Wednesday, December 28, 2011

Sebelum KakiMu Melangka Keluar...

Wahai sahabat.. sebelum kakimu MELANGKAH keluar rumah, berhenti sekejap.. pandanglah ke CERMIN melihat seluruh tubuhmu yang memikat.. andainya rambutmu TIDAK DITUTUP cantik berikat,tudungmu terlalu SINGKAT, bajumu JARANG dan ketat, seluarmu begitu sendat, betis dan lenganmu dapat DILIHAT… FIKIRKAN sejenak.. Bagaimana jika aku DILANGGAR nanti.. terdampar di tepi jalan yang tidak pernah sunyi.. DISA...KSIKAN mata-mata yang memerhati.. Malaikat Maut menjalankan tugas yang diberi, memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku MATI? belum sempatku BERTAUBAT pada Ilahi, pastinya dosaku tidak diampuni.. merana dan TERSIKSALAH diri ini, di dalam neraka yang kekal abadi.. kerana INGKARKU pada Allah Ya Rabbi.. mampukah aku menahan diri.. dipukul, disiksa tanpa henti, kerana salahku sendiri? KEJAMNYA aku ini kerana MENZALIMI diri sendiri. (Mujahidah Syafiqah)

Hari Akhirat nanti...

Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.

(Riwayat At-Tarmizi)

Thursday, October 13, 2011

Desa Cattle Farm

Hari yang ke2, 17/09/11. Tempat pertama kami lawat iaitu Desa Cattle Farm. Menternak lembu susu. Susu2 di proses, dikotakkan dan di jual. Memang sedap n rasa segar bila diminum. 

 Suka anak2 dapat tengok lembu2 tu dari jarah yang dekat.

 Cuaca yang sangat baik dengan angin yang sepoi2 bahasa. Sejuk gak kt sini.

Lembu2 tu sedang meragut rumput.

Sedapnyer susu coklat. Anak2 aku sorang satu cawan minum.

Pekan Nabalu dan Kiram Village

Hari Pertama 16/09/11. Lepas shj lunch di Medan Selera Tg. Aru, KK, kami meneruskan perjlnan ke Kundasang. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Adoiii bengang betul bila menggunakn GPS bodoh nie. Pusing2 dok lalu situ. Pusing2 lagik, dok lalu situ jugak. Last2 aku offkn GPS tu n tanya org lagik bagussss...

Kul 5 lebih kami sampai di Pekan Nabalu. Berhenti rehat sambil2 menghirup udara segar di kaki Gunung Kinabalu. Jalan2 dan posing sana n sini. Pastu dok minum2 n makan2 sebelum meneruskan perjlnan ke Kundasang.


Kul 7 lebih baru kami check-in chalet. Dok kat Kiram Village. Sesat jugak kami dibuatnyerrrr... Nak citer rate kt KV nie. Oleh krn peak season (M'sia Day + Weekend), kami dpt harga RM260 tuk tomato cabin dan RM90 tuk chilli cabin. View sini sgt cantik dan udaranyer yg sejuk dan segar. Memg marvelous sesgttt...

 Nie ruangan tido mak dan sepupu aku, Ju (2 single bed)
  
Bilik tidur family aku (queen bed)

Ruang dapur tuk memasak... sumer ada kecuali brg2 mentah.

 Sarapan pagi... mee hoon sup.
  

Syok breakfast ramai2 sambil menikmati udara yang segar di kaki Gunung Kinabalu.

Di Chalet Chilli.... adik aku dan suaminya.

Pemandangan di Kiram Village.

Kota Kinabalu, Here I Come...

16/09/2011 aku sekeluarga bercuti ke KK, Sabah. Kali nie adik aku Aminah, suami dia dan anak dia umo 21bln dan mak aku ikut sama. Kiranyer cam rombongan Cik Kiah lah. Seronoknyerrr... Dan ni lah pertama kali aku bawa semua anak2 aku ke luar negeri menaiki kapal terbang. Alhamdulillah semuanyer berjalan dengan mudah.

Di Lapangan Terbang Senai, Johor.

Departure Hall

Flight dari JB kul 9.40am dan sampai di KK kul 11.50am. Sampai ajer di sana kami terus mengambil kereta sewa (MPV EZORA) yang di sewa dari En. Tadad 013-8809080 dgn harga RM130/day. Check dulu conditions kereta seblm memulakn perjalanan...

Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Terminal 2, Sabah.

Thursday, October 6, 2011

Friday, July 22, 2011

Keletah Nana...

Semlm ada majlis tahlil kt umah Pn Yati, Jasa 13. Aku gi ngan Cik Min, Alia n Nana. Majlis abis kul 10.30pm. Sian Alia n Nana. Kelihatan letih n bad mood. Masa nk balik umah, Nana n Alia bergaduh sebab nk tidur kt belakang. Masing2 nk baring. Mana blh... kan tak muat.

Kebetuln kt seat belakang ada goodies. Isinya kurma n buah zaitun. Dapat masa majlis kt surau tadi (seblm ke umah Yati, aku singgah surau). Masing2 dh bising kt belakang.

Alia : Mama, Nana baring nie.
Mama : Dek Nana, jgn baring. Kejap lg sampai umah.
Nana : Nana penat nie mama.
Alia : Mama, Nana letak bontot dia kt kurma.
Mama : Nana kenapa wat cam tu???
Nana : Mana ader??? Nana kan pakai spender.

Aku pun toleh belakang. Tengok aper yg terjadi. Nana tengah baring n memg betul goodies tu kt bontot dia. Aku mampu tersenyum jerrr sambil berkata... sabar cikit, kejap lg kita sampai umah.
Sampai jer umah, dua-dua terus lena tidonyerrr. Penat sgt sebb tadi blk sekolah dh kul 5.30pm.

Friday, April 22, 2011

Birthday Kak Uyeen

Happy Birthday kak Uyeen...

Semalam, 21/04/2011 kami celebrate birthday kak Uyeen kt Mc Donald Jln Pontian. Genap umur kak Uyeen 6 tahun. Moga Allah pjgnkn umurmu sayang.

Mama doakan Yeen jadi ank yg solehah, berakhlak mulia seperti akhlak Rasullah SAW, Allah mudahkan belajar di sekolah dan sentiasa cemerlang dlm pelajaran, sentiasa solat tanpa disuruh dan selalu mengaji dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Kami semua sayang kak Uyeen.


Friday, April 15, 2011

Renung2kan laaa...

Sebhgian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata2, tulisan, sindiran dan jelingan. Bg golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SANGAT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2. Tanpa segera diubah, ia bakal menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya.


Janganlh kita tergolong dlm golong ini... Senyum2 selalu.


Tuesday, April 12, 2011

Day 3 : Makan2 n Shopping Lagi.

Cuaca sejuk memang sedap makan jerrr... Bangun tido makan, pastu sarapan pagi, t/hari makan, malam makan n seblm tido pun mkn. Makannnnn jerrrr.... Aku rasa mau naik 2kg. Semua kedai makan hampir sama konsepnya. Kat wall2 restoran terpampang menu. Pilih ajer. Kalo nak cakap memang tak paham macam ayam n itik. Nasi putih ngan beef with sayur aper entah. Macam asparagus tapi memang sedap. Hg 9 yuan kottt...
Malam makan nasi goreng ngan fresh sawi jepun kot.


Sambung shopping kat Haizhou Shopping Complex. Runner table. Mcm2 pilihan aderr...


Carpet. Cantik2. Pak kal jer jauh, Kalo dekat dah hangkuttt... Hahahaa... Teringat, carpet yg beli tahun lepas pun belum guna lagik.


Sarung bantal... Kalo aku beli, mau lepas 10 tahun baru pakai. Al maklum laaa... anak2 masih kecik lagik.


Tempah alas meja, sarung kerusi, bedsheet n macam2 laaa... pilih ajerr ikut ukuran kita. Within half an hour leh siap.


Nie pulak kakak ipar sedang cari ipod n ipad tuk hubbie dia. Pilih... pilih, jangan tak pilih. Naik pening aku sampai tak tau nak pilih...


Monday, April 11, 2011

Day 2 : Kids City

Jalan2 di Kids City. Jom layan...

Pilih jangan tak pilih.

Geram tgk baju budak2...




Day 1 : Zhong Da

Lepas breakfast, kitaorg naik GZ Metro terus ke Zhong Da iaitu tempat utk memborong segala jenis kain. Rambang mata tgk kain2 tuu... Macam2 kaler, corak n meterial ada kat sini. Itu cantik, ini cantik... semuanyer lah cantik. Kalo boleh semuanya nak di borongnyerrrr. Hahahaaa....

Dok membelek2 kain2 tuuu...


Tak dapat beli, dapat posing pun jadi laaaa...


Kain2 viscose. Lembut kainnya, corak n kaler pun cantik2.


Persekitaran Zhong Da. Bersih n tersusun kedai2nya.


Menikmati donut GZ. Panas2 sedap makan. Bila sejuk, liat gilerrr... Lenguh gigi nak ngunyah... Hahahaa..


Jangan lupa cuba satay kambing. Cuaca sejuk, leh panaskn badan. Secucuk cuma 2 yuan jerrr...


Pelbagai jenis kekacang n dry fruit ada. Mahal ckit la. Sepeket 25 yuan jerrr...