Monday, December 7, 2009

Rahsia Tarikh Lahir

Nak berkongsi ngan kawan2 sumer tentang tarikh lahir aku. Dilahirkan pada bulan Oktober. Juga dikenali sebagai bintang "LIBRA". Lebih kurang 75% yang aku listkn dibawah ini adalah bersamaan dgn diri aku. Dan secara kebetulan... pendamping ideal LIBRA adalah TAURUS (suami aku...).

LIBRA : YANG BIJAK

Ciri2
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .

LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN

Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu – ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda yang dapat anda percayai.

Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda… Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang yang sesuai anda yakini.

Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjagaperbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.

Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS ( 21 April – 20Mei ) dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) didapati kurang sesuai .

Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.

Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang – nimbang dan sentiasa ragu – ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah – ubah itu sememang sukar di ‘pegang’ memungkinkan anda cepat berasa kecewa.

LIBRA : PERHUBUNGAN SEKS

Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta lantaransikap Libra suka berkawan banyak. Tetapi, berhati – hati ! Pada sesiapa yang mahu memulakan perhubungan yang serius dengan Libra , anda akan mudah kecewa kerana Libra sememangnya rakus dan gemar mempunyai lebih dari satu pasangan. Betulkah begitu ?

Tetapi , yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan pasangan di sampingnya. Kebanyakan Libra yang suka ber’main’ cinta ini , sebenarnya berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu . Namun , mereka terlalu mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak – zodiak yang lain. Akibatnya, orang berlambang zodiak Libra ini akan mudah ter’luka’.

LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN

Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.

Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.

Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.
Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang senang datang dan senang pula pergi”.

LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?

No comments: