Monday, November 8, 2010

Orange Cake

Semalam aku buat kek nie. Dah lama dalam simpanan aku. Kebetulan hubie beli orange sunkiest, timbul semangat untuk membuatnyerr. Kek nie sangat lembut dan lembab. Sangat mudah membuatnyer n ngam2 1 jam masak.

Sebab malas nak parut kulit oren n ambil jusnyer, aku gunakan jus orange sunkist yg dalam botol tu. Heheheee... Sedap gak. Cuma keaslian rasa buah oren tu kurang laaa... Thanks pada cik Hana kerana sudi berkongsi resipi ini.

ORANGE CAKE
Resepi : Rima
Sumber: Hana


Bahan-bahan
250g butter - suhu bilik
250g gula pasir - hana buh 210g je (*akak letak 200 gm jek)
4 biji telur size M
1 1/2 sk parutan kulit oren (akak letak 1 1/2 sudu besar)
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren

Cara-cara:-
1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 8x8 dgn butter keliling dan alas loyang dgn baking paper.

2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.

3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.

4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.

5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.

* Tengok baby Hannah nie. Suka sgt makan adunan kek mentah. Setiap kali aku buat kek, benda alah nie lah yang di copnyer dulu. Nasib baik kakak2 dia tido sumernyer. Kalo tak, dah tentu sorang satu dapat. Adoiiii....
* Nielah keja anak2 aku. Dia dok suruh crocodile bergambo ngan orange cake. Sabo ajer laaa... Creative sungguh bdk2 nie.

No comments: