Friday, November 19, 2010

Ketulusan Hati

Sungguh bermakna dan menyentuh perasaan. Lagu yang sangat memberi makna pada insan yang merasai dirinya too small di dunia ini hoping for the Ar Rahman and Ar Rohim dari Allah SWT. Sesungguhnya cinta padaNya adalah cinta yang kekal abadi buat selama2nya.

Anuar Zain - Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
SELALU

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
SELALU

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

oooo

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
SELALU


Friday, November 12, 2010

I am Bored..

Jumaat yang mulia nie sepatutnyer diisikn dgn perkara2 yang berfaedah. Entah kenapa hari nie hilang segala mood. Rasa bosan yang teramat sangat. Pagi tadi pun rasa cam malas ajer nak gie keja. Tapi tetap dikuatkan semangat nie. Nasib baik ader Alia. W'pun apa pun, tetap nak kena anto dia ke sekolah. Lepas anto dia, aku terus drive WPP 7676 ke tempat kerja.

Sampai ofis kul 8.10am. Nak buat aper yaaaa??? Blurrr kejappp... Aku onkan komputer. Pastu check yahoo email n company email. Check nyer kejap ajerrr. Kul 9am sampai kul 12pm aku dok surfing internet ajerr... Nie lah di namakan makan gaji buta. Syoknyer idup cam nieee... Heheheee.

Sebab bosan yang tahap gaban nie, aku pun apply half day leave. Apa lagik, soping laaaa... Babaiii, see korang next monday.


Thursday, November 11, 2010

Gunung Merapi

Sejak 26/10/2010 sehingga hari ini, Gunung Merapi masih menghamburkan debu panas ke udara. Kawasan sekitar seperti padang jarak padang tekukur. Betapa bertuahnya kita pada hari ini dengan kehidupan yang selesa di bumi Malaysia ini. Sentiasalah mensyukuri di atas nikmat n rahmat yang telah diberikan kepada kita selama ini.



Wednesday, November 10, 2010

Karangan Budak Darjah 4 ... year 2007

hahaha... lawak giler n kagum dengan idea futuristik bdk nie. Korang baca laaa...


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.


Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Monday, November 8, 2010

Moist Chocolate Cake by Zaiima


Jumaat cuti Deepavali. Adik aku datang suruh buatkan kek coklat yang lembab. Aku pun buatlah kek nie. Nie kali ke 3 aku buat. Memang lembut n lembab. Nak membuatnya pun senang n cepat. Memang sedaplah n korang cuba laaa...

Terima kasih pada cik Zaiima kerana sudi berkongsi resipi. Moga Yang Maha Esa meluaskan lagi pintu rezeki dan memberkati keikhlasan tuan punyer resipi nie untuk berkongsi dengan kita semua. Amin.

Kek Coklat Kukus
by Zaiima

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung, soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup penutup kukus dengan kain atau acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .

Kek disalut dengan whipping cream.

Pastu letak coklat cair. Tengok tuuu... coklatnyer tercair. Dah meleleh hingga ke meja.

Mak tolong touch-upkan kek nie.

Kak Uyeen memang suka sangat kek coklat. Bangun pagi pun kalo boleh nak sarapan kek coklat.

Nie anak saudara aku, Eapol. Dia pun suka kek coklat.

Orange Cake

Semalam aku buat kek nie. Dah lama dalam simpanan aku. Kebetulan hubie beli orange sunkiest, timbul semangat untuk membuatnyerr. Kek nie sangat lembut dan lembab. Sangat mudah membuatnyer n ngam2 1 jam masak.

Sebab malas nak parut kulit oren n ambil jusnyer, aku gunakan jus orange sunkist yg dalam botol tu. Heheheee... Sedap gak. Cuma keaslian rasa buah oren tu kurang laaa... Thanks pada cik Hana kerana sudi berkongsi resipi ini.

ORANGE CAKE
Resepi : Rima
Sumber: Hana


Bahan-bahan
250g butter - suhu bilik
250g gula pasir - hana buh 210g je (*akak letak 200 gm jek)
4 biji telur size M
1 1/2 sk parutan kulit oren (akak letak 1 1/2 sudu besar)
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren

Cara-cara:-
1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 8x8 dgn butter keliling dan alas loyang dgn baking paper.

2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.

3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.

4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.

5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.

* Tengok baby Hannah nie. Suka sgt makan adunan kek mentah. Setiap kali aku buat kek, benda alah nie lah yang di copnyer dulu. Nasib baik kakak2 dia tido sumernyer. Kalo tak, dah tentu sorang satu dapat. Adoiiii....
* Nielah keja anak2 aku. Dia dok suruh crocodile bergambo ngan orange cake. Sabo ajer laaa... Creative sungguh bdk2 nie.

Thursday, November 4, 2010

KIsah Nabi Sulaiman Dengan Seekor Semut


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Kelas Mengaji


Semlm lepas solat Isyak, aku menghadiri kelas mengaji Adeq Imam (gelaran tuk Imam Rusdi)... hehehe... nakalnyer aku nie. Sesuka hati jer aku nak panggil aperrr... Jgn marah ja adeq, nanti cepat tua.

