Sampai Airport Medan kul 8 pagi. Supir dah menunggu dan kita org pun teruskan perjalanan ke Parapat. Perjalanan agak jauh. Nasib baik naik Innova baru, amat la selesa. Singgah ke Kedai Paten untuk membeli pelbagai jenis kacang. Memang murah campared ngan harga di Medan. Pastu berhenti di Restoran Garuda tuk makan tengahari. Biasa laaaa... style nasi padang. Dah kenyang, teruskan perjalanan ke Danau Toba.
Kul 2.30pm sampai di Danau Toba. Check-in and rehar sekejap. Kul 4pm kami bergerak ke Pulau Samosir dan lihat batu tergantung. Di Pulau Samosir terdapat perkampungan orang Batak Toba. Kampung tu dinamakan Kg. Tomok. Org Batak nie terdapat 5 suku. Antaranya suku Batak Toba, Batak Taro, Batak Simalungan dll. Batak nie jenis tak makan org tauuuu... :) Mengikut cerita, pemakanan org2 batak nie adalah sayur2an, ikan dan buah2an ajerrr.
Batu tergantung pula... mengikut cerita batu tu adalah seorg perempuan yang dihukum oleh ayahnya kerana tidak mahu berkahwin ngan lelaki pilihan ayahnya. Pada masa yg sama, anaknya itu sudah ada pilihan hatinya sendiri. Si Ayah telah menggantungkan Si Anak tadi di sini sebagai hukuman kerana menentang pilihan Si Ayah.
Hampir kul 6 kami sampai semula ke hotel. Rehat dan sambung tido kerana terlalu letih. Kul 10pm bangun tuk makan malam. Hanya makan di hotel ajerrr sebab hari hujan n byk kedai yang ditutup.
Nie gambo2 yang diambil semasa hari pertama.
No comments:
Post a Comment