Friday, December 26, 2008

Coloring Contest




Semalam gie jenjalan kat Plaza Angsana... Bawak parents, adik2 aku n alia ajerrrr...


Belilah kt Dunkin Donut then dpt sertai Coloring Contest. Tak tau lah menang ke tdkkk... tungguuu..






Brownies Coklat

Minggu lepas ... aku wat brownies coklat. Tengak bahan2 masih ader lagi so aku godak lahhh....


Nie lah hasil nyerrr...


Anak sulung aku, Alia yg tolong...

MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES – oleh 1mas2ra

200g butter - potong kecik
340g chocolate - potong kecik
6 eggs
300g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad…









Tuesday, December 9, 2008

Desaru Beach, Kota Tinggi.











06/12/2008... lepas gie majlis kahwin anak En. Rosli di Taman Perling, JB, aku bawak anak2 aku gie pantai Desaru... Ombak kuat so aku tak benarkan dia org mandi. So, jalan2 kt pantai ajerrrr... Pastu gie ke Sg. Rengit melawat bapa saudara husbandku.




Wednesday, November 26, 2008

Apt Corus Paradise, Port Dickson
















Bercuti di PD pada 21 - 23 November 2009. Gambar kat dalam Apt Corus Paradise. Gambo tak clear coz take foto using notebook.

Monday, November 24, 2008

Corus Paradise Resorts, Port Dickson, N9




Nie gambar2 kat swimming pool ajer. Gambar lain takde coz aku lupa nak recharge bateri camera.

Last Weekend bawak bdk2 gie bercuti ke PD. Dok kat aptmt abg ipar aku. Lama dah aku tak gie PD. Tak byk pun yg berubah. Same like 3 years ago. Stayed 3 hari 2 mlm.
Tak byk aktiviti blh buat kt sini kecuali mandi manda n barbeque dinner. 2 hari pagi n petang gie mandi manda kt laut n swimming pool. Second nite buat barbeque udang, sotong n ikan. Puas tido, makan, mandi n jalan2 kat PD. Bdk2 rasa seronok sesgt. Aku n hubby dptlah gak merehatkan diri......















Tuesday, November 18, 2008

Carrot Cake

Last saturday.... aku buat carrot cake. Ini kali ke-2 aku buat. Anak2 aku memang sukakan kek esp. coklat kek. Kalo hari2 mintak belikan kek, memang aku tak larat lah.... So, demi anak2 aku yg tercinta, buat lahhh... Kul 5.15pm kek dah masak. Aku pun berkemas2 utk balik kg aku kt Pontian, Johor. Parents aku tak sihat. Risau gak aku nie.... so balik lah tgk org tua.

Inilah hasil nyer...


CARROT CAKE SURIA
4 biji telor (asingkan putih & kuning)
1 ½ cawan minyak
150g gula halus } kalo manis, leh kurangkn
150g gula perang }
1 ½ cawan carrot yang diparut
Diayak
250g tepong naik sendiri
1 sudu teh rempah cake / serbuk kayu manis
1 ½ sudu the baking soda
1 sudu teh garam
100g walnut cincang
Pukul kuning telor, campur minyak, gula, carrot dan kacau sebati dan masukkan walnut dan akhir sekali masukkan bahan-bahan kering yang lain. Di mangkuk lain, pukul putih telor sampai kaku dan campurkan ke dalam adunan tadi.

Cream Cheese Frosting:
60 gm butter
125 gm cream cheese
60 gm icing sugar
Bahan-bahan diatas dipukul bersama sehingga sebati, boleh sejukkan dalam peti sejuk dan bila sedia untuk menghias kek boleh sapukan frosting atas kek yang telah siap dibakar.


Wednesday, October 29, 2008

Puteri-Puteriku

Baby Hannah, umo 2 bulan


Nie lah gambar buah hatiku. gambar nie diambil pada 1/10/2008 (1st hari raya)


1. Nur Camelia - 5 thn 2 bln
2. Nureen Qistina - 3 thn 5 blh
3. Nureen Nafisah - 1 thn 8 bln
4. Nur Hannah Khadijah - 2 bln

Tuesday, October 28, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Seminggu sebelum raya, aku dah ader kat Felda Kemelah, Segamat. Dok sana 28/09/08 hingga 03/10/08. Felda Kemelah adalah kampung hubby aku. Balik awal coz nak kemas rumah. Maklumlah ... org tua dah takde, so adik beradiklah kena kemas rumah. Nasib baik aku tak pose. So, kejap2 minum air coz cuaca teramatlah panas.