Thursday, October 28, 2010

Tafsir Surah Yasin



Fikiranku berkecamuk petang semlm. Drive keta pun rasa mcm tak drive. Tak tahu nak buat keputusan sama ada nak gie Kelas Ngaji or Kelas Tafsir Al-Quran. Dua2nya lepas solat Isyak. Adoiiii... bengong kejap sebb kedua2 kelas nie memang aku suka. Kalo tak pergi rasa rugi yang amat sangat. Macam org bercinta, kalo tak jumpa kekasihnya, hati jadi tak tentu arah. Begitu jugak dgn aku. Kasihku terhadap masjid dan surau begitu mendalam. Sehari tak datang, rasa rindu nie sukar digambarkan. Kalo tak pergipun (waktu period), dpt pandang pun dah cukup membahagiakan aku.

Alhamdulillah, dlm p'jlnan balik ke rumah, Allah gerakkan hati aku tuk call guru mengajiku. So aku call. Tanya sama ada lepas Isyak dia ada ke tdk. Alhamdulillah kelas di buat lepas solat Maghrib kerana guruku ada hal lepas Isyak. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana telah m'p'mudahkan urusanku pada hari semalam. Terima kasih Ya Allah.

Buat pertama kalinya Surau Jauharul Muttaqin mengadakan kelas tafsir Al-Quran malam tadi selepas solat Isyak. Kelas ini diajar oleh Ustaz Alim Shah.

Kelas bermula dengan memberi penerangan tentang Surah Yasin. Di mana ramai di kalangan kita membaca Surah Yasin tapi tak tau apa itu YASIN. Termasuklah diri aku sendiri. Hahahaaaa...

Bak kata ustaz... kematian baca Yasin, birthday baca Yasin, lulus peksa baca Yasin, nak peksa baca Yasin, gembira baca yasin... eeehhhh... sumernyer lah Yasin. Tapi tak tau apa itu Yasin. Amik ko, terkena atas batang idung sendiri. Semua jemaah ketawa. Hahahahaaa....

Semalam ustaz terangkan dari ayat 1 hingga ayat 9. Antara penerangan adalah seperti berikut;

1. Wahai Insan or Wahai Muhammad (Nabi SAW)... Merupakn salah satu nama Nabi SAW yang terdapat di dalam Al-Quran.

2. Demi Al-Quran yang penuh hikmat. Janji Allah Taala tentang kebenaran Al-Quran. Boleh digunakan pada masa kini n akan datang. Beri petunjuk pada kita semua.

3 & 4. Sesungguhnya engkau (Nabi SAW) salah seorg drpd para Rasul di atas jalan yg lurus. Di mana Nabi SAW, penceramah2, pembawa2 kebaikan ini adalah membawa ajaran yang benar.

5. Yang diturunkan oleh Yang Maha Penyayang. Iaitu Allah SWT menurunkan kepada kita semua untuk memberi panduan hidup.

6. Agar kamu m'beri p'ingatn kpd kaum yg bapa2 blm pernah diberi p'ingatan, kerana itu mereka lalai. Dimana mereka2 yg terdahulu tidak tau akan hukum2 ini. Memang betul. Sebg contoh, kalo kita lihat org2 dulu, mereka tidak menutup aurat. Tapi sekrg dah tutup sebb dh tau hukum. Tapi sekrg, masih lg ramai yang kat luar tu tahu hukum tapi tak laksanakan.

7. Ketentuan yang Allah berikan kepada mereka yang tidak beriman. Di mana mereka tahu hukum tapi masih mengabaikan.

8 & 9. Terdapat 2 hukuman bagi mereka2 yang tidak beriman. 1) Leher mrk dibelenggu/ diikat dgn rantai api neraka, tangan mereka diangkat ke dagu dan m'jadikan mereka terdongak dan ditolak ke dalam api neraka. Bayangkan kalo kita dibuat seperti ini. Memang tak akan nmpak aper yg berlaku dihadapan kita. Kalo kita diberikan kunci rumah dan disuruh blk rumah. Dah tentu jalan pun tak tentu arah. 2) Allah menutup pintu hati mereka sehingga mereka tidak mendapat hidayah.

Ya Allah, Jauhkanlah aku serta ahli keluarga aku drpd perkara2 yang dilarang olehMu. Sesungguhnya kami semua tidak sanggup untuk menghadapi seksaan nerakaMu. Amin.. Amin.. Ya rabbalalamin.

No comments: