Wednesday, September 30, 2009

Persandingan Shikin

8/8/2009 telah berlangsung majlis pernikahan anak saudara hubby di Taman "apa entah", Semenyih dan persandingannya pada 9/8/2009 di Dewan Serbaguna Presint 9, Putrajaya.

Aku panggil kak long or shikin. Anak pertama dari 3 org adik beradik yg sumer nyer pompuan. Aku pulak sumer nyer 4 org pompuan. Cepat lah dpt menantu nanti... hahahahaaa...

Nie lah gambar2 disepanjang majlis tersebut;















Sedap nyer KFC...

Korang perasan tak??? bila time puasa, tgk ayam KFC pun leh kecur... hahahaaa... betapa kuatnyer aura KFC niee... Minggu akhir seblm raya, aku berbuka puasa di kg hubby di Felda Kemelah, Segamat. Oleh sebb malas nak masak, aku pun beli lah ayam KFC tuk anak2 aku... biasa lahhh SEGERA lah katakannn... hahahaha..








Sedap nyer tgk bdk2 tu makan. Sabo ajer laaa... Tapi bila time dh berbuka puasa. Tgk ayam KFC tu terus hilang selera. Mungkin perut dh kenyang sebb tu buat dono ajerrr...

Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri...

Raya ke 9 nie la baru berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2 sumer serta pembaca blog aku nie. Mohon maaf kalau ada tersalah n silap dan juga tutur kata serta tulisan yang tidak disenangi di blog ini. Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan kebahgiaan di hari yang mulia ini.

Hari nie aku baru start kerja. Boring nyerrrr.... sebb masih holiday mood. Pejam celik, pejam celik dah naik keja setelah 9 hari bercuti. Pagi nie, aku nak surfing internet ajerrr n artikel2 yang berkaitan ngan bulan Syawal untuk menambahkan pengetahuan tentang bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Thursday, September 17, 2009

Syawal coming...

Pejam celik, pejam celik.... tinggal 2 hari lagik kita akan menyambut Aidilfitri. Masing2 sibuk membuat persiapan untuk menyambut nyerrr. Dalam sibuk2 tuuu, jgn ler lupa solat Terawih.

Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan amalan puasa tersebut. (riwayat Muslim)

Allah SWT tak pernah mengabaikan setiap perlakuan umatnya. Oleh itu, sebelum berakhirnya Ramadhan, buatlah amal sebyk2nya. Perkara yang paling mudah adalah berzikir. Semoga solat, puasa dan amalan kita diterima olehNya. Aminnn....

Persiapan Raya

Tahun nie aku dh plan baik2. Sebelum pose lagik aku dah laksanakan segala kelengkapan tuk raya termasuklah baju tuk anak2, aku n hubby, perhiasan rumah, kuih raya dan apa2 yg sewaktu dengannya. So, bulan pose takyah nk sibuk2 beli baju la, beli kasut la, beli alas meja lahhh... hahahahaaaa....

Sekrg nie tgh mood raya. Keja takde... dok termenung ajer kt ofis nie. So bored. :(

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan...

Hari nie 19 Ramadhan kita dah berpuasa... Alhamdulillah....

Setiap hari apabila kaki ku melangkah ke Masjid untuk bersolat Terawih, aku sentiasa berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, bersyukur aku kepadaMu kerana masih membenarkan aku untuk menghirup udaraMu pada hari ini dan Engkau kuatkan lah imanku untuk menghadapi dugaanMu di dunia ini dan jangan sesekali Engkau lalaikan aku daripada beribadah kepadaMu. Aminnn.... "

Aku teringat 2 tahun lepas semasa mengerjakan ibadah umrah. Setiap kali kaki ku melangkah ke luar hotel, aku sentiasa berdoa sambil merenung sayu ke arah masjid. Moga Allah mengampunkan segala dosa2 aku dan panjangkan umurku agar aku dapat beribadah kepadaNya. Terasa diriku begitu kerdil di antara manusia2 yang ada di sana. Rindu pada Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram. Berdoa agar aku dapat ke sana lagi... Insyaallahhh..

Friday, September 4, 2009

Cahaya Ramadhan

Entah kenapa Ramadhan pada tahun nie begitu bermakna dalam hidup aku... Terasa macam ada satu 'nur' yang hadir dalam diriku ini. Terasa begitu tenang... ceria... bahagia... sabar... ikhlas... dan macam2 laaa.... Mungkin Ramadhan pada tahun ini menyedarkan aku akan realitinya kenapa kita hidup di muka bumi ini.

Bersyukur aku pada Yang Maha Esa di atas kesedaran ini. Alhamdulillah.... diberikan petunjuk dan kesedaran ini dan aku bermohon supaya aku tidak lagi lalai dengan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam.

Rebutlah sebanyak2nya ganjaran dan pahala di bulan yang mulia ini. Itulah yang sedang aku usahakan. Semoga Allah menerima solatku, puasaku dan amalanku disepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga Allah mengampuni segala dosa aku yang dahulu, hari ini dan akan datang. Aminnnn....

1. Kalo dulu memang susah sgt nak bangun sahur. Kalo bangun pun mcm terpaksa ajer sebb nak temankan hubby sahur tapi mata tertutup.... hahahahaaaaa... Sekarang ni hari2 bangun sahur. Kalo tak suhur tu kira cam tak complete ajer puasa tuuu.... Bersahur nie sunat. Besar pahalanya. Kalo makan kurma ajer pun dh dpt pahala. Takkan tak nakkk???? Betul tak....

2. Solat Terawih... Kalo dulu tu solat terawih ... solat gakkk tapi selalu melopong. Selalu create mcm2 alasan kalo tak nak gi terawih. Penat la... sakit perut la...ngantuk la... nak buat kuih la... nak jahit langsir la... nak kemas rumah la... dan mcm2 lagik la. Itu dulu, tapi sekarang nie walau aper pun terjadi, aku akan tetap gie terawih. Solat terawih nie sunat ajerrr... tapi besar pahalanya. Kalo tak larat buat 20 rakaat, buat 8 rakaat ajer dah cukup. Digalakkan berjemaah.
Teringat kata2 ustazah aku bulan lepas... "kalo tak larat nak buat sekali jalan, buatlah sikit2 iaitu lepas Isyak buat 4 rakaat pastu tido... sebelum sahur, buat lagik 4 rakaat + 3 witir pun boleh..."
Sekarang nie kalo anak2 aku nangis nak ikut, aku buat tak tau ajerrrr.... lepas 3/4 hari depa dah tak nangis lagik dan depa dah paham... alhamdulillah...

3. Buka puasa di luar. Sebelum nie aku memang suka kalo berbuka puasa di luar. Makan tak ingat dunia. Abis sumer di'ngap'nyerrr... tapi kali nie aku buka ala kadar ... elakkan pembaziran. Nafsu aku masih boleh tahan lagik utk tidak ke bazar ramadhan. alhamdulillah... Kalo buka kat kuar, sudah tentu terawih pun terlepas gakkk....

4. Sembang kosong. Dok kat ofis nie pantang ader masa free... sembang ajer la keja nyer. Kali nie aku nk kurangkan sembang kosong tapi lebihkan kpd membaca isu2 pasal ramadhan nie kat internet, baca buku2 agama, ngaji sikit dan zikir.

5. Soping.... sebelum Ramadhan lagik aku dah sediakan keperluan aku sekeluarga.

6. Setakat nie dulu... nanti bg tau lagik untuk dikongsi bersama kwn2 sumer.

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan lagi...

Pada 26/08/2009 suami tercinta telah menyahut panggilan Allah untuk datang beribadah ke tanah suciNya di Mekah dan Madinah. Dah 9 hari dia di sana. Tinggal lah aku bersama anak2 menyambut Ramadhan ini. Aku sentiasa doakan semoga suamiku diberikan keselamatan dan kesihatan sepanjang dia mengerjakan umrah dan beribadah di sana.

Ini adalah foto dia yang aku ambil dari website Ustaz Amin. Terima kasih banyak2 kepada ustaz di atas posting gambar ini dan juga cerita2 drpd hari pertama perjalanan kesana sehingga ke hari ini. Gambar ini juga menjadi pengubat rindu aku pada suami tercinta Mej(R) Hj Abdul Aziz Bin Wan Mohamad.






Ramadhan tahun ini telah mendewasakan aku dan juga telah mengejutkan aku daripada lalai akan tanggungjawab aku sebagai makhlukNya di muka bumi ini. Dalam usia aku sekarang ini, barulah aku kenal sebenar2nya erti Ramadhan.

Ramadhan bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Ia juga menahan segala anggota badan kita drpd melakukan perkara2 yang tidak baik. Berpuasa itu sendiri adalah arahan secara langsung daripada Allah Ta'ala kepada umat2Nya. Bulan Ramadahan adalah bulan keampuanan yang Allah berikan kepada umat2Nya. Keampunan ini adalah berdasarkan amalan yang kita lakukan disepanjang bulan ini.

Setiap hari aku berdoa semoga Allah mengampunkan dosa2 yang telah aku lakukan sama ada aku sedari ataupun tidak, dikuatkan keimanan dan ketaqwaan aku terhadapNya, dimurahkan rezeki yang halal, diberikan kesihatan untuk aku sentiasa beribadah kepadaNya, dipanjangkan umur agar aku dapat berbuat amal sebanyak2nya dan juga merahmati hidup aku sekeluarga. Aminnnnn....

Banyakkan solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan bersekekah di bulan yang mulia ini. Berzikir adalah amalan yang sangat2 ringan dan sangat2 besar ganjarannya TAPI sangat2 sukar dilakukan. Zikir lah sebyk2nya dan zikir itulah yang akan membantu kita di akhirat kelak.

Moga kita sama2 mendapat keampunan dan rahmat dibulan yang penuh barokah ini. Aminnnn....