Thursday, October 7, 2010

Kematian...

Kuliah Ustaz Rifqi Mydin, di Surau Jauharul Muttaqim semalam 06/10/2010 selepas solat Isyak mengenai kematian. Beliau menekankan 3 perkara yang dilakukan sebagai persediaan sebelum mati iaitu;
1. Sentiasa berdoa - Selamatkan diri drpd seksaan kubur, apa neraka dan fitnah dajjal.
2. Selalu mengaji dan amalkan membaca surah Al-Mulk (dihindarkn drpd seksaan kubur) dan surah Al-Kahfi (terlepas drpd seksaan kubur).
3. Selawat ke atas Nabi SAW - Pemberi syafaat di alam akhirat nanti. Digalakkn 100x setiap hari Jumaat. InsyaAllah..

Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan lah aku di antara org2 yg sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmatMu, tidak lupa solat fardu 5 waktu, berpuasa di bln Ramadhan, sentiasa membaca Al-Quran, berzikir mengingatiMu dan tidak lalai pada keindahan dunia. Sesungguhnya aku tidak sanggup utk menghadapi seksaan kubur dan api nerakaMu. Amin Ya Rabbalalaminnn...

No comments: