Wednesday, December 16, 2009

Hari Pertama 09/12/2009

Cuti sekolah akhir tahun 2009, aku sekeluarga bercuti ke Penang. Lama gak lah aku merancangnya dan akhirnya menjadi kenyataan. Memang dah lama teringin nak ke sana... cuma lom ader masa yang sesuai ajerrr... Last aku ke sana year 1999. Masa tu gie ngan kengkawan ex-UTM dan kami bermalam di umah Aslinda. Itu lah kali terakhir aku ke sana.

Bertolak dari Skudai kul 9.15am. Anak2 begitu bersemangat tuk bercuti. Disebbkan bdk2 tu bangun awal pagi, so bila masuk ajer highway masing2 dh mula terlentok2. Berhenti rehat di Restoran Jejantas Air Keroh. Kami makan di A&W ajerrr... biasalah budak2... memang suka makan burger n ayam goreng. Nielah gelagat bdk2 bila dah kenyang.

Lepas makan tadi, semakin ceria dan bertenaga... Tgk tu, senyum sampai ke ketelinga.... heheheheee...





Nana berposing ngan ayah... tgk tuuu... saper yang beso???

Pastu sambung perjalanan ke Utara melalui KL.

Monday, December 14, 2009

Istighfar...

Aku tertarik ngan artikal nie dan nak berkongsi ngan kawan2 n pembaca semua. Semoga kita mendapat keampunan dan taubat sebelum dijemput olehNya...

Istighfar (meminta ampun) dan taubat

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Monday, December 7, 2009

Rahsia Tarikh Lahir

Nak berkongsi ngan kawan2 sumer tentang tarikh lahir aku. Dilahirkan pada bulan Oktober. Juga dikenali sebagai bintang "LIBRA". Lebih kurang 75% yang aku listkn dibawah ini adalah bersamaan dgn diri aku. Dan secara kebetulan... pendamping ideal LIBRA adalah TAURUS (suami aku...).

LIBRA : YANG BIJAK

Ciri2
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .

LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN

Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu – ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda yang dapat anda percayai.

Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda… Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang yang sesuai anda yakini.

Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjagaperbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.

Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS ( 21 April – 20Mei ) dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) didapati kurang sesuai .

Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.

Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang – nimbang dan sentiasa ragu – ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah – ubah itu sememang sukar di ‘pegang’ memungkinkan anda cepat berasa kecewa.

LIBRA : PERHUBUNGAN SEKS

Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta lantaransikap Libra suka berkawan banyak. Tetapi, berhati – hati ! Pada sesiapa yang mahu memulakan perhubungan yang serius dengan Libra , anda akan mudah kecewa kerana Libra sememangnya rakus dan gemar mempunyai lebih dari satu pasangan. Betulkah begitu ?

Tetapi , yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan pasangan di sampingnya. Kebanyakan Libra yang suka ber’main’ cinta ini , sebenarnya berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu . Namun , mereka terlalu mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak – zodiak yang lain. Akibatnya, orang berlambang zodiak Libra ini akan mudah ter’luka’.

LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN

Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.

Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.

Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.
Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang senang datang dan senang pula pergi”.

LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?

Tuesday, December 1, 2009

Signage, Bread Box n Spoon Box

Bread Box
Signage "Mums & Dad's Room"
Spoon Box

Sikit2 lama2 jadi bukit. Aku dh mula kemaruk ngan english decoration nie... Sabo ajer laaa... Aku order secara online drpd Jija Lovely Cottage. Mungkin esok or lusa sampai laaa.... Tak sabo nk tgk.

Cium Anak Dapat Pahala

ANAK... Alhamdulillah dan aku amat2 bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan aku anak2 yang comel, sihat dan sempurna sifatnya. Ini adalah anugerah yang tidak terhingga nilainya. Tanpa anak2, aku tidak dpt bayangkan kehidupan aku sekarang ini. Anak2 lah penghibur aku di kala susah dan senang. Jika salah seorg tiada, hatiku mesti jadi tak tenang.

CIUM... kasih sayang dari ibu/bapa pada anak2.. ciuman itu boleh meransang otak anak untuk berkembang dgn lebih baik. Apa yg aku amalkan adalah... setiap kali pergi n balik kerja, aku mewajibkan anak2 aku salam n cium aku seblm keluar rumah. Mungkin naluri seorg ibu, memg sentiasakn ingatkan anak2. Kalau balik kerja tuuuu... nk singgah pasar pun malas. Kalau boleh nk tengok anak dulu. Alhamdulillah, Allah Taala masih memberikan naluri/perasaan tu di dlm diri aku ini.




Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

Tuesday, November 24, 2009

Wall Plugue

Sekarang nie tgh kemaruk english decoration. Gie soping mesti cari kedai2 yg ader jual brg2 perhiasan ala2 english. Sekrg nie byk org jual brg2 nie secara online. Pilih n bayar n esok ajer dh dpt barang. Mudah dan tdk membuang masa n tak penat.

Sajer nak tambah hobi selain drpd mengumpul FM. Selain tu jugak, dpt gak la menghias rumah aku tuuu... Rumahku, Syurgaku. Kena lah hias seperti syurga. Insyaallah.... Tapi minat pada FM tetap number one laaaa....

Tadi baru terima wall plugue. Beli drpd Linashah Enterprise secara online. Tak sabo nak gantungkan kt rumah.


Friday, November 6, 2009

2nd Day - Parapat n Brastagi

Lepas breakfast, jam 8am kami bergerak ke air terjun Si Piso-Piso dan ke Brastagi. Waktu brekfast, hanya family aku n ada lagik satu family ajerrr... tak ramai yg menginap di hotel aku. Di hotel2 yg lain pun cam lengan ajerrr... Mungkin disebbkan trajedi di Padang, tak ramai tourist yg dtg ke Lake Toba nieee...

Disebbkan perjalanan yg jauh akan kami tempuhi, aku bg tau mak n adik ipar supaya mkn byk2... nanti lapar. Habis licin nasi goreng bersama air teh. Bergerak ke air terjun si piso2, perjalanan yg amat mengerikan. Mana tak nyerrr... lalu di lereng2 bukit dan ditepi2 gaung... Seram sejuh dibuatnyerrr... Alhamdulillah, kami semua selamat.

Sambung perjalanan ke Brastagi... shopping sambil menikmati permandangan dan udara yang segar. Dah penat bershopping, kami ke kolam air blerang (air panas). Kalo bawak baju mandi, dh tentu kami berendam di sini. Disebbkan tak rancang nak ke sini dan jugak masa yang terhad, kami hanya merendamkan kaki ajerrr... Tu lah first time aku ke kolam air panas. Katanya... air panas nie langsung dari gunung berapi di atas gunung sana.... Memang panas n lega rasanya kakiku ini...

Jam 7pm lebih kami sampai di Medan. Check-in, rehat jap, dinner di hotel dan terus sambung shopping di Sun Plaza. Leh tahan gak brg2 di sini dan ader Sogo pulak tuuu... jam 11pm balik hotel. Tido tak ingat dunia sebb penat gilerrrr....

Nie lah antara gambar2 hari ke 2 kami di sana.... layannnn.












Thursday, November 5, 2009

Marble Cheese Cake

Resipi nie dah 3 kali aku buat. Memang sedap n moist ajerrr... Aku amik dari blog Home Sweet Home. Kawan2 cuba laaa...



Bahan-bahan

Bahan A
•185 gm butter
•1/4 cwn serbuk koko
•1/2 cwn gula halus
•1 cwn tepung naik sendiri
•2 biji telur

Bahan B
•250gm cream cheese
•1/2 cwn gula halus
•1/4 cwn fresh milk
•1 biji telur
•1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-
1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist.

1st Day - Medan n Parapat

Sampai Airport Medan kul 8 pagi. Supir dah menunggu dan kita org pun teruskan perjalanan ke Parapat. Perjalanan agak jauh. Nasib baik naik Innova baru, amat la selesa. Singgah ke Kedai Paten untuk membeli pelbagai jenis kacang. Memang murah campared ngan harga di Medan. Pastu berhenti di Restoran Garuda tuk makan tengahari. Biasa laaaa... style nasi padang. Dah kenyang, teruskan perjalanan ke Danau Toba.

Kul 2.30pm sampai di Danau Toba. Check-in and rehar sekejap. Kul 4pm kami bergerak ke Pulau Samosir dan lihat batu tergantung. Di Pulau Samosir terdapat perkampungan orang Batak Toba. Kampung tu dinamakan Kg. Tomok. Org Batak nie terdapat 5 suku. Antaranya suku Batak Toba, Batak Taro, Batak Simalungan dll. Batak nie jenis tak makan org tauuuu... :) Mengikut cerita, pemakanan org2 batak nie adalah sayur2an, ikan dan buah2an ajerrr.

Batu tergantung pula... mengikut cerita batu tu adalah seorg perempuan yang dihukum oleh ayahnya kerana tidak mahu berkahwin ngan lelaki pilihan ayahnya. Pada masa yg sama, anaknya itu sudah ada pilihan hatinya sendiri. Si Ayah telah menggantungkan Si Anak tadi di sini sebagai hukuman kerana menentang pilihan Si Ayah.

Hampir kul 6 kami sampai semula ke hotel. Rehat dan sambung tido kerana terlalu letih. Kul 10pm bangun tuk makan malam. Hanya makan di hotel ajerrr sebab hari hujan n byk kedai yang ditutup.

Nie gambo2 yang diambil semasa hari pertama.




Wednesday, November 4, 2009

Trip ke Medan

Adoiii penat lom hilang lagik, ari nie dah kena kerja. Tiba ajer kat ofis, tgk atas meja, dah ader kerja yang nak kena buat. Adoiiii... boring nyerrr. Sabo ajer laaa... Tarik nafas panjang aku dibuatnyerrr.... Slowly aku dok membelek satu persatu tugasan yang perlu aku buat.

Sebenarnya kerja aku lom siap lagik tapi dah sibuk nak ber'blogging'. Maklum laaa... lama dok tinggal kan blog aku nieee. Hari nie nak citer pasal trip aku ke Medan, Indonesia. Kalo tak citer hari nie, takut lupa n tak sempat pulak nanti. Maklum laaaa.... tengah bersemangat nie.

Peristiwa seblm berangkat:
Sebulan sebelum berangkat, aku dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Padang. Mula2 tu cuak gak nk gie. Maklum laaaa... Padang dan Medan terletak si Kepulauan Sumatera (tanah yang sama) dan di Medan juga terdapat beberapa gunung berapi yang masih aktif cuma dah beratus2 tahun ajer lom meletup lagik. Alangkan aku yang kt jb nie pun terasa gak gegarannya, inikan pula Medan yang se 'tanah' dengan Padang tuuuu...

Aku nekad ajerrr... kalo dlm jangka masa terdekat, masih ada gegaran, aku batalkan ajer trip ke Medan nie. Alhamdulillah, takde apa2 lagi berita yang tidak baik dan aku berdoa moga perjalanan aku nie selamat dan dilindungi olehNya. Amin.

Aku ke Medan bersama ngan hubie, mak dan adik ipar. Kami berempat ajerrr. Berikut adalah itinerarynya...

Depart KL ke Medan : Jumaat, 30/10/2009 AK 450 07:40 – 07:35
Return Medan ke KL : Isnin, 02/11/2009 QZ 8054 09:40 – 11:40

Day 01: Medan - Parapat
On arrival at Polonia Airport. Teruskan perjalanan ke Parapat (4 jam). The famous tourist city of Parapat via Pemantang Siantar. In Pemantang Siantar, we'll stop at Paten, a local shop full of variety of Medan's famous local food. Beli teng2, tong2, pang2 (kacang2). Lunch kat Restoran Istana Minang. Overnight di Darma Agung Beach Hotel, Parapat.

Day 02: Parapat- Samosir Island- Berastagi - Medan
Lepas breakfast we will be cruising Lake Toba (30min) with a traditional ferry to visit an old Bataknese village in Tomok island. There we can see the old stone grave of the great Bataknese King Sidabutar, Patung Gale2 and do some traditional shopping. We will continue to cruise to Ambarita to see primitive stone chairs used by Batak Kings to rule Toba, hundreds years ago. Return to Parapat by ferry for lunch at a local restaurant (Restoran Istana).
After lunch, will continue to another tourist city of Berastagi, (Parapat ke Berastagi 3 jam) where untouchable landscapes are the main attractions here. On the way, we will stop at Simarjanunjung Hill to enjoy some of such a remarkable scenery. You can also take pleasure in Simalungun's famous ginger tea (at owns account) with pisang goreng. Moreover, we will stop at Sipiso-Piso, an extraordinary waterfall in Karo's Kabanjahe area to see an extraordinary view of Lake Toba. Tips : Soping kt Berastagi lebih murah.

We will stop at Gundaling Hill (horseback riding) to take some photos and a glance of Berastagi's famous green scenery. Tengok gunung berapi Sibayak dan Sinabung. Kat sini blh naik kuda. After, we will stop at Berastagi fruit market (salak, pisang kaki, markisa dll) to do some shopping. Ada Markisa Farm & Factory. Singgah ke Kolam Air Panas untuk merehatkan kaki yang banyak berjalan nie.

Finally, we will make our way back to Medan (Berastagi ke Medan 1.5hr). Bermalam di Polonia Hotel, Medan.

Day 03: MedanJenjalan kt Medan.
1. Maimoon Palace (palace of sultan Deli built in 1888)
2. Masjid Raya (masjid terbesar dan tertua di Medan)
3. Lunch kat Restoran Garuda or Restoran Lubuk Idai
4. Pajak Ikan (jual kain2, telekung, baju2)
5. Pajak Petisah (pasar basah, jual hasil2 laut yg dikeringkan) @ Pasar Ramai
6. Medan Fair Plaza or Sun Plaza (branded shops)
7. Kek Lapis Zulaika & Bika Ambon (sepjg Jalan Majapahit)
8. Urut & lulur di Lizbeth Club (dekat dgn simpang Medan Plaza)
9. Soping handbag kt Palangkaraya
Naik beca kt medan Rp10,000 kalo dekat, kalo jauh Rp15,000
Bermalam di Polonia Hotel, Medan.

Day 04: Medan- Airport (B)
Kek lapis koko kt airport mahal tapi sedap dan keropok malinjo pedas buatan acheh
Make our way back to KL.

Perbelanjaan:
1. Hotel Darma Agung Beach Resort - Rp238,000 (include breakfast n mengadap Danau Toba)
2. Hotel Polonia, Medan - Rp380,000 (included breakfast n dinner)
3. Supir + Transport - Rp400,000 sehari (Toyota Innova)
4. Minyak Petrol - Rp130,000 (sehari n perjalanan agak jauh)
5. Airport Tax - Rp75,000 seorang
6. Tips - suhati korang nk bagi
7. Supir aku di sana - Ahmad +6281396559998