku drpd menjangkitinya. Kes kematian berpunca drpd kelewatan kita mendapatkn rawatan sehingga mengalami pneumonia yg serius. Mudah2an Allah menjauhkan kita sumer drpd penyakit2 yang merbahaya ini. Insyaallahhh....

Dibawah ini adalah info2 mengenai pneumonia.

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Bagaimana anda mendapat penyakit ini?

Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau Pneumonia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan Pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.

Tanda dan gejala

Kadangkala Pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria Pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. Gejala-gejalanya termasuklah:
• Demam (390-400C) dan menggigil.
• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
• Bernafas dengan cepat dan pendek,
• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
• Berpeluh dan muka kelihatan merah.
• Hilang selera makan atau perut meragam.

Bagi kes Pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder.

Tabiat yang baik

• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selesema dan batuk).
• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi sistem imun badan.
• Amalkan kebersihan diri yang baik.

Rawatan

Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap Pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:
• Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari. Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.
• Berehat secukupnya.
• Berhenti merokok.

Berjumpalah doktor sekiranya....

• Gejala-gejala masih berterusan.
• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan
• Kesesakan nafas semakin teruk.
• Batuk yang berpanjangan.
• Kahak berubah warna.
• Sesak dada.
• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
• Kahak mengandungi darah.
• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
• Fikiran terkeliru.

Wednesday, July 29, 2009

Bahagia Dunia & Akhirat

Petikan daripada Utusan Malaysia yang bertarikh 26/07/2009Saya amat tertarik dengan ruangan

Bicara Agama ini yang menceritakn tentang Bahagia Dunia Dan Akhirat. Di sini, saya ingin berkongsi dengan kawan2 dengan rencana di bawah ini. Semuga ianya memberi pengetahuan kita semua tentang dunia dan akhirat.


Celakanya, banyak manusia yang beranggapan bahawa syurga yang akan datang itu terpisah dari kehidupan sekarang ini. Syurga yang akan datang itu tidak terkait dengan bumi ini." Achmad Chojim, Membangun Syurga:Bagaimana Hidup Damai di Bumi Agar Damai Pula di Akhirat, Jakarta, Penerbit Pt Serambi, 2004, ms157.

Petikan itu memberikan kita pengajaran bahawa dengan melupakan kehidupan di dunia, kita tidak mungkin dapat memasuki syurga di akhirat. Ia mempunyai hubung kait yang erat, kerana kehidupan dunia dianggap sebagai jambatan kehidupan di akhirat.

Kehidupan di dunia dibahagikan kepada dunia dimensi, iaitu dimensi hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta dan dimensi kemanusiaan, hubungan bermasyarakat kerana manusia adalah makhluk bermasyarakat. Islam meletakkan kehidupan bersosial dan bermasyarakat kerana pengekalan ummah dan kesinambungannya adalah bergantung kepada kekuatan sosial ummah yang berkenaan.

Adalah tidak tepat bagi sesiapa pun untuk menolak dunia atas alasan demi keutamaan hidup di akhirat atau menolak akhirat untuk hidup selesa di dunia. Kerana itulah Islam membahagikan corak kehidupan ini kepada dua tanggungjawab yang saling berkaitan, iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ain lebih menitikberatkan tanggungjawab individu terhadap Allah SWT dan ia dinilai berdasarkan amal ibadat dan kepatuhan kepada "penyerahan diri".

Fardu kifayah pula meletakkan tanggungjawab sebagai ahli dalam kumpulan masyarakat, yang mana akan menentukan kelangsungan komuniti, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Melalui sumbangan individu sebagai ahli masyarakatlah maka terdirinya sesebuah tamadun dan kekuatan ummah.

Achmad Chojim mengulas "Umat Islam tertinggal dalam kehidupan dunia kerana umat Islam telah menceraikan iman dan akal fikiran. Dunia sebagai ladang bagi akhirat diabaikan. Padahal, fungsi akal fikiran adalah untuk menata dunia ini sebagai sarang bagi kehidupan manusia itu sendiri. Melupakan dunia bererti melupakan sarangnya.

Tanpa sarang, mana boleh bebas terbang di angkasa? Dunia adalah ladang dan akhirat merupakan tempat untuk menuai. Tanpa menggarap dunia dengan benar, bagaimana kita boleh ke syurga? Tanpa menanam, bagaimana kita dapat mengetam?"

Namun, terdapat dua keadaan yang berlawanan. Satu kumpulan manusia hanya menumpukan perhatian untuk ke akhirat dan satu kumpulan yang lain melupakan kehidupan akhirat, hanya menumpukan seluruh kemampuannya mendapat kedudukan terbaik didunia.

Bagi kumpulan yang menumpukan perjalanan akhirat, melupakan terus bahagiannya di dunia sehingga menyingkirkan diri daripada masyarakat, tidak berusaha memenuhi keperluan hidup. Hidupnya penuh dengan ibadat dan keperluannya seharian didermakan oleh orang lain. Seluruh masanya digunakan untuk beribadat atau bertapa. Inilah dua golongan manusia ekstrim yang menyempitkan keluasan, kesesuaian dan keunggulan Islam.

Menurut Ibnu Arabi, dunia ini adalah tempat kita diberi pelajaran dan harus pula menerima ujian. Ambillah yang kurang daripada yang lebih, di dalamnya. Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki walaupun apa yang dimiliki itu masih kurang berbanding orang lain. Kekurangan itu tidak pula bermakna dunia ini terlalu buruk, ia tetap menjadi ladang bagi hari akhirat.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apa erti keduniaan itu? Rasulullah SAW menjawab: "Segala sesuatu yang menyebabkan kamu abai dan melupakan Tuhanmu." Kegiatan duniawi tidaklah buruk pada dirinya sendiri, tapi keburukannya terletak pada mereka yang lupa kepada Allah SWT.

Apabila seseorang itu beramal dengan amalan yang soleh ataupun melakukan sesuatu kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat, maka individu itu dikira lebih baik daripada mereka yang tidak melakukan sesuatu amalan pun.

Ini kerana sumbangan itu memberi saham bagi menjamin kehidupan yang baik seperti yang dikehendaki oleh Islam dan perlu dihayati oleh manusia. Kebaikan diri individu dalam Islam selalunya dihubungkan dengan kebaikan manusia lain.

Neraca kebaikan itu pula ialah menjauhi diri daripada sebarang perkara buruk dan yang diharamkan oleh Allah SWT. Orang yang soleh bukanlah merupakan manusia yang panjang sujudnya. Ia juga bukan orang yang paling banyak kali mengerjakan haji tetapi ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Orang yang bertakwa tidak bererti mengabaikan kehidupan di dunia . Kehidupan dilaksanakan secara penuh bertakwa dan berhemat kerana ia yakin akan memperoleh berkat buat kehidupan di akhirat. Dia amat memahami bahawa hakikat, takwa adalah landasan kehidupan dunia dan akhirat sekaligus.

Allah SWT banyak membicarakan dalam al-Quran bahawa seseorang yang bertakwa akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini ditegaskan secara jelas berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat."

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka." Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (Surah al-Baqarah ayat 200-202).

Allah mengingatkan bahawa kita tidak boleh meninggalkan masalah dunia dan harus berbuat baik sebagaimana Allah SWT sudah berbuat baik kepada kita. Kita harus memahami bahawa kalau seseorang itu hanya menekankan satu aspek hidup iaitu dunia sahaja atau akhirat sahaja bererti ia sudah mengingkari perintah Allah SWT .

Allah telah berbuat baik kepada kita dengan cara menyediakan kebahagiaan dunia sekali gus akhirat.

Allah menegaskan dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: "Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan."
Kalau kita tinggal di masjid berzikir dan berpuasa, tetapi nafkah kita ditanggung orang lain, adakah kita layak digelar mukmin sejati? Tidak ada jaminan. Saya tidak mengatakan itu buruk. Tetapi itu pasti bukan cara hidup Islam yang terbaik.

Hakikatnya hari ini ada sebahagian daripada para intelektual muslim bersikap prejudis, pengecut dan enggan untuk terlibat dalam kancah politik dunia bagi tujuan memperbetulkan situasi buruk (perpecahan) dengan memilih politik uzlah atau mengisolasi diri daripada terlibat dalam masalah duniawi. Malah ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan kebaikan hidup di akhirat dicerita dan diberikan ulasan yang difahami sebagai mencela dan mencerca dunia.

Kesannya ramai di kalangan mereka yang cuai dan mengabai tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, bahkan lupa kepada tugas yang dia dipertanggungjawabkan. Dan kita sering mendengar perkataan yang sangat popular iaitu dengar kata-kata mereka "dunia ini seperti bangkai dan mereka yang mencari dan menuntutnya adalah anjing."

Manusia diharamkan merendahkan diri terhadap alam raya ini sebab dengan dengan demikian itu manusia telah mempersendakan rencana dan ketentuan Allah SWT yang telah memuliakan dan melebihkan manusia terhadap semua makhluk-Nya yang lain. Sikap positif terhadap dunia inilah yang telah membuat para tabii di zaman antara abad pertama hingga abad keenam menjadi pelopor dalam memajukan sains dan teknologi

Di sini dapatlah difahami bahawa definasi agama itu bukanlah ibadat ritual sahaja seperti yang disangka oleh segolongan mereka yang menolak kemajuan, malah ajaran agama itu merangkumi segala kegiatan hidup dunia dan akhirat (the way of life), hidup dan mati kita seluruhnya hanya untuk Allah Tuhan semesta.

Tuesday, July 21, 2009

Peristiwa Masyitah, Israk Mikraj

Peristiwa di mana Mashitah sanggup berkorban demi Islam dan mempertahankan keimanannya kepada Allah Ta’ala.

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Beliau adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah "Bismillah Hi Masyaallah dan celaka la Firaun". Apabila puteri itu mendengar perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.”

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.” Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Perjalanan Istimewa Israk Mikraj

Memperingati peristiwa pada 27 Rejab...

Malam tadi, aku telah mengikuti satu ceramah pasal Israk Mikraj di Surau An-Nur, Presint Jasa, Taman Mutiara Rini, Skudai. Ceramah bermula pukul 9.00 dan tamat pukul 10.45 malam. Walaupun penat siang hari tak abis lagi, aku tetap gagahkan diri ini untuk menghadirinya bagi menambahkan ilmu dan pengetahuan yang sedia ada.

Aku selalu mengingatkan diri aku bahawa “Manusia nie selalu lupa dan lalai dengan kehidupan di dunia ini sehingga lupa akan alam yang kekal itu iaitu Alam Akhirat”. Dengan cara aku selalu menghadiri kelas2 agama, ianya secara tak langsung mengingatkan diri aku tentang tanggungjawab aku pada keluarga, pahala dan dosa, amalan tuk akhirat dan sebagainya.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Ini adalah ilmu yang dapat ku kutip daripada ceramah tadi malam. Semoga ianya dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita semua pada Allah Taala. Yang baik itu daripadaNya dan yang kurang itu semuanya dari diriku sendiri dan aku mohon maaf jika terdapat salah dan silap dengan penerangan aku ini.

Israk bermaksud perjalanan pada waktu malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram , Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin. Kalo diikutkan logik, perjalanan ini mengambil masa selama sebulan kalo naik unta. Oleh itu, kita kena percaya dan beriman pada cerita ini dan jika ingkar dan tidak percaya, blh jadi kafir. Terdapat 3 perkara yg membuatkan kita jadi kafir serta membatalkan iman kita kpd Allah Ta’ala iaitu 1. Melalui perbuatan, 2. Melalui percakapan, 3. Dalam hati (keraguan).

Mikraj pula bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke alam yang tinggi hingga ke langit ke 7. Disini, Nabi Muhammad SAW dipertemukan dengan Allah Ta’ala, diperintahkan solat 5 waktu dan juga diperlihatkan tanda2 kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala.

Kesimpulannya, Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad SAW pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana ala mini di atur) dengan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

Friday, July 10, 2009

Trip To Genting 4 & 5 July 2009

Sport Club company aku wat trip ke Genting Highlands selama dua ari satu mlm (4 & 5 July 2009). Seramai 62 org yg gie... 2 buah bas tauuuu.... Memang seronok.... dah macam family day pulak sebb bas aku tu ramai yg bawak anak2 termasuk la aku bawa anak sorang, Alia.
Bertolak dari ofis kul 7.10am. Singgah di R&R Yong Peng tuk breakfast. Nie la suasana pagi di dalam bas.

Masing2 masih termenung lagik sebab pagi2 lagi dh kuar rumah. Macam tak tau nak buat aperrr....


Berborak dlm bas...

Termenung teringatkan 'laki' yang ditinggal di rumah bersama ngan anak2.

Kul 12.30pm sampai di R&R Genting Sempah. Singgah jap rehat n makan tengah hari. Sedap gak makanan kat sini. Maklum la dah lapar... Sumer sedap.
Teruskan perjalanan ke Genting Highlands. Perjalanan mengambil masa 20min untuk sampai ke puncak Genting Highlands. Antara gambar2 di Theme Park Genting bersama anak aku, Alia.




Di Coffee Terace Restaurant. Menikmati dinner di sini. Ali main sudu n garpu sementara menunggu makanan sampai.



Lepas dinner, sambung main lagi kat Indoor Theme Park.

Nie dah next day. Kat Cafe First World Hotel.

Kusyuk main benda alah nie...

Bergambo ramai2 kat bilik hotel.

Nie dah on the way turun ke bawah. Dalam cabel car sambil menikmati donut.
Alie nie memang suka sgt ngan donut.
Nie dalam perjalanan ke Mid Valley Megamall. Sambung tido sebab semalam sehari suntuk merayap kat theme park.

Okeyyy... dah sampai di Mid Valley. Jalan2 ajerrr selama 2 jam setengah.


Muka ceria balik lepas makan tengah hari di Food Courd Mid Valley.

Ali suka sangat ngan Monster nie. Banyak pulak benda alah nie....

Monster dok atas pokok.







Wednesday, July 8, 2009

Jangan Mencari Kesempurnaan...

NOBODY'S PERFECT....


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……


Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……


Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak,
nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….
dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti,
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”


Terima kasih abanggg...
di atas segala PENGORBANAN dan KASIH SAYANG
abang kepada Iza dan anak2.....







Tuesday, July 7, 2009

Friday, July 3, 2009

Karaoke Time....



Dah kenyang n dah tak larat nak bangun.
Karaoke punyer pasal.... mencangkung pun boleh laaaaa....

Pasangan dua sejoli....

Amboi... amboii... amboiiii... en yem.
Tak sabo2 nak nyanyi ngan Pijot.


Dangdut...

Goyang jgn tak goyang .....

Yang nie pulak, rap gitewwww.....






Celebrate Birthday....

Happy Birthday to Nisa.
Semoga menjadi anak yang solehah, pandai dan berjaya dunia n akhirat.



Zuki n doter....









Detik2 Memancing...

Sempat lagik berposing....




Umpan...


Panas n silau kat sini....

Perghhhh... gaya si pemancing... Abul.

Abg Joe Sagan ngan hasil nyerrr....

Bangggg.... tgk aper kt bawah tuu... Maner tau kalo duyung yg naik.... hahahahaaa..

My group.....

Khusyuk wat aper yanggggg....

Bapa mengajar anak memancing....


Tekun memancing.....

Letak umpannnn.....