Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Tazkirah Jumaat

Sedekah Yang Paling Besar Pahalanya Adalah Sedekah Pada Ahli Keluarga.


Hadis daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda :

"Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar lagi yang engkau belanjakan pada memerdekakan seorang hamba abdi, satu dinar lagi yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi engkau belanjakan kepada keluargamu, (maka) yang lebih besar pahalanya adalah yang engkau belanjakan kepada keluargamu." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Dalam huraiannya Imam Nawawi berkata, hadis itu menggalakkan memberi nafkah kepada keluarga sendiri dan menerangkan pahalanya.
 
"Orang (yang bersedekah kepada kerabatnya) itu mendapat 2 pahala : pahala hubungan silaturahim dengan kerabatnya dan pahala sedekah itu sendiri." (Hadis riwayatkan Bukhari dan Muslim serta al-Nasa'i dan at-Tirmizi)
 
Sumber : Info-Muslim.blogspot.com
 
Coretanku :
Di pagi Jumaat yg mulia ini, tanyalh diri kira sejauhmana kita belanjakn wang kita atau abiskn masa kita utk ahli keluarga kita. Jgnlh terlalu berkira pd nafkah isteri n anak2.
Ingat jugak ibabapa kita yang berada di kampung. Selalukah kita melawat mereka di sana, menyenangkan hati n hidup mereka. Ingat lah jasa2 dan pengorbanan mereka selama m'besarkn kita.
Sedekah pada ahli keluarga serta mak ayah kita adalah lebih afdal dari sedekah2 yg lain. Janganlah terlalu berkira pada mak ayah. Apalah sangat nilai sebuah RM jika dibandingkan dengan 70 tahun dihapuskan dosa. Renung2 kanlah...
 
 

Wednesday, December 28, 2011

Sebelum KakiMu Melangka Keluar...

Wahai sahabat.. sebelum kakimu MELANGKAH keluar rumah, berhenti sekejap.. pandanglah ke CERMIN melihat seluruh tubuhmu yang memikat.. andainya rambutmu TIDAK DITUTUP cantik berikat,tudungmu terlalu SINGKAT, bajumu JARANG dan ketat, seluarmu begitu sendat, betis dan lenganmu dapat DILIHAT… FIKIRKAN sejenak.. Bagaimana jika aku DILANGGAR nanti.. terdampar di tepi jalan yang tidak pernah sunyi.. DISA...KSIKAN mata-mata yang memerhati.. Malaikat Maut menjalankan tugas yang diberi, memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku MATI? belum sempatku BERTAUBAT pada Ilahi, pastinya dosaku tidak diampuni.. merana dan TERSIKSALAH diri ini, di dalam neraka yang kekal abadi.. kerana INGKARKU pada Allah Ya Rabbi.. mampukah aku menahan diri.. dipukul, disiksa tanpa henti, kerana salahku sendiri? KEJAMNYA aku ini kerana MENZALIMI diri sendiri. (Mujahidah Syafiqah)

Hari Akhirat nanti...

Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.

(Riwayat At-Tarmizi)

Thursday, October 28, 2010

Tafsir Surah Yasin



Fikiranku berkecamuk petang semlm. Drive keta pun rasa mcm tak drive. Tak tahu nak buat keputusan sama ada nak gie Kelas Ngaji or Kelas Tafsir Al-Quran. Dua2nya lepas solat Isyak. Adoiiii... bengong kejap sebb kedua2 kelas nie memang aku suka. Kalo tak pergi rasa rugi yang amat sangat. Macam org bercinta, kalo tak jumpa kekasihnya, hati jadi tak tentu arah. Begitu jugak dgn aku. Kasihku terhadap masjid dan surau begitu mendalam. Sehari tak datang, rasa rindu nie sukar digambarkan. Kalo tak pergipun (waktu period), dpt pandang pun dah cukup membahagiakan aku.

Alhamdulillah, dlm p'jlnan balik ke rumah, Allah gerakkan hati aku tuk call guru mengajiku. So aku call. Tanya sama ada lepas Isyak dia ada ke tdk. Alhamdulillah kelas di buat lepas solat Maghrib kerana guruku ada hal lepas Isyak. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana telah m'p'mudahkan urusanku pada hari semalam. Terima kasih Ya Allah.

Buat pertama kalinya Surau Jauharul Muttaqin mengadakan kelas tafsir Al-Quran malam tadi selepas solat Isyak. Kelas ini diajar oleh Ustaz Alim Shah.

Kelas bermula dengan memberi penerangan tentang Surah Yasin. Di mana ramai di kalangan kita membaca Surah Yasin tapi tak tau apa itu YASIN. Termasuklah diri aku sendiri. Hahahaaaa...

Bak kata ustaz... kematian baca Yasin, birthday baca Yasin, lulus peksa baca Yasin, nak peksa baca Yasin, gembira baca yasin... eeehhhh... sumernyer lah Yasin. Tapi tak tau apa itu Yasin. Amik ko, terkena atas batang idung sendiri. Semua jemaah ketawa. Hahahahaaa....

Semalam ustaz terangkan dari ayat 1 hingga ayat 9. Antara penerangan adalah seperti berikut;

1. Wahai Insan or Wahai Muhammad (Nabi SAW)... Merupakn salah satu nama Nabi SAW yang terdapat di dalam Al-Quran.

2. Demi Al-Quran yang penuh hikmat. Janji Allah Taala tentang kebenaran Al-Quran. Boleh digunakan pada masa kini n akan datang. Beri petunjuk pada kita semua.

3 & 4. Sesungguhnya engkau (Nabi SAW) salah seorg drpd para Rasul di atas jalan yg lurus. Di mana Nabi SAW, penceramah2, pembawa2 kebaikan ini adalah membawa ajaran yang benar.

5. Yang diturunkan oleh Yang Maha Penyayang. Iaitu Allah SWT menurunkan kepada kita semua untuk memberi panduan hidup.

6. Agar kamu m'beri p'ingatn kpd kaum yg bapa2 blm pernah diberi p'ingatan, kerana itu mereka lalai. Dimana mereka2 yg terdahulu tidak tau akan hukum2 ini. Memang betul. Sebg contoh, kalo kita lihat org2 dulu, mereka tidak menutup aurat. Tapi sekrg dah tutup sebb dh tau hukum. Tapi sekrg, masih lg ramai yang kat luar tu tahu hukum tapi tak laksanakan.

7. Ketentuan yang Allah berikan kepada mereka yang tidak beriman. Di mana mereka tahu hukum tapi masih mengabaikan.

8 & 9. Terdapat 2 hukuman bagi mereka2 yang tidak beriman. 1) Leher mrk dibelenggu/ diikat dgn rantai api neraka, tangan mereka diangkat ke dagu dan m'jadikan mereka terdongak dan ditolak ke dalam api neraka. Bayangkan kalo kita dibuat seperti ini. Memang tak akan nmpak aper yg berlaku dihadapan kita. Kalo kita diberikan kunci rumah dan disuruh blk rumah. Dah tentu jalan pun tak tentu arah. 2) Allah menutup pintu hati mereka sehingga mereka tidak mendapat hidayah.

Ya Allah, Jauhkanlah aku serta ahli keluarga aku drpd perkara2 yang dilarang olehMu. Sesungguhnya kami semua tidak sanggup untuk menghadapi seksaan nerakaMu. Amin.. Amin.. Ya rabbalalamin.

Thursday, October 7, 2010

Kematian...

Kuliah Ustaz Rifqi Mydin, di Surau Jauharul Muttaqim semalam 06/10/2010 selepas solat Isyak mengenai kematian. Beliau menekankan 3 perkara yang dilakukan sebagai persediaan sebelum mati iaitu;
1. Sentiasa berdoa - Selamatkan diri drpd seksaan kubur, apa neraka dan fitnah dajjal.
2. Selalu mengaji dan amalkan membaca surah Al-Mulk (dihindarkn drpd seksaan kubur) dan surah Al-Kahfi (terlepas drpd seksaan kubur).
3. Selawat ke atas Nabi SAW - Pemberi syafaat di alam akhirat nanti. Digalakkn 100x setiap hari Jumaat. InsyaAllah..

Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan lah aku di antara org2 yg sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmatMu, tidak lupa solat fardu 5 waktu, berpuasa di bln Ramadhan, sentiasa membaca Al-Quran, berzikir mengingatiMu dan tidak lalai pada keindahan dunia. Sesungguhnya aku tidak sanggup utk menghadapi seksaan kubur dan api nerakaMu. Amin Ya Rabbalalaminnn...

Wednesday, June 30, 2010

Taubat

Semalam 29/06/2010, kuliah di SJM, Mutiara Rini, selepas Isyak oleh Ustaz Rifqi. Kuliahnya bertajuk taubat.

Antara ilmu yang dapat aku kongsikn bersama ialah:
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.).

Tuesday, June 29, 2010

Isro' Mikraj Antara Iman & Kufur

Majlis Memperingati Isro' Wal Mikraj Nabi SAW

Pencerahan jemputan Al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin Al Ghori pada 27/06/2010 di Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini.

Selepas Solat Magrib beliau telah mengijazahkan bacaan Hizib Nawawi kepada para jemaah dan selepas Solat Isyak, kuliah b'sama beliau. Beliau byk menekankan mengenai aqidah Ahlusunnah Waljamaah dgn isu2 semasa.

Kita amat bersyukur menjadi Umat Islam kerana sentiasa diberikan bonus oleh Allah SWT. Ada bonus yang bersifat berterusan seperti kontrak nyawa, subsidi hidup dan bantuan ihsan. Ada pula yang boleh didapati secara berkala sempena kedatangan bulan, minggu, hari dan malam tertentu. Antara bonus terbesar ialah perutusan Nabi SAW (MawlidurRasul), Nuzul al-Qur’an, Bulan Ramadhan dan Idul Fitri. Bonus-bonus khusus untuk orang -orang yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT : “Mereka itulah sebaik-baik makhluk atas muka bumi ini. Bagi mereka ganjaran syurga yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah SWT. Hal yang demikian berlaku kerana mereka takutkan Allah SWT. “al-Bayyinah, ayat 7-8

Amalkan "Hizib Nawawi" yg telah Ustaz Zamihan ijazahkan bagi menghalang segala keburukan dan kejahatan yg akan datang pd diri kita semua terutamanya keburukan dan kejahatan yg kita nampak membahayakan dan hangat diperkatakan sekarang ini.

Sebagai seorg yg b'agama Islam, kita hendaklah menjaga aqidah kita drpd t'pesong. Lebih2 lagi sekrang ini sedang hangat diperkatakan tentang Jemaah Islmaiah dan Wahabi. Moga Allah SWT sentiasa memelihara diri serta akidah kita, keimanan n ketakwaan kita terhadapNYA. Aminnn...

Sesungguhnya fakta sejarah telah menjelaskan tentang kerakusan dan kezaliman yg ditunjukkan oleh firkah 'WAHABI' ini yang sanggup membunuh ulamak2 silam yg tidak sealiran dgn mereka, apabila mereka dapat berkuasa memerintah dan menubuhkan kerajaan mereka.....berhati2lah dgn mereka....cegah sebelum parah....takbiiiir!!!!!...Allaahuakbar!!!!....

Tahniah dan terima kasih juga kpd Ustaz Zamihan di atas terbitan buku baru beliau yg bertajuk "Sifat Solat Nabi Yang Sahih". Moga buku ini menjadi petunjuk dan panduan kpd kita semua tentang solat.


Kepada Ustaz Zamihan, semoga Allah s.w. lindungi beliau dlm memperjuangkan agama Islam. Amin Yarabbalalaminnn...

Thursday, June 24, 2010

Keutamaan Tempat Solat Berjemaah.



Tazkirah oleh Ustaz Rusdi Saad di Masjid Al-Jawahir selepas solat Magrib pada 23/06/2010. Tajuknya keutamaan solat di tempat yg byk jemaah berbanding di tempat yg sikit jemaah. Berikut antara ilmu yg diperolehi drpd tazkirah tersebut untuk dikongsi b'sama.

Afdol di tempat yang banyak jemaah KECUALI di tempat yang..
1-Imamnya ahli bid'ah-yakni melakukan parkara yg tiada nas syarie (xde dalil quran,hadis dan sepakat ulamak)
2-Imam berfahaman syiah atau aliran2 yg salah iktiqad - haram ikut.
3-Imam fasiq,termasuk yang jenis munafiq..
4-Masjid yang banyak jemaah tapi bangunan masjid di buat dengan hasil yg haram... makruh solat di situ..
5-Imam masjid jahil tentang rukun,wajib,sunat n prkara berkaitan solat jemaah... terutama bacaan lintang pukang...
6-Seorang yang datang ke tempat yg ciket jemaah maka dengan sebab hadirnya org ramai tertarik utk jemaah di situ, maka afdol ke tempat tu walaupun asalnya jemaah ciket.
7-Masjid yang di dendangkan bacaan ayat quran lebih banyak berbanding masjid yg hanya baca ayat2 pendek dalam solat jahar...

Yang baik datangnya dari Allah SWT n segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri.
Wallahu a'lam...

Monday, March 8, 2010

Sunnah Nabi SAW

Semalam aku menghadiri Kuliah Subuh di Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini. Penceramahnya adalah Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan. Kuliah bermula jam 6.30 pagi hingga 7.40 pagi. Ini adalah di antara beberapa sunnah Nabi SAW yg aku nak kongsi bersama kawan2 atau pengunjung blog ini. Moga kita sama2 mendapat syafaatnya... Insyaallah.

1. Membasuh tangan
Menurut Dr Jamnul, tapak tangan kita nie bila di scan, terdapat satu lubang halus. Fungsi lubang halus ini adalah mengeluarkan sejenis enzim. Enzim nie sgt baik tuk melindungi tangan kita drpd kotoran. Sebb tu zaman Nabi SAW... maner ada pencuci2 tangan nieee... Penyakit pun takde. Nabi SAW hanya mencuci tangan dengan air ajerrr... Tak mcm zaman kita, siap gunakan sabun pencuci tangan pun masih mudah dapat sakit. Sebb aperrr????

Tapak tangan kanan kalo diperhatikan, terdapat no 18 dlm tulisan arab dan tapak tangan kiri no 81 dlm tulisan arab. Seblm nie pun aku memg tk perasan punnnn.... kalo nampak pun buat tak tahu ajerrr... hahahaaa... nie lah org zaman sekrg. 18 dan 81 tu bermaksud, mengeluarkan sebyk 18% dan 81% enzim yg baik tuk melindungi tangan. Sebb aper tangan kiri lebih byk b'banding tangan kanan??? Sebbnya, tangan kiri byk digunakan tuk membersihkan benda2 kotor. Sebb tu enzim tu lebih pd tapak tangan kiri.

Hendaklah membasuh tangan dengan cara menggosokkan tapak tangan kanan n kiri bersama2... supaya enzim 18% n 81% leh bersatu untuk membersihkan tangan kita. Bukan nya basuh tangan main hentam keromo ajerrr... memg lah tak bersih.

Nie lah antara sunnah Nabi SAW yg sangat baik diamalkan dlm kehidupan seharian kita. Contohnya sebelum makan atau selepas kita buat kerja2 di rumah.

2. Khasiat garam
Ia adalah penawar segala racun dalam badan. Kalo korang perasan... kat hospital2, semuanya menggunakan air garam tuk di masukkan ke dlm badan pesakit. Itulah khasiat garam untuk melawan racun yg ada di dalam badan manusia.

Setiap pagi, Nabi SAW akan meletakkan garam di atas piring. Kemudian Nasi SAW akan mencecahkan hujung jari kelingking ke atas permukaan garam. Lalu di masukkan ke dalam mulut. Korang jgn pulak dok tenyeh2 kn jari kt piring berisi garam tuuu... kalo dah banyak sgt pun tak baik gakkk... leh kena darah tinggi.

Zaman Nabi SAW maner ada darah2 tinggi nie.... Maner taknyerrrr... lauk asam pedasnyerr... lauk lemak cili padinyerr... lauk kangkung belacannyerr... lauk ikan gorengnyerr... lauk paprik sotongnyerr... semuanyerrr bergaram. Mudah lah penyakit tu datang. Pas nieee... korang kena kurangkn garam dlm masakan.... Ingat tuuu... sunnah Nasi SAW ambil sedikit garam di waktu pagi.

Garam nie membekalkan mineral tuk tubuh badan. Orang sekarang nie, siap beli air mineral kt luar tuuu... Pas nie tak payah beli air mineral. Leh jimat sehari RM3 n sebulan RM90. Simpan2 duit tuuu... leh gie haji. Jgn pulak simpan dok beli rokok. Payah tuuu....


* Nabi SAW bukan lah saintis. Tapi ini adalah anugerah Allah Taala kepadanya. Maka inilah kebenaran yang di bawa oleh Nabi kita. Tidah rugi kita mengamalkan sunnah Nabi SAW bahkan bakal mendapat syafaatnya di akhirat nanti. Insyaallahhhh....

Monday, January 11, 2010

Gerhana Matahari

Tadi mlm aku dengar ceramah pasal gerhana matahari oleh Ust. Hanafiah di Masjid Jawahir, Mutiara Rini selepas solat Magrib. Kat sini aku nak berkongsi maklumat yg aku dpt drpd ceramah tersebut. Moga sama2 kita mendapat ilmu dan keberkatan drpdNya. Amin...

Gerhana Matahari tahun 1999 di Perancis .

1. Akan berlaku pada 29 Muharram 1431H bersamaan 15/01/2010 (petang hari Jumaat)
2. Detik2 gerhana matahari
2.1 Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 10% - jam 3.35 petang
2.2 Bulan mula menutupi matahari dgn kadar 30% - jam 4.20 petang
3. Solat Sunat Gerhana Matahari - 4.00 petang

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud... "Matahari dan bulan itu menjadi bukti kedua2nya drpd tanda2 kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba2nya dgn perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tdk berlaku gerhana kedua2nya disebbkan mati seseorg dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari dan bulan), maka sembahyglah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kpd Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula pada penglihatan kamu". (Riwayat Imam Muslim)

Amaran dari Allah SWT - "Gerhana matahari merupakan amaran Allah SWT kdp seluruh manusia agar patuh dan setia di atas segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya".

Amalan - Di antara amalan yg dituntut melaksakannya ketika berlaku gerhana matahari dan bulan adalah solat sunat gerhana matahari / bulan, mendengar 2 khutbah, bertaubat drpd segala dosa besar dan kecil, bersedekah, berdoa dan beristigfar.
Berdoa : Semoga selepas berlakunya gerhana bulan aliran angin dan air yg lebih baik, perubahan cuaca yg lebih baik dan peralihan musim yg lebih baik.

Rasulallah SWA bersabda yg bermaksud... "Jikalau Allah Taala menahan pergerakan angin selama 3 hari nescaya berbau busuklah di antara langit dan bumi.

Kifiat ringkas Solat Sunat Gerhana (matahari dan bulan)
------------------------------------------------------------------------
2 rakaat dgn 4 kali rukuk
Rakaat pertama : Niat solat sunat gerhana matahari atau bulan dan diikuti dgn membaca Surah Al-Fatihah dan surah kemudian rukuk, kemudian bangun semula, berdiri membaca Surah Al-Fatihah dan surah, kemudian rukuk, kemudian iktidal, kemudian sujud, duduk antara dua sujud, sujud, maka sempurnalah rakaat pertama. Kemudian teruskan dgn rakaat kedua seperti mana rakaat pertama.