Monday, April 19, 2010

25/04/2010 - Siem Reap (3)

Several Cambodian words are strikingly similar to Malay words for example Kampong which means Kampung and also Psar means Pasar. The Psar Chas in Siem Reap is located next to the Siem Reap river at the Southern end of the town, fortunately located within a 10 minute with tuk2 from the guesthouse where we stayed at.

The Psar Chas is the place to go to if you’re searching for cheap souvenirs, clothing items, artworks, silverware as well as jewellery. However be prepared to haggle to get the best prices for your purchases

Layannnn....





Majlis Khatam Al-Quran 15 Juz

Buat pertama kalinya aku mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 15 Juz di rumah guru mengajiku di Jalan Penyiaran, Taman Universiti. Majlis bermula jam 5pm dan hanya dihadiri oleh anak2 murid guru mengajiku sahaja. Alhamdulillah... akhirnya dapat juga membaca ayat2 suci Al-Quran nie dlm masa 2 tahun. Lama kannnn??? Nak buat camnerr... berbagai2 dugaan dan cabaran harus aku lalui untuk sampai ke tahap nie.

Alhamdulillah, dengan izinNya sampailah aku ke tahap nie. Aku berazam untuk terus mengaji hingga ke Juz 30 dan sekaligus m'jadikan Al-Quran ini sebagai teman ku di dunia, sahabatku di alam kubur dan juga pemberi syafaatku nanti di alam akhirat. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Moga niat baikku ini dimakbulkan. Aminnn...

Gambar2 sekitar majlis tersebut;








Doa khatam Al-Quran;
--------------------
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pujian org2 yg b'syukur dan kesudahan yg baik ialah bg org2 yg b'taqwa. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Rasul kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat2nya sekalian.

Ya Allah, terimalah drpd kami, sesungguhnya Engakau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan berilah taubat kpd kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang. Tunjuki dan bimbinglah kami kpd kebenaran dan kpd jln yg lurus dgn berkat Al-Quran yg mulia.

Ya Allah, kasihanilah kami dgn berkat Al-Quran, dan jadikanlah Al-Quran itu bg kami sebagai Imam, sebagai Nur, Hidayat dan Rahmat. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yg kami lupa dari Al-Quran, ajari kami apa yg kami tdk tahu tentang Al-Quran, berikan kdp kami kemudahan utk membacanya pd waktu siang dan malam, jadikan Quran itu bagi kami sebagai hujah wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiasilah diri ikami dgn keindahan Al-Quran, muliakan kami dgn kemuliaan Al-Quran, serikan kami dgn ketinggian martabat Al-Quran, pakaikan kami dgn pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dlm syurga dgn Syafa'at Al-Quran, selamatkan kami dari segala malapetaka dunia dan azab akhirat dengan kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran bagi kami di dunia ini sebagai teman, di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, di hari Kiamat nanti diberi Syafaat, di atas Siratal Mustakim nanti menjadi cahaya, semasa menuju ke Syurga sebagai teman, dari api neraka menjadi pendinding dan penghalang dan jadikanlah Al-Quran kpd kami sebagai panduan dan ikutan kpd segala kebaikan dgn kurniaMu, kepemurahanMu dan kemuliaanMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah dgn hidayat Al-Quran, selamatkan kami dari api neraka dgn kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat kami dgn fadilat (kelebihan) Al-Quran, hapuskan segala kesalahan kami dgn sebb membaca Al-Quran, wahai Tuhan yg mempunyai segala mcm kelebihan dan ihsan. Tuhan kami berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.

Semoga Allah mencurahkan rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat2nya. Maha Suci tuhanmu, Tuhan yg mempunyai keagungan dari apa yg mereka sifatkan (tuduhan org yg tdk b'iman), salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji t'tentu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Amin Yaarabbal alaminnn....

Thursday, April 8, 2010

25/04/2010 - Siem Reap (2)

The Tonle Sap is the heart of the central Cambodian community. It functions as reservoir, relief system, travel and communications route, home and also as the provider of an abundant supply of freshwater fish, some of which is exported to neighbouring countries.














Tuesday, April 6, 2010

Setahun berlalu...

Al-Fatiha buat abah yg tersayang... Tanggal 03/04/2010, telah genap setahun abah pergi meninggalkan kami. Begitu cepat masa berlalu.

Betapa aku sayang pada abah... sesekali rindu datang bertandang . Kenangan bersama abah tidak pernah aku lupakan. Setiap kali balik ke kg, aku mesti singgah di kubur abah bersama dengan anak2ku. Di depan pusaranya... aku sedekahkan Fatiha dan anak2ku mengikut sama membacanya. Tanpa di sangka2, air mata jernih jatuh ke bumi. Itulah tanda kurindu pada arwah abah.

Anak2ku bertanya.. "Kenapa mama menangis?". Sambil memeluk anak2ku, aku katakn "Mama rindu pada abah... ". Anakku menjawab "Abah ada kat dalam...". Lagi sedih aku dibuatnyerrr....

Aku bersihkan kubur abah. Anak2 aku pun turut bersihkan sama. Aku siramkan air bersama bunga ke pusara abah sambil berdoa "moga kubur abah setenang n sesejuk air ini dan wangi semerbak bak bunga ini..., diluaskan dan diterangi nur di dalamnya... amin".

Terubat kerinduanku pada abah. Moga roh abah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Abahku sayang Hj. Ali Bin Hj. Arshad.

Arwah abah bersama anak2ku... Jan 2008.

Monday, April 5, 2010

25/04/2010 - Siem Reap (4)

Day 1
-------

In the afternoon, around 5pm our visit will solely be focussing on the most famous and magnificent Angkor Wat Temple. The architectural masterpiece was constructed during the 12th century and covers an area of about 210 hectares.The place has many galleries with columns, libraries, pavilions, courtyards and ponds full of water. In the evening, depending on the weather, we will proceed to Mountain Bakend, to view the spectacular sunset over Angkor Wat.








25/04/2010 - Siem Reap (1)

Trip ke Siem Reap, Phnom Penh n Ho Chi Minh
25 - 29 March 2010
---------------------------------------------------------------------

Tahun 2010, oversea trip ke Siem Reap, Phnom Penh n Ho Chi Minh selama 5 hari 4 mlm. Perjalanan yg amat menyeronokkan dgn pelbagai info yg diperolehi semasa menjelajah Cambodia. Nie lah pertama kali aku ke sini bersama ngan hubie n kwn aku SK bersama suaminya. Aku n SK bertungkus lumus 2 minggu m'buat p'siapan seblm pergi. Antaranya hotel, transport, restoran halal, tempat2 yg nk dilawati n yg paling2 penting adalah tempt shopping.... hahahaaa.. Alhamdulillah... semuanyer dipermudahkan olehNya. Amin.

Day 1
--------
Berlepas kul 7.00am dari LCCT. Sampai airport SR kul 8.00am waktu tempatan. Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 min ajerrr... Sebb nk jimatkn masa kami breakfast dlm flight cabin ajerr. Sampai di SR, wakil dari guesthouse menunggu kami. Lega rasanyerrr... Kami dibawa ke hotel dengan menaiki 2 buah tuk-tuk. Itulah pengangkutan yg murah n byk digunakan di sini.

15minit tuk sampai ke guesthouse. Kami booked secara online iaitu Jasmine Lodge. Harga bilik USD13.50/nite included airport transfer n breakfast. Sangat selesa n bersih. Kami hanya berehat setengah jam ajer seblm meneruskan lawatan pertama kami.