Semlm dia ajar pasal Idgham. Setelah 3 tahun belajar mengaji Al-Quran, rasa2nyer baru semalam aku dapat bezakan dengan terang dan jelas pasal Idgham nie. Adoiiii... kesiannyer aku nie. Hahahaaa...

Untuk pengetahuan korang, kalo guru tu ajar dgn cara bercakap dan cara tulis kt white board, aku rasa tulis kt white board adalah cara yg paling mudah tuk otak aku terima. Sebab kita nampak ngan mata n terus masuk ke otak n simpan kat hati.... Heheheheee... Kalo guru tu asyik cakap ajerr... otak kita kena imagine, kena pikir n kalo paham baru leh simpan kat otak. Sian otak kena byk kerja. Hati pulak 50-50 nak terima ke tdk.

Heheheheeee... aper lah yang aku merepek nie. Tapi itulah ilmu yang aku dpt semlm.
1. Idgham Maalghunnah (masukkan serta dengung)
2. Idgham Bilaghunnah (masukkan tanpa dengung)

Moga Allah memberikan rahmat, petunjuk, diterangi hati dan kerberkatan apabila aku membaca Al-Quran. Moga dengan ilmu yang aku perolehi ini, dapatlah aku mengajar anak2 aku akan ilmu mengaji Al-Quran. Amin...


Tuesday, November 2, 2010

Gunung berapi pernah memusnahkan Tamadun Pompeii


Tragedi letusan Gunung Merapi mengingatkan kita tentang bala kemusnahan yang ditimpakan ke atas kaum-kaum yang melampaui batas. Saksikan video dokumentari kemusnahan Kota Pompeii akibat lgunung berapi yang hampir 2000 tahun tidak aktif tiba-tiba meletus, atas perintah ALLAH bagi memusnahkan kaum yang melampaui batas. Tidak mustahil bagi ALLAH untuk menjadikan Gunung Jerai meletus jika penduduk Kedah ingkar dan melampaui batas. Tidak pelik jika gunung-gunung di tanah tinggi Cameron dan Genting bertukar menjadi gunung berapi, meletup jika penghuninya yang sering melakukan maksiat. Renung-renungkan...

Al-qur'an mengisahkan kepada kita bahwa tidak ada perubahan dalam hukum Allah (sunnatullah):
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah; sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah mereka kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran), karena kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu” (QS. Al-Faathir, 35:42-43).

Begitulah, “…sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah…”. Siapapun yang menentang hukum Allah dan berusaha melawan-Nya akan terkena sunatullah yang sama. Pompeii, yang merupakan simbol dari degradasi akhlaq yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Gunung Vesuvius adalah simbol negara Italia, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab. Adzab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth as, sangatlah mirip dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii.

Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu dari letusan maha dasyat gunung tersebut yang terjadi dua milenia yang lalu membumihanguskan penduduk kota. Malapetaka itu terjadi dalam waktu yang sangat mendadak sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di kota termasuk segala aktifitas sehari-hari yang tengah berlangsung. Aktifitas yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal persis sama seperti ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah waktu tidak bergeser dari tempatnya.

Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinahan atau prostitusi. Saking banyaknya hingga jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui. Organ-organ kemaluan pria dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi; akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekejap. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu meloloskan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir bisa dipastikan bahwa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang sangat sekejap tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menyantap makanan terawetkan pada detik tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawetkan berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengagetkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan pria dan wanita yang masih ABG. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat yang terawetkan dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi keterkejutan, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam sekejab.

Dalam konteks ini, terdapat aspek dari bencana tersebut yang sangat sulit untuk dimengerti. Bagaimana bisa terjadi ribuan manusia tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun?

Aspek ini menunjukkan bahwa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa adzab yang dikisahkan dalam Alqur'an, sebab Alqur'an secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Misalnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surat Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut:

“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29)

Di surat Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:

“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.”

Kematian masal penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat persis sebagaimana adzab yang dikisahkan dalam kedua ayat di atas.

Kendatipun semua peringatan ini, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya pernah ada. Distrik-distrik Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeda dengan distrik-distrik bejat di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat di mana para kaum homoseksual dan nudis (orang-orang yang hidup telanjang tanpa busana) tinggal. Pulau Capri diiklankan sebagai “surga kaum homoseks” di industri wisata. Tidak hanya di pulau Capri dan di Italia, bahkan hampir di seantero dunia, kerusakan moral tengah terjadi dan sayangnya mereka tetap saja tidak mau mengambil pelajaran dari pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu.

Sumber: Harunyahya.com

Monday, November 1, 2010

Signature

Setelah berkurun lamanyer mengendalikan blog aku nie... barulah aku tahu cam mana nak gunakan signature. Secara rasminyer nie lah signature aku.... heheheheee...