Tuesday, May 5, 2009

Kek Lapis Dayang Salhah

Kek Lapis Sarawak merupakan makanan tradisi masyarakat melayu Sarawak semasa musim perayaan. Sememangnya tidak lengkap rasanya jika sesebuah rumah tidak terhidangnya Kek Lapis Sarawak semasa perayaan. Kek Lapis Sarawak juga mempunyai pelbagai rasa, bentuk dan jenis. Bukan sekadar kek lapis sahaja yang popular di bumi kenyalang tetapi Kek buah-buahan juga. Kek Lapis Sarawak dan juga kek buah-buahan juga menjadi penyeri dalam sebuah majlis pertunangan mahupun perkahwinan.
Korang leh gak refer kat website nie pasal Kek Lapis dayang Salhah http://keklapisdayangsalhah.com/about.html


Along ngan wife n anak bungsu, Tasya di hadapan Sungai Sarawak.



Menaiki boat menyeberangi Sg. Sarawak untuk ke Perusahaan Kek Lapis Dayang Salhah.



Nie la Perusahaan Kek Lapis Dayang Salhah. Tak lengkap kalo ke Kuching tapi tak singgah di sini.



Sampai ajer di sini, kami dijamukan dengan pelbagai jenis kek lapis. Nyum... nyummm... sedap nya...



Tengak la nie.... menggoda sungguh warnanya...



Antara kek2 lapis yang dijual. Kat sini jual RM10 setiap satu. Leh lah dibeli tuk dibawa pulang ke Semenanjung tuk dibagi pada keluraga dan saudara mara.





Bahagian belakang kedai adalah tempat membuat kek lapis nie.... Begitu laju n pantas ajer pekerja2 di kedai nie membuat kek lapis. Memang aku tabik la kt tempat nie.... bersih sangattttt...


Apabila telah siap dibakar, kek akan digelungsorkan ke bilik nie... Bilik nie gelap n ada sebuah kipas besar tuk sejukkan kek2 ini. Bila dah sejuk, kek akan dipotong n di raping untuk dijual.


2 comments:

Unknown said...

alamak...mcm sedap je kek2 ni...terliur dh ni beb..

Azizah Ali said...

ko leh mkn kek tu sampai termuntah la