Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu... 10/05/2009

Last Friday, Alia call aku. Masa tu aku masih di office lagi. Dia kata dia ada hadiah untuk aku. Aku kata, "Hadiah apa???". Alia bg tau, suruh balik rumah dulu then baru bg tau hadiah apa. Kebetulan, hari Jumaat aku balik rumah lambat. Mak n Man dtg JB dan ajak aku makan kat luar. So, kita orang makan la kt Singgah Selalu Restoran. Adik aku Minah dan suaminya, Nazri pun ada sekali. Borak2 sambil makan, jam dh kul 8.30 malam.

On the way balik rumah, Alia cal lagi. Marah2 sebab aku tk balik lagi. Aku pujuk dia... kata nanti aku bawak dia makan roti canai. Dia pun suka. Siap suruh aku balik, mandi then solat n pastu gie makan roti canai. Arghhhhh.... lega aku bila Alia tak marah2 lagi. Sampai ajer kat rumah, aku tgk Alia dah tido depan tv. Sedih aku sebab dia tunggu aku sampai tertidur. Aku pun angkat dia bawa masuk bilik. Dia terus tidur sampai ke pagi.

Sabtu pagi... Sebelum dia bangun pagi, aku cepat2 keluar dan belikan dia roti canai. Sampai rumah, dia dah bangun n suka la sebab aku belikan dia roti canai. Dengan tak mandi lagi, dia terus bawa bungkusan tu ke dapur dan makan ngan adik2 dia. Aku pun rehat la sambil tengok2 tv.

Ahad petang.... sambil tengok bdk2 tu buat homework, aku tanya... "Mana hadiah mama???". Dia pun tunjukkan la hadiah tu sambil tersengih2. Aku pun tengok laaaa.... Terharu rasanya dan Alia pun wish "Happy Mother's Day". Adik dia Nureen, diam ajerr dan tunjukkan juga la hadiah dia untuk aku.

Nie la hadiahnya... masing2 berebut nak bagi aku tengok. Yang nie daripada Alia, 6 tahun.


Nie daripada Nureen, 4 tahun. Tengok tu... comot sekali dia color. Pastu aku tanya dia... naper hair mama color pink. Dia hanya sengih ajerrr....




No comments